Terengganu Uji Bekas Tonggak Skuad Piala Dunia Ghana John Mensah

KUALA TERENGGANU: Skuad Terengganu bakal menguji bekas tonggak skuad Piala Dunia Ghana, John Mensah dalam aksi persahabatan menentang skuad Piala Emas Raja-Raja Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, petang ini.

Difahamkan, pemain yang pernah beraksi di pentas Piala Dunia 2006 di Jerman dan Afrika Selatan 2010 itu menyatakan hasrat untuk datang menjalani sesi pemilihan bersama Terengganu.

bekas-ketua-pasukan-ghana

Ketua Jurulatih Terengganu, Ahmad Yusof, berkata pihaknya dimaklumkan pemain kelahiran Obuasi, Ghana, berusia 33 tahun itu mahu mencuba nasib dengan pasukan bimbingannya.

Katanya, pemain tengah yang pernah menyarung jersi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Sunderland dan Rennes (Liga Perancis) itu kini sudah berada di Kuala Lumpur.

“Kita dimaklumkan Mensah mahu menyertai sesi pemilihan dan tiba ke Kuala Terengganu malam tadi.

“Jika pemain ini turun menjalani sesi pemilihan petang ini, kita akan menurunkannya dalam perlawanan persahabatan bersama beberapa lagi pemain asing lain,” katanya.

Pengendali berusia 55 tahun itu berkata, pihaknya sudah melihat aksi bekas pemain kebangsaan Kanada, Tamandani Nsaliwa sebelum ini.

Katanya, pihaknya juga ada dimaklumkan penyerang kebangsaan Senegal, Dame N’Doye juga mahu datang mencuba nasib dengan skuad Penyu.

“Kita hanya dihubungi ejen dan tidak tahu bila pemain berusia 30 tahun ini akan tiba di negeri ini,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/105854

Baca Juga

Baca Juga