Erik Ten Hag menyampah dengan keputusan di Stamford Bridge sambil menyatakan bahawa pasukannya yang berhak menang bukannya Chelsea.
Beberapa minggu lalu, tanpa pengaruh ketum mountain dew, Ten Hag pernah mengklaim pasukannya patut meraih 14 lagi kemenangan tambahan daripada yang sedia ada kerana bermain cantik.
Dan selepas kekalahan di tangan Chelsea, Ten Hag mahu menuntut satu lagi kemenangan sepatutnya milik mereka.
Ten Hag menyalahkan pertahanan pasukannya yang membuat kesilapan bodoh sehingga mereka terpaksa kalah dalam kekalahan yang tidak masuk akal 4-3 di tangan pasukan yang seringkali digelar perempuan simpanan United iaitu Chelsea.
Manchester United berjaya bangkit dengan 3 gol setelah ketinggalan 2-0 pada awal permainan. Antony melakukan salah satu assist terbaik dalam sejarah bola sepak apabila dia menghantar bola kepada Alejandro Garnacho untuk gol ketiga.
Garnacho menca mencatat dua gol dalam perlawanan ini dan Bruno Fernandes 1 gol. Garnacho malah sempat meniru keraian CR7 duduk di papan iklan. Dia sudah diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Namun sayangnya, itu cuma harapan palsu. Kerana Cole Palmer selepas itu mencetak 2 gol pada masa kecederaan yang melengkapkan hatrik dan kemenangan untuk pasukannya.
Cole Palmer merupakan peminat tegar Man United sejak di bangku sekolah lagi. Menjadi duri dalam daging kepada pasukan yang dia minati itu.
Ten Hag berkata: “Kami memulakan perlawanan dengan miskin sekali (direct translate dari google dia cakap poorly, hmm maksudnya teruk sekali la eii).
“Kami sudah berjaya meletakkan diri kami di kedudukan untuk memenangi perlawanan. Kami mempamerkan beberapa aksi bola sepak yang cantik dan hebat. Menjaringkan beberapa gol yang hebat namun tak dapat memenangi perlawanan pada masa kecederaan.
“Kamu harus selesaikan tugas kamu. Pemain pemain ni semua tahu tugas masing masing dan mereka tak buat keputusan yang betul. Kami tak memberikan reaksi lebih pantas ketika gol ketiga Palmer. Kami harus bertindak dengan membuat keputusan yang lebih baik la.
“Kami harus membaca permainan dan mengekalkan penguasaan bola. Hantar dan gerakkan bola serta tukar arah permainan ketika sedang mendahului.
“Saya suka sangat tengok cara kami bermain. Sangat hebat. Kami kuasai bola dan kuasai lawan kami, kau tau tak.
“Kami menguasai perlawanan, namun kami membuat kesilapan kesilapan individu yang menjadi punca kami kalah. Kami patut belajar daripadanya. Apabila kamu seorang pemain Manchester United, kamu dah tahu untuk berdepan situasi situasi macam ni la hanat.
“Dalam masa 5 hari kami keciciran 5 mata, apa benda ni setan. Ini memang tak boleh diterima, kami menyerahkan perlawanan yang kami sepatutnya jadi pemenang tau tak.
🔴 Ten Hag: "I enjoyed how my team were playing, it was fantastic. We dominated the ball, we dominated the opponent".
"We dominated the game but we made individual errors that cost us the game. What most frustrates me is that we started the game poor, with individual errors". pic.twitter.com/NpqW794WoI
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 5, 2024
Sumber: The Guardian