Teori Konspirasi Disebalik Undian Separuh Akhir Champions League

Teori konspirasi mengenai undian separuh akhir UEFA Champions League terus berlegar-legar di media sosial dengan begitu pesat dan konspirasi ini telah terdengar semasa undian suku akhir lagi.

Pada undian suku akhir 3 pasukan dari Speanyol, Barcelon, Real Madrid dan Sevilla telah mara dan mereka berjaya mengelak serta tidak bertemu sesama sendiri.

Begitu juga terjadi kepada 2 wakil Itali dari Serie A, Roma dan Juventus mereka tidak ketemu sesama mereka. Hanya wakil dari Premier League saja bertemu sesama sendiri iaitu Liverpool 5-1 Manchester City.

Bunyi-bunyi telah kedengaran mengenai undian suku akhir ini dan digelar teori konspirasi tetapi bagi penulis lagi sedap dipanggil Modal Membawang.

Selepas Real Madrid, Bayern Munich, Liverpool dan AS Roma telah menempah slot ke separuh akhir maka undian yang dinanti telah diketahui.

Keputusan undian telah tertulis bahawa Liverpool bakal bertemu AS Roma yang menidurkan Barcelona dan Real Madrid menentang gerasi Jerman, Bayern Munich.

Undian ini kelihatan normal sehinggalah Liverpoo diundi bertemu AS Roma yang menyaksikan dunia Twitter menggila dengan apa yang terbocor dari laman sesawang rasmi Roma.

Sehari sebelum hari undian, laman sesawang Roma telah mengiklankan penjualan tiket separuh akhir Champions League di laman sendiri menentang Liverpool. Namun iklan tersebut segera di padam dengan getah pemadam.

Dari sinilah umat Twitter mula membawang atas nama Teori Konspirasi, mereka sempat membuat tembakan skrin (Screenshot) iklan berkenaan dan menyebarkannya.

Suratan atau kebetulan atau skandal atau kesilapan pengendali laman sesawang Roma menjual tiket menentang Liverpool sehari sebelum undian?

https://twitter.com/MrArsenicTM/status/984753227907428352

Keputusan Undian Separuh Akhir Champions League

Suku akhir pertama dan kedua UEFA Champions League telah diketahui dan juara musim lalu Real Madrid, Liverpool, Bayern Munich dan AS Roma mara ke separuh akhir.

Drama yang tidak berpenghujung bagi setiap perlawanan dengan aksi kebangkitan luar biasa Roma pada suku akhir kedua menyingkirkan Barcelona

Juventus pula menyajikan kebangkitan separuh jalan yang terbantut separuh jalan dan tewas kerana sepakan penalti kontroversi minit akhir disulam kad merah Buffon.

Bayern Munich membawa bekalan perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan pada separuh akhir kedua.

Pasukan bakal juara Champions League musim ini mudah menundukkan Manchester City dengan agregat 5-1. Liverpool power.

“Keputusan di suku akhir sangat gila! Tiada pasukan favourite untuk 4 pasukan terakhir Champions League.” Ujar Thomas Muller.

Maka setelah undian dibuat inilah keputusannya :

1. Bayern Munich vs Real Madrid
2. Liverpool vs AS Roma

Separuh akhir pertama -24/25 April 2018
Separuh akhir kedua – 1/2 Mei 2018
Pilihanraya umun 14 – 9 Mei 2018

Final: Sabtu 26 May, NSC Olimpiyskyi stadium, Kyiv

Undian perlawanan final menentukan pemenang Separuh akhir pertama Bayern Munich/ Real Madrid bakal turun sebagai Home di Kyiv.

Baca Juga

Baca Juga