Terengganu Bawa Hanya 4 Sub Kerana Nak Jimat Tambang Kapal Terbang?

Perlawanan Piala AFC kembali menjadi tumpuan pada hari ini apabila Terengganu FC bertandang ke Australia untuk perlawanan menentang Central Coast Mariners.

Perlawanan tersebut akan berlangsung di Industree Group Stadium, Gosford, Australia pada jam 4 petang ini iaitu sekarang.

Dalam perlawanan sebelum ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin wakil dari Malaysia itu berjaya menewaskan Central Coast Mariners 1-0 hasil jaringan sendiri pemain pertahanan lawan.

Perlawanan pada petang ini dianggap penting sekiranya Terengganu bercita-cita merampas kedudukan teratas Kumpulan G sekaligus selesa melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Harus diakui walaupun tewas, Central Coast Mariners harus diaanggap pencabar utama buat skuad penyu di dalam saingan Kumpulan G.

Walaubagaimanapun Terengganu hanya membawa 15 pemain ke Australia – 11 pemain kesebelasan utama dan 4 pemain simpanan.

Berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan tadi, Terengganu hanya menyenaraikan Rahadiazli (GK), Argzim Redzovic, Zuasyraf dan Syahmi Zamri sebagai pemain simpanan

Adakah Terengganu sebenarnya sedang berjimat untuk membeli tiket penerbangan?

Beberapa hari lalu Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mendedahkan pasukan itu kehilangan tiga tongak utama pasukan, iaitu Azam Azmi, Alif Zakaria dan Shahrul Nizam Ros Hasni akibat kecederaan.

“Hanya Safwan Mazlan (pertahanan tengah) akan mengikut kami, Tetapi beliau juga dalam keadaan cedera. Kami ada dua sesi latihan di sana (Australia). Jadi, sebelum perlawanan saya perlu buat keputusan sama ada beliau boleh bermain atau tidak,” kata Steinbruckner sebelum berlepas ke Australia semalam.

Ini bermakna daripada 18 pemain yang sepatutnya dimiliki Terengganu, mereka kini hanya ada 15 pemain.

Walaupun pincang, Tomislav Steinbruckner yakin barisan anak buahnya akan menampilkan aksi terbaik menentang jaguh dari Australia itu nanti.

Kedudukan terkini Kumpulan G sekarang menyaksikan Central Coast Mariners FC menduduki tangga teratas dengan sembilan mata, diikuti TFC (lapan mata) Bali United FC (empat mata) dan terakhir, Stallion Laguna FC (satu mata).

Baca Juga

Baca Juga