Teori Roy Keane Mengenai Ronaldo Benar Dan Ten Hag Telah Buat Keputusan

Teori Roy Keane mengenai masa depan Cristiano Ronaldo di Old Trafford ternyata benar dan Erik Ten Hag juga telah membuat keputusan dan menegaskan pendiriannya bahawa penyerang veteran itu akan kekal.

Roy Keane sebelum ini telah melahirkan keyakinan bahawa Cristiano Ronaldo yang pernah menjadi rakan sepasukannya tidak akan berpindah.

Sebelum ini The Athletic telah melaporkan bahawa pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly mencuba nasib apabila cuba membawa Ronaldo ke Stamford Bridge.

Ini kerana Todd Boehly telah berjumpa Super Ejen, Jorge Mendes yang mewakili Ronaldo dan dalam perbincangan mereka itu termasuklah agenda cubaan melamar Ronaldo.

Sumber kelab telah menyatakan membakul sampahkan semua berita itu dan menegaskan Ronaldo bukan untuk dijual dan berada dalam perancangan musim hadapan.

“Cristiano bukan untuk dijual, Kami mahu dan jangkakan dia akan bersama kami musim hadapan.”

Walaupun Setan Merah gagal untuk layak ke Champions League pasti mereka tidak mahu kehilangan Ronaldo dan kapten Portugal itu akan memberikan komitmen penuh dengan pelan besar Erik Ten Hag.

Siapa tahu Ronaldo mungkin menyasarkan untuk meraih trofi Europa League yang belum pernah dimilikinya.

Musim lalu Ronaldo menjaringkan 24 gol untuk Setan Merah dengan 18 gol di Premier League berada ditangga ketiga perebutan kasut emas di belakang Mohamed Salah dan Son Heung Min.

Jaringan Ronaldo di peringkat kumpulan Champions League membolehkan mereka mara ke pusingan kalah mati dan tanpa gol Ronaldo Setan Merah pulang awal.

Ronaldo adalah pemain terbaik kelab dan Roy Keane sebelum ini ini yakin Manchester United akan sedaya upaya untuk mengekalkan Ronaldo.

Roy Keane menyatakan dia akan terkejut jika Ronaldo meninggalkan kelab dijendela perpindahan musim panas. Dan teori Roy Keane sangat mudah.

“Aku tak jangkakan begitu, Aku tahu ada spekulasi tetapi aku tidak dapat bayangkan Ronaldo tidak berada di Manchester United musim hadapan melainkan sesuatu yang drastik terjadi pada musim panas.”

“Jika kau lihat jaringan yang dihasilkan Ronaldo, dia merupakan ancaman dan mana-mana pengurus mahu berkerja bersama Ronaldo. Semudah itu.”

Ternyata Keane tidak salah apabila Erik Ten Hag awal-awal lagi telah membuat penjelasan bahawa dia memandang ke depan untuk berkerja bersama Ronaldo.

Bercakap kepada De Telegraaf, berhubung pelan besarnya di kelab, Erik Ten Hag mahu Ronaldo kekal:

“Saya mahu kekalkan Cristiano di Manchester United, sudah tentu. Dia sangat penting kepada kelab, Ronaldo seekor gergasi kerana kerana apa yang ditunjukkannya setakat ini kerana dia mempunyai cita-cita yang terlampau tinggi.”

Walaupun sudah berusia 37 tahun, Ronaldo pemain terbaik kelab dan masih mampu menjaring lebih 20 gol semusim dan untuk mendapatkan penyerang seperti itu dipasaran harganya teramat tinggi.

Kebimbangan tercetus selepas Todd Boehly telah mengadakan satu pertemuan di Portugal minggu lalu dengan super ejen, Jorge Mendes dan kini semua boleh menarik nafas lega.

Ronaldo yang berusia 37 tahun sedang menuju ke tahun terakhir perjanjian semasanya bersama Manchester United selepas dia membuat kepulangan sensasi ke Old Trafford pada musim panas lalu selepas meninggalkan kelab itu 13 tahun lepas.

Ronaldo mempunyai pertalian yang besar dengan United dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengurus baharu Erik ten Hag.

Ronaldo berkata dalam temu bual baru-baru ini:

“Saya pernah dan masih sangat gembira berada di sini.”

“Saya tahu (Ten Hag) melakukan kerja yang hebat untuk Ajax dan dia seorang jurulatih berpengalaman tetapi kami perlu memberinya masa dan perkara perlu berubah mengikut acuan dia.”

“Saya harap kita beroleh kejayaan. Saya doakan yang terbaik untuk dia. Kami gembira dan teruja. Kami percaya bahawa tahun depan kami akan memenangi trofi.”

“Saya percaya bahawa Manchester (United) akan berada di tempat yang sepatutnya. Kadang-kadang ia mengambil masa, tetapi saya masih percaya.”

Adakah Ronaldo akan mengejutkan dunia bola sepak dengan meninggalkan United untuk saingan langsung Liga Perdana di Chelsea atau Bayern Munich? Hanya masa akan menentukan.

BACA:  Kedunguan Ronaldo Gagal Sempurnakan Penalti Beri Ruang Untuk Middlesbrough Aibkan United Di Old Trafford