Liverpool mengesahkan pengurus pasukan ketika ini, Jurgen Klopp akan meninggalkan Liverpool pada musim ini.
Perkara itu disahkan melalui satu kenyataan pendek di laman sesawang rasmi kelab sebentar tadi.
“Jurgen Klopp telah mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan sebagai pengurus Liverpool pad akhir musim ini selepas perkara itu dimaklumkan kepada pemilik kelab,” ujar kenyataan tersebut.
Klopp kini berusia 56 tahun berkata dirinya berhutang budi kepada penyokong setia kelab Merseyside itu selama ini.
🚨🚨 BREAKING: Jurgen Klopp has decided to LEAVE Liverpool at the end of the season. pic.twitter.com/jMlKg16hV3
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 26, 2024
Menjelaskan keputusannya itu, Klopp berkata: “Inilah keadaan saya, bagaimana saya mahu jelaskan, saya mulai kehilangan tenaga.
“Saya tidak berhadapan masalah sekarang. Tetapi saya sudah mengetahui sekian lama bahawa saya harus memaklumkannya suatu hari nanti.
“Tetapi pada masa ini saya memang dalam keadaan baik. Saya hanya menyedari saya tidak akan mampu melakukan pekerjaan ini berulang, ulang, ulang, dan berulang kali.”
Liverpool pada masa ini berada di kedudukan teratas Premier League dan pengumuman ini sudah pasti mengejutkan ramai penyokong setia Liverpool.
🔴👋🏻 Jurgen Klopp explains his decision to leave Liverpool at the end of the current season.pic.twitter.com/8unawd9xG2
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 26, 2024
Klopp dianggap sebagai salah seorang pengurus terbaik di dalam sejarah Liverpool, dan berjaya menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan Premier League pada musim 2019/20.
Di bawah kendalian jurulatih jerman itu Liverpool turut kembali menjadi salah sebuah pasukan disegani di Eropah apabila membawa Liverpool ke tiga perlawanan akhir UEFA Champions League, dan menjuarainya pada musim 2018/19.
Di bawah kendalian Klopp, Liverpool menjuarai enam kejuaraan utama termasuk Piala FA pada musim 2021/22, UEFA Super Cup, dan FIFA Club World Cup pada 2019.
Musim ini, Klopp sudah pun berjaya membawa Liverpool ke Wembley untuk perlawanan akhir Piala Carabao menentang Chelsea pada Februari hadapan.