Pengurus Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan prestasi buruk Chelsea pada musim ini adalah berkaitan secara langsung dengan kegagalan kelab itu merangka strategi dan sumber kewangan yang kelab itu belanjakan.
Menurut Ten Hag ini membuktikan kejayaan tidak akan datang hanya dengan duit semata-mata, tetapi turut perlu didukung dengan strategi yang bijak untuk membelanjakannya.
Chelsea melalui musim yang buruk di musim pertama sejak diambil alih oleh Todd Boehly dengan nilai £4 billion daripada pemilik terdahulu Roman Abramovich.
Manchester United sendiri kini sedang di dalam proses pengambilalihan, dan dua pembida utama, Sir Jim Ratchliffe dan Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani kini menjadi antara calon akhir untuk menjadi pemilik baharu kelab itu.
🚨 💣 Erik ten Hag: Manchester United will not make same takeover mistakes as Todd Boehly’s Chelsea:
“When there is no strategy or (not) the right strategy, money doesn’t work.”#CFC
(@mcgrathmike) pic.twitter.com/cfUAu97Wxj
— Chelsea Dodgers (@TheBlueDodger) May 24, 2023
“Anda mungkin memiliki wang tetapi anda perlu membelanjakannya dengan cara yang betul dan disertai strategi, atau ia tidak akan berjaya,” kata Ten Hag dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Chelsea pada awal pagi nanti.
“Pada masa ini ada ramai pemain yang bagus, begitu juga pengurus-pengurus yang hebat. Dan kebanyakkan wang datangnya daripada [kelab] di United Kingdon.
“Ia adalah saingan yang hebat, tetapi juga sukar. Apabila bertanding tanpa strategi, atau strategi yang betul, duit sahaja tidak akan mendatangkan kesan.”
Untuk rekod Chelsea telah berbelanja lebih dari £600 juta sehak Boehly bergelar pemilik Chelsea pada musim panas lalu selepas pelbagai sekatan dikenakan terhadap pemilik sebelumnya, Roman Abramovich.
Dan dalam tempoh kurang semusim, Chelsea telah memecat dua pengurus, dan kini berkemungkinan menamatkan saingan musim ini dengan rekod terburuk dalam sejarah kelab sejak musim 1993/94.