Ten Hag Pertahankan Taktikalnya Dan Salahkan Pemain Punca Mereka Dibantai 4-0 Oleh Brentford

Erik ten Hag menyalahkan pemain pemainnya yang menjadi punca kenapa mereka dibelasah Brentford dalam aksi kedua Liga Perdana Inggeris, dan bukannya kerana rancangan taktikalnya.

Pengurus asal Belanda itu menyatakan perkara itu selepas tamat perlawanan. Ten Hag menegaskan bahawa, orang ramai tidak boleh menyalahkan taktikalnya sebaliknya yang bersalah adalah pemain pemain yang segak berbaju hijau pada aksi semalam.

Dia kecewa para pemain Man United membuatkannya kini memulakan kehidupan di Liga Perdana Inggeris dengan 2 kekalahan berturut turut.

Antara pemain yang dikritik oleh Ten Hag ialah David De Gea. Ini selepas penjaga gol itu melakukan 2 kesilapan bodoh yang tidak sepatutnya, terutam sekali pada gol kedua pasukan Brentford. Di mana De Gea dengan hilang akal menghantar bola kepada rakannya, Christian Eriksen yang ditekan pemain lawan.

Walaupun sudah meninggalkan Brentford, nampaknya Eriksen masih lagi mencipta ‘assist’ kepada rakannya.

Bercakap kepada wartawan, Ten Hag berkata: “Dia [De Gea] tidak perlu melepaskan bola di sana kerana pemain pemain kami ada memberikan pilihan [option untuk menerima bola] dan pemain perlu memilih [pemain yang betul],” kata Ten Hag yang dianggap pakar taktikal yang mampu menamatkan era Guardiola dan Klopp.

Ten Hag merujuk kepada adanya Lisandro Martinez berada berdekatan dengan De Gea, yang merupakan opsyen yang lebih baik.

“Kami solah olah berkata ‘jemput mereka dan bermain lama sikit [dengan bola]’,” jelas Ten Hag lagi yang tak suka dengan De Gea melengahkan masa menghantar bola. Penjaga gol itu gagal bertindak cepat seperti mana dia lakukan ketika mereka menjadi juara aksi Piala Bangkok Century beberapa minggu lalu. Di mana mereka memenangi piala dengan ada teknologi kipas RGB.

Walaupun De Gea beraksi sengal dalam aksi ini, namun Ten Hag masih percaya bahawa pemain itu akan dapat melakukannya, merujuk kepada keupayaan pemain itu bermain dengan bola ketika binaan daripada bawah.

“Saya yakin dia boleh melakukannya. Dia sudah menunjukkannya dalam latihan dan dalam perlawanan pertama dia boleh melakukannya.

“Saya tidak mahu pemain bermain dari belakang apabila keadaan adalah tidak mungkin [seperti mana situasi gol kedua]. Sungguh naif cara kami bermain hari ini. Anda perlu bermain lebih langsung. Jelas pada tahap ini, itu bukan standard yang kami mahu pamerkan.”

Cristiano Ronaldo memulakan perlawanan dan menamatkan perlawanan pada hari ini. Tetapi Ten Hag mengeluarkan tiga pemain, Luke Shaw, Fred dan pembelian musim panas Lisandro Martinez, serta merta pada permulaan separuh masa kedua.

“Saya menggantikan tiga sahaja, kalau boleh mahu sahaja saya menukar semua pemain,” kata Ten Hag yang merasakan bukan 3 pemain itu sahaja bergelut, tetapi kesemua pemainnya.

“Kami mahu membawa sedikit tenaga segar dalam permainan kami, bukan kerana sebab tertentu untuk mereka yang dikeluarkan, kerana saya rasa itu tidak jujur ​​kepada mereka.”

Pengurus Brentford, Thomas Frank gembira dengan prestasi pasukannya. Dia berkata: “Ia adalah persembahan yang sangat baik secara keseluruhan, saya tidak fikir pasukan di EPL ni selalu menang 4-0 dalam Liga Perdana Inggeris, dan pastinya bukan ketika menentang Manchester United.”

“Kumpulan pemain ini terus menunjukkan kepada saya betapa baiknya mereka bersama. Saya tidak fikir ia adalah ‘kemenangan 4-0’ semata mata, tetapi ia adalah kemenangan yang jelas dan wajar.

“Kami berhak mendapat sejumlah besar kredit pada hari ini kerana persembahan kami. Ia pastinya salah satu persembahan terbaik kami di dalam Liga Perdan Inggeris.

BACA:  Mourinho Sah Pecat Pogba !