Ten Hag Terpukau Melihat Kehebatan Bintang Muda United, Dan Terkejut Mengapa Khidmatnya Tidak Digunakan Sebelum Ini

Erik Ten Hag sangat teruja dengan bintang muda Manchester United, Zidane Iqbal dan merasakan beliau sepatutnya mendapat lebih kesempatan sebelum ini.

Ten Hag sememangnya memiliki rekod yang sangat cemerlang dalam menaikkan produk akademi dengan beliau cemerlang memberikan debut kepada 21 prospek masa hadapan kelab ketika bersama Ajax.

Iqbal merupakan bintang muda Man Utd namun beliau masih belum pernah diturunkan dalam saingan Premier League.

Beliau walau bagaimanapun pernah dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi terikat 1-1 bertemu Young Boys dalam saingan Champions League pada Disember lalu.

Itu merupakan satu-satunya penampilan bintang berusia 19 tahun itu dan Ten Hag dilaporkan sangat terkejut mendengar hal tersebut.

Pemain kebangsaan Iraq itu dianggap antara pemain midfield harapan dan beliau merupakan bintang kacukan British dan Asia pertama yang beraksi bersama kelab.

Bukan hanya Zidane, Ten Hag turut terpukau dan terkesima melihat seorang lagi produk akademi kelab yang tidak diberi peluang sebelum ini.

Alejandro Garnacho, yang berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi perlawanan akhir FA Youth Cup bertemu Nottingham Forest turut bakal mendapat lebih banyak minit permainan di bawah kendalian Ten Hag selepas ini.

Bintang berusia 18 tahun itu diberikan cuti selama tiga minggu selepas beliau dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Argentina dalam saingan Toulon Tournament.

Beliau walau bagaimanapun memilih untuk kembali lebih awal untuk membuktikan sesuatu kepada pengurus baharu kelab.

Hannibal Mejbri yang turut mempamerkan aksi persembahan cukup meyakinkan pada musim lalu itu juga dikatakan berjaya mencuri perhatian Erik Ten Hag.

Sumber dalaman kelab melaporkan bahawa:

“Ramai pemain muda sudah melibatkan diri dengan sesi latihan. Dia sangat teruja dengan Iqbal dan dia juga persoal mengapa Iqbal tak kerap diturunkan.”

“Ten Hag sedang mencuba untuk memberitahu pemain senior yang posisi mereka juga bakal dirampas oleh pemain muda.”

“Andai mereka bekerja keras, sanggup mengikut arahan, sudah tentu pemain-pemain muda ini sudah tentu akan mendapat tempat dalam skuad utama.”

“Semua orang sudah tampil dengan permainan mereka dan mencipta persaingan yang sihat.”

Ten Hag dilaporkan mahu memperkenalkan philosophy beliau di Old Trafford dan beliau pada ketika ini sedang berusaha ke arah itu.

Selepas Cristiano Ronaldo bersuara dan mengancam mahu meninggalkan kelab, Manchester United sepertinya sudah mula aktif dalam pasaran pemain.

Mereka sudah berjaya melengkapkan perpindahan Tyrell Malacia dari Feyenoord dan United juga sudah hampir pasti mendapatkan khidmat Eriksen pada musim panas ini.

Christian Eriksen Secara Lisannya Telah Bersetuju Sertai Man United

Christian Eriksen secara lisannya telah bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama Manchester United pada musim panas ini.

Pemain midfield itu sebenarnya telah menarik minat bekas kelabnya Tottenham Hotspur dan Brentford untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas ini.

Beliau pada ketika ini dilaporkan telah memilih untuk menyertai Manchester United dan mahu bekerjasama dengan pengurus baru setan merah, Erik Ten Hag.

Menurut sumber laporan David Ornstein dari The Athletic, Christian Eriksen dijangka akan menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama setan merah andai beliau bersetuju untuk melengkapkan perpindahan ke Old Trafford.

Eriksen kembali ke dunia bola sepak bersama Brentford pada jendela perpindahan Januari yang lalu dengan beliau sebelum itu terpaksa berehat panjang kerana mengalami masalah kesihatan melibatkan jantungnya.

Beliau mengikat kontrak jangka masa pendek bersama The Bees pada musim lalu dengan Eriksen berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dari 11 penampilan beliau bersama Brentford.

Bekas bintang Inter Milan itu pada ketika ini bakal bersedia untuk menjadi penandatanganan kedua United selepas Tyrell Malacia.

Manchester United baru-baru ini berjaya melengkapkan pembelian pemain left-back itu dari Feyenoord dengan Eriksen bakal menjadi pemain kedua yang akan ditandatangani.

Christian Eriksen sendiri sementara itu sebelum ini menolak kesempatan untuk beraksi bersama Man Utd dengan beliau lebih memilih untuk kekal bersama Brentford atau sertai Tottenham Hotspur berbanding ke Old Trafford.

Sumber: SPORTbible

Baca Juga

Baca Juga