Ten Hag Terpaksa Ubah Perancangan Selepas Melihat Nunez Ke Anfield

Erik Ten Hag kini terpaksa mengubah perancangan perpindahan pemain beliau selepas Darwin Nunez menolak untuk menyertai Manchester United pada awal bulan lalu.

Dek kerana ditolak oleh bekas bintang Benfica itu, Man Utd terpaksa mengubah strategi mereka dan perlu mengalihkan perhatian untuk memburu pemain lain.

Pemain kebangsaan Uruguay itu menyertai seteru utama Man Utd, Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai ยฃ64 juta.

Angka tersebut sebenarnya boleh meningkat sehingga ยฃ85 juta dan ia secara tak langsung memecahkan rekod perpindahan termahal kelab.

United dikatakan sangat berminat mahu membawa pemain penyerang itu ke Old Trafford, dan bekas bintang Benfica itu juga sudah hampir pasti mahu menyertai skuad setan merah pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, memandangkan Liverpool mula menunjukkan minat, Darwin Nunez kemudiannya memilih untuk menyertai Liverpool berbanding ke Old Man.

Manchester United sebenarnya sanggup membelanjakan lebih dari separuh dana perpindahan mereka pada musim panas ini untuk Nunez, namun sayangnya hal itu tidak berlaku.

United terpaksa akur yang Liverpool lebih menarik hingga berjaya memastikan pemain sasaran mereka itu memilih untuk ke Anfield.

Nunez yang kini sudah berusia 23 tahun itu merupakan pemain yang mahu Man Utd tandatangani sebagai pengganti jangka masa panjang kepada Cristiano Ronaldo.

Selepas gagal untuk mendapatkan pemain penyerang itu, Ten Hag dikatakan terpaksa mengubah perancangan beliau menghadapi jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut sumber laporan ESPN, pengurus terbaru Man United itu kini mencari pemain penyerang yang lebih versatile berbanding pemain penyerang tunggal yang semakin sukar untuk ditemui dalam pasaran pemain.

Antara pemain yang betul-betul Manchester United mahukan adalah pemain sayap Ajax, Anthony dengan Ten Hag sendiri turut pernah berpengalaman bekerjasama dengannya ketika di Amsterdam sebelum ini.

Juara saingan Eredivisie itu dilaporkan meletakkan tanda harga bernilai ยฃ68 juta untuk pemain sayap itu, dan nilai tersebut sebenarnya jauh lebih tinggi dari apa yang United mampu untuk bayar.

United juga dikatakan sangat-sangat berminat mahu mendapatkan semula seorang lagi bekas anak buah Ten Hag ketika bersama Ajax, Frenkie de Jong.

Laporan dari pelbagai sumber mendedahkan yang Manchester United sudah hampir pasti untuk melengkapkan pembelian pemain midfield itu.

Skuad setan merah juga sangat berharap agar mereka akan mampu mendapatkan khidmat pemain bebas ejen, Christian Eriksen pada musim panas ini.

Walaupun Eriksen sendiri pernah menolak United baru-baru ini, namun itu tidak menghalang Manchester United dari terus berusaha untuk mendapatkan khidmatnya.

Selain Manchester United, Brentford dan Tottenham Hotspur juga sebenarnya turut memiliki hasrat mahu mendapatkan tandatangan Christian Eriksen pada musim panas ini.

Erik Ten Hag juga dilaporkan merancang untuk membeli seorang pemain centre-back, namun posisi itu bukan keutamaan untuk pengurus dari Belanda itu.

Ten Hag sangat berminat mahu mendapatkan seorang lagi bintang Ajax, Jurrien Timber namun hal itu sepertinya tidak akan berlaku pada musim panas ini.

Bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal telah memberi amaran kepada Jurrien Timber supaya tidak meneruskan hasratnya mahu ke Old Trafford.

Dengan Man Utd bakal kembali meneruskan latihan pra musim mereka pada Isnin ini, masa sepertinya semakin mencemburui skuad setan merah untuk mendapatkan pemain menjelang bermulanya musim baru ini.

Ten Hag berpotensi untuk menghadapi musim baharu ini dengan tidak ada penambahan pemain baru dalam skuadnya nanti.

Agak sukar sebenarnya untuk Ten Hag bawa United bersaing merebut kedudukan empat teratas, andai United tidak membuat sebarang pembelian pada musim panas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Peminat Man United: Quadruple Terlepas Tak Apa, Kita Akan Menang Treble