“Terhebat Di Dunia” – Shakira Puji Suami Selepas Aksi El Clasico

Gerard Pique memainkan peranan penting ketika membantu Barcelona membelasah Real Madrid 4-0 di Santiago Bernabeu dalam aksi saingan La Liga.

El Clasico kali ini jelas sekali memihak kepada Barcelona yang mendominasi sepenuhnya skuad kendalian Carlo Ancelotti itu.

Shakira sendiri turut tampil untuk memuji suami tercintanya dengan menyatakan yang Gerard Pique merupakan pemain centre-back terhebat dalam dunia bola sepak.

Musim ini jelas sekali bukan musim yang hebat untuk Gerard Pique apa lagi di usia beliau sekarang, beliau nampak sudah tak bertenaga dan tak sehebat seperti dahulu lagi.

Bukan hanya masalah prestasi tak menentu, masalah luar padang juga sepertinya sedikit mengganggu beliau pada musim ini.

Beliau sebelum ini mempunyai masalah dengan bekas rakan sepasukannya, Lionel Messi dengan Pique dikatakan punca mengapa bintang Argentina itu terpaksa meninggalkan Barcelona.

Jelas sekali Pique musim ini sedang melalui titik terlemah sepanjang kariernya, apa lagi selepas Barca tersingkir dari saingan Champions League.

Hujung minggu baru-baru ini, pemenang Piala Dunia itu bersama rakan sepasukannya berjaya membuktikan yang Barcelona sudah kembali ke kedudukan asal mereka.

Skuad kendalian Xavi Hernandez itu berjaya menewaskan pendahulu saingan La Liga, Real Madrid dengan keputusan 4-0.

Bukan sekadar menang besar, mereka turut mendominasi sepenuhnya perlawanan tersebut serta mengaibkan Los Blancos di halaman sendiri.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Pique memuat naik status di laman media sosial miliknya dengan menyatakan yang Barca sudah kembali.

Terbaru, isterinya Shakira pula tampil memuji suaminya itu dengan menganggap yang Pique sebagai yang terhebat di dunia.

“Gerard tak akan benarkan saya untuk katakan hal ini secara terbuka.”

Tulis Shakira di laman instagram miliknya.

“Tapi hanya dengan kepahlawanan dia sahaja yang membolehkan dia bermain seperti ini, melepasi segala kesakitan atau kecederaan dan sentiasa berikan yang terbaik.”

“Ia bukan hanya kerana dia suami saya, tapi dia memang pemain centre-back terhebat dunia.”

Marc-Andre ter Stegen turut berjaya melakukan aksi penyelamatan berkelas dunia pada awal permainan sebelum skuad kendalian Xavi Hernandez mendominasi sepenuhnya perlawanan tersebut.

Pierre Emerick Aubameyang berjaya membuka tirai jaringan untuk skuad Barcelona pada minit ke-29 permainan dengan beliau bijak menanduk masuk bola cantik hantaran dari Ousmane Dembele.

Aubameyang sepertinya benar-benar menikmati kariernya di Nou Camp dengan beliau kini merupakan pemain penyerang paling berprestasi dalam dunia bola sepak.

Tidak lama selepas itu, Vinicius Jr merasakan yang beliau berhak untuk dihadiahkan sepakan penalti, selepas merasakan yang beliau telah dijatuhkan oleh Ter-Stegen di dalam kotak penalti.

Walau bagaimanapun, selepas merujuk VAR, beliau jelas sekali sekadar dive dengan Gerard Pique kemudiannya dilihat berbisik sesuatu kepada bintang muda Brazil itu.

Ronald Araujo kemudiannya berjaya menggandakan kedudukan untuk pasukan pelawat selepas beliau cemerlang menanduk masuk bola dari sudut sepakan penjuru.

Selepas ketinggalan 2-0, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu nampak lesu serta hilang tumpuan sehingga tamat perlawanan tersebut.

Ferran Torres kemudiannya cemerlang menjaringkan gol ketiga untuk Barcelona pada aksi babak kedua permainan namun sayangnya gol itu dibatalkan oleh pengadil kerana mendakwa beliau berada di kedudukan offside.

Tidak lama selepas itu, bekas bintang Manchester City itu akhirnya berjaya juga menjaringkan gol selepas menerima bola cantik umpanan dari Pierre Emerick Aubameyang.

Pemain penyerang kebangsaan Gabon itu kemudiannya berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya untuk memastikan Barcelona berjaya menewaskan Real Madrid 4-0.

Para pemain Real Madrid merasakan yang Torres dalam kedudukan offside kerana penjaga garisan sudah mengangkat bendera.

Walau bagaimanapun, VAR mendapati Ferran Torres berada di kedudukan onside dan kerana itulah main kena ikut wisel bukan ikut suka.

Seandainya aksi mereka pada malam itu dianggap sebagai satu amaran yang Barcelona sudah kembali, maka gelaran Europa League boleh dijadikan bukti nyata yang Barca sememangnya sudah kembali.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Senarai Gaji Pemain Barcelona Yang Sangat Gila