Ten Hag Puji Diri Sendiri Dan Anggap United Patut Dapat 14 Kemenangan Lagi Dengan Mudah

Erik Ten Hag menyatakan bahawa skuad Manchester United membuktikan kepada dunia bahawa mereka di landasan yang tepat. Namun dia menyalahkan kecederaan telah merompak 14 kemenangan yang sepatutnya dengan mudah mereka perolehi.

Ini bukan kali pertama pengurus berjawab Joni itu menyatakan kepada dunia bahawa pasukannya berada di landasan tepat.

Ianya sebagai salah satu cara Ten Hag memberitahu dunia dan Sir Jim Ratcliffe bahawa dia adalah orang yang tepat mengendalikan Manchester United.

Minggu lalu Rio Ferdinand menegaskan bahawa Ten Hag memang orang yang tepat di Man United. Hanya peminat Manchester United yang tidak berotak sahaja yang mahukan Erik Ten Hag dipecat.

Ten Hag berdepan dengan tekanan selepas 2 kekalahan berturut turut dalam liga. Namun Ferdinand menegaskan bahawa masalah United bukan Ten Hag tetapi skuad mereka tidak cukup bagus.

Terbaru Erik Ten Hag sangat bangga apabila mendapat tahu bahawa dalam 100 perlawanan pertamanya, dia sudah memenangi 61 daripada perlawanan itu.

Dia menegaskan bahawa, statistik itu membuktikan mereka berada di jalan yang benar dan menunjukkan bahawa skuad mereka benar benar bagus.

Cuma masalahnya adalah diganggu kecederaan yang terlalu banyak. Membanggakan rekod 61 kemenangan itu Ten Hag menyatakan: “Ia memberitahu kami bahawa kami menuju ke arah yang betul.

“Jadi bayangkan kami mempunyai lebih ramai pemain yang tersedia dan tidak diganggu masalah kecederaan, dengan mudah kami boleh meraih 75 kemenangan dan itu memberitahu anda semua bahawa masa depan pasukan ini sangat cerah.”

Ten Hag kemudian memuji dirinya sendiri sebagai pengurus yang tepat dalam mengendalikan projek Man United dengan membandingkan rekodnya dengan beberapa pengurus sebelum ini.

“Apabila anda membandingkannya dengan pengurus lain, pasukan lain, atau pengurus terdahulu dalam kelab besar ini, anda boleh lihat ada masa depan yang cerah.

“Ia adalah keseimbangan yang baik dalam usia yang ada dalam skuad ini. Pemain muda, pemain pertengahan umur; bayangkan apabila mereka tersedia, boleh menang dengan mudah daripada 100 perlawanan 75 boleh menang. Ia adalah perbezaan yang besar.”

Ten Hag menegaskan United tidak dapat beraksi lebih baik musim ini kerana masalah kecergasan yang berterusan.

“Tiada pasukan yang boleh menangani kecederaan yang begitu banyak seperti yang kami sedang hadapi,” kata pengurus asal Belanda itu.

Dia memberikan contoh, pada Januari dan Februari ketika mereka memiliki lebih ramai pemain tersedia, prestasi mereka sangat membanggakan.

Sehinggakan ETH dicalonkan sebagai persaing untuk pengurus terbaik bulanan.

“Saya fikir kami bermain ke tahap maksimum jika anda mengambil kira ketersediaan pemain. Kami terlepas begitu ramai pemain utama sepanjang musim ini. Persembahan yang kami lihat ketika ramai pemain tersedia pada bulan Januari dan Februari persembahannya sangat bagus.”

“Projek ini menuju ke arah yang betul apabila kami mempunyai semua pemain tersedia,” kata Ten Hag.

“Bola sepak tahap tinggi adalah tentang memenangi perlawanan. Kami sedang berusaha, terus berusaha untuk prestasi yang lebih baik. Dalam kedudukan genting anda merindui pemain yang mempunyai impak yang sangat tinggi terhadap cara kami mahu bermain.”

Marcus Rashford dan Jonny Evans telah pulih selepas diturunkan dalam kekalahan hujung minggu lalu kepada City. Pemain utama lain seperti Lisandro Martínez, Harry Maguire, Luke Shaw, Aaron Wan-Bissaka dan Rasmus Højlund masih belum cergas untuk beraksi dalam masa terdekat.

Di sebalik krisis kecederaan melanda, United berjaya mengketengahkan lagi bakat muda seperti Kobe Mainoo dan Alejandro Garnacho.

Baca Juga

Baca Juga