Tendangan Basikal Yang Sempurna Daniele Verde

Share on facebook
Share on twitter

Pemain penyerang Spezia, Daniel Verde telah menghasilkan satu jaringan yang sungguh luar biasa melalui satu tendangan basikal (Bicycle kick) yang amat sempurna dan menawan.

Gol akrobatik yang luar biasa itu dihasilkan oleh Daniel Verde dalam perlawanan penuh drama antara Spezia menentang Lazio di liga Itali, Serie A.

Manuel Lazzari terlebih dahulu meletakkan Lazio dihadapan pada minit ke-56 dengan menyudahkan satu lorongan cantik Joaquin Correa.

Namun gol Manuel Lazzari telah dipadamkan oleh jaringan akrobatik yang padu dari Daniel Verde ketika permainan berbabki 17 minit.

Emmanuel Quartsin Gyasi telah melakukan satu lambungan yang tidak sempurna dan terlalu kebelakang dengan kedudukan Daniel Verde.

Namun Daniel Verde menjadikan kecacatan hantaran Emmanuel Quartsin Gyasi kepada sebuah kesempurnaan dengan naluri seorang penyerang.

Daniel Verde berundur dengan langkahan kecil menunggu bola tiba dan dengan kiraan masa yang tepat lonjakan kayuhan basikal dilakukan untuk menghayun bola ke gawang.

Boom!! Maka terhasillah satu karya agung di padang bola sepak.

Video Assistant Referee (VAR) turut terlibat dalam dram perlawanan ini apabila menghadiahkan sepakan penalti untuk gol kemenangan Lazio.

Tidak cukup dengan itu ketika detik akhir masa kecederaan dua kad merah telah dilayangkan kepada pemain Lazio, Manuel Lazzari dan Joaquin Correa.

Pergaduhan hampir tercetus namun dapat dikawal dengan baik oleh pengadil perlawanan.

Share on facebook
Share on twitter

Baca Juga

Baca Juga