Ten Hag Laung Amaran, Man United Mahu Lepaskan Kemarahan Pada Liverpool Di Old Trafford

Erik Ten Hag sudah melaungkan amaran bahawa Manchester United yang masih marah kerana kalah di tangan Chelsea pertengahan minggu lalu akan melepaskan kemarahan mereka pada Liverpool.

Liverpool berkunjung ke Old Trafford pada hari yang tak kena, ketika skuad Ten Hag yang masih lagi bengang dan marah, boleh pula mereka hulur kepala kepada Setan Merah untuk dirembat.

Ten Hag sebelum ini mengkritik pasukannya yang melepaskan 5 mata pada masa kecederaan dalam 2 perlawanan berturut turut daripada kedudukan mereka mendahului.

Di Stamford Bridge, Man United sudah mendahului 3-2 sebelum masa kecederaan. Namun pada masa kecederaan Cole Palmer mencetak 2 gol nasib untuk membolehkan Chelsea menang 4-3 dalam perlawanan tersebut.

Garnacho yang awalnya diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan juga berputih mata kerana anugerah pemain terbaik perlawanan itu di-swing kepada Cole Palmer yang mencetak hatrik dalam perlawanan itu.

Ianya antara detik yang membuatkan pemain pemain United terutama sekali Garnacho benar benar bengang dan marah.

Ten Hag selepas tamat perlawanan nyatakan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Ini kerana menurut beliau United bermain dengan lebih cantik dan menjaringkan gol yang cantik belaka.

Dan kini Man United sedia untuk bangkit dan menjadikan Liverpool mangsa untuk melepaskan kemarahan mereka.

“Kami harus bangkit dengan segera. Kami harus mengubah keadaan ini. Jadi bemrjla esok, kami akan dalam mood positif dan rasa bersemangat.

“Kami harus mengumpul tenaga. Kami akan menjadi sangat marah dan kami boleh dapat banyak tenaga daripadanta dan itulah caranya kamu melakukannya.”

Sebelum ini Liverpool pernah menangis meninggalkan Old Trafford selepas disingkirkan dari Piala FA. Ketika itu Liverpool juga sempat mendahului United namun terbabas di tangan raja kepulangan semula ataupun king of comeback, Manchester United.

Aksi antara Man United dan Liverpool akan berlangsung pada hari ini. Dengan Liverpool wajib menang ke atas United dalam usaha mereka mahu memintas semula Arsenal di tangga teratas Liga Perdana Inggeris setelah skuad Mikel Arteta itu menang 3-0 ke atas Brighton pada Sabtu.

Manchester United pula masih berhasrat untuk ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Baca Juga

Baca Juga