Teori Konspirasi Tentang Mengapa Man Utd Bakal Menjuarai Saingan Premier League Musim Hadapan

Salah seorang penyokong Manchester United mencipta teori konspirasi tentang mengapa Manchester United bakal memenangi gelaran liga ke-21 mereka musim baharu ini.

Peminat tersebut percaya teori yang beliau temui itu sememangnya memberi gambaran jelas yang Ten Hag akan mampu membawa skuad setan merah menjuarai saingan Premier League.

Erik Ten Hag meninggalkan Ajax untuk menyertai Old Trafford pada musim panas ini dengan beliau kini sudah berjaya memenangi dua dari dua perlawanan yang beliau kendalikan.

Manchester United berjaya membelasah Liverpool 4-0 untuk menjuarai saingan Bangkok Century Cup kemarin dan mereka turut membelasah Melbourne Victory 4-1 petang semalam.

Jadon Sancho antara pemain yang telah menunjukkan peningkatan mendadak dari kedua-dua perlawanan dan para peminat percaya bintang England itu sudah berjaya menemui rentak persembahan terbaiknya.

Salah seorang peminat di twitter, @canelo menemui teori konspirasi yang menunjukkan bahawa Manchester United bakal memenangi liga pada musim baharu ini.

Beliau menunjukkan secara terperinci tentang mengapa beliau membuat dakwaan tersebut di laman twitter miliknya.

Beliau percaya pemain seperti Jadon Sancho, Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan Anthony Martial semuanya akan berjaya meningkat naik di bawah kendalian pengurus dari Belanda itu.

Walau bagaimanapun, apa yang paling menarik tentang teori konspirasi beliau adalah tentang nombor 21 yang ada hubung kait dengan United bakal menjadi juara.

Setan merah baru mengumumkan penandatanganan Christian Eriksen pada awal minggu ini, dengan bintang Denmark itu datang sebagai pemain bebas ejen.

Bekas bintang Tottenham Hotspur itu menandatangani kontrak selama tiga musim bersama Manchester United selepas kontraknya bersama Brentford tamat.

Bersama Brentford beliau bermain 11 perlawanan dengan kelab dari Premier League itu memberi peluang kepada Eriksen untuk kembali beraksi dalam dunia bola sepak.

Selepas mengalami masalah jantung ketika beraksi di pentas saingan Euro sebelum ini, Eriksen berehat panjang dari dunia bola sepak.

Brentford menjadi pasukan pertama yang menandatangani beliau dan memberikan beliau jersi bernombor 21 bersama mereka.

Pemain pertahanan Ajax, Lisandro Martinez yang kini bakal menjadi penandatanganan ketiga United turut memakai nombor yang sama bersama gergasi Belanda itu.

Martinez bakal ditandatangani oleh Man United dengan yuran perpindahan bernilai £46 juta dan beliau akan diumumkan sebagai penandatanganan terbaru kelab dalam masa terdekat ini.

Nombor itu juga merupakan nombor kegemaran pemain sasaran utama Man Utd, Frenkie de Jong yang memakai jersi nombor 21 bersama Ajax dan Barcelona.

Ketika peminat mengenang semula ketika Ten Hag diumumkan sebagai pengurus Man Utd, beliau sebenarnya diumumkan pada tanggal 21 April 2022.

Nombor 21 terlalu berkait dengan Manchester United dan kerana itulah ada teori konspirasi yang mengaitkan United dengan kejayaan Premier League ke-21 mereka.

@canelo turut mengaitkan dengan jersi Robin Van Persie yang bernombor 20 ketika ketibaan beliau ke Old Trafford dari Arsenal pada 2012 yang lalu.

Pemain kebangsaan Belanda itu berjaya memikul United di atas bahunya dan menjuarai saingan Premier League ke-20 mereka selepas meledak 26 gol pada musim 2012/13.

Sir Alex Ferguson bersara pada penghujung musim tersebut dan United tak pernah menang liga sepanjang tempoh tersebut.

David Moyes, Louis Van Gaal, Jose Mourinho, Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick gagal membantu Manchester United untuk memenangi liga.

Juara 13 kali gelaran Premier League itu tak pernah menang sebarang Piala sejak kali terakhir mereka menjuarai saingan Europa League pada tahun 2017 yang lalu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  "Peti Ais Tak Sejuk"- Harry Maguire Teruk Dihentam Selepas Man Utd Sekadar Seri Bertemu Burnley