Terlalu Kerap Cedera, Barca Tawarkan Kontrak Aneh Kepada Dembele

Barcelona pada ketika ini sudah bersedia untuk menawarkan kontrak yang luar biasa aneh kepada Ousmane Dembele dek kerana masalah kecederaan yang sering membelenggunya.

Pihak pimpinan kelab masih berminat untuk menawarkan kontrak baru kepada Dembele kerana mereka merasakan yang khidmat bekas bintang Dortmund itu masih diperlukan.

Kontrak Dembele akan tamat pada penghujung musim ini, dan menurut laporan dari media Sepanyol, sudah ada kelab dari saingan Premier League yang berunding untuk mendapatkan khidmatnya.

Newcastle United yang kini dimiliki oleh pemilik yang kaya raya turut berminat untuk mendapatkan tandatangan bekas bintang Borussia Dortmund itu.

Barca pada masa sama tetap berusaha untuk memastikan mereka mampu memujuk Dembele agar tidak meninggalkan kelab.

Dek kerana sering dibelenggu masalah kecederaan sejak dari awal beliau ditandatangani pada tahun 2017, Dembele hanya mampu membuat 119 penampilan sahaja sepanjang tempoh tersebut.

Beliau juga hanya mampu membuat satu penampilan sahaja sepanjang musim ini, dan sekali lagi, masalah kecederaan telah mengganggu perjalanan beliau pada musim ini.

Pihak kelab masih mahu mendapatkan tandatangan beliau dan menawarkan kontrak baru padanya, namun ia akan sedikit berbeza berbanding kontraknya sebelum ini.

Menurut laporan SPORT, gergasi Catalan itu mahukan Dembele untuk menandatangani kontrak baru dengan perjanjian, ‘pay as you play’ yang mana ia akan menggabungkan ‘formula Alemany’

Rundingan ini dinamakan selepas nama director kelab, Mateu Alemany, dan beliau menggunakan syarat seperti itu ketika kerjayanya bersama Mallorca dan Valencia.

Konsep Alemany merupakan perjanjian yang mana pemain akan dibayar seandainya beliau memenuhi syarat untuk capai kuota berapa perlawanan yang beliau mainkan sepanjang musim itu.

Ia jelas berbeza dari rundingan kontrak biasa yang mana tidak kira main atau tidak, gaji mereka akan tetap dibayar penuh oleh pihak kelab.

Lebih mudah lagi, lebih kerap beliau bermain, bermaksud lebih banyak pendapatan yang bakal beliau peroleh, dan seandainya beliau kerap memanaskan bangku simpanan, maka kuranglah pendapatan Dembele.

Bekas pemain Rennes itu berkemungkinan akan mendapat kelebihan dari rundingan ini seandainya beliau mampu untuk mengelak dari masalah kecederaan.

Dembele juga akan ditawarkan bonus lumayan seandainya beliau mampu untuk bermain dalam semua perlawanan.

Nilai yang Barca perlu bayar seandainya Dembele berjaya mengelak dari dibelenggu masalah kecederaan sudah tentu akan menjejaskan kewangan kelab.

Ditambah pula dengan Barca yang ketika ini sudah sememangnya bergelut dengan masalah kewangan yang sangat teruk.

Untuk memastikan pemain itu setuju dan yakin yang syarat tersebut akan memberi kelebihan padanya merupakan satu tugas yang sangat berat untuk Barcelona.

Tambah masalah lagi, seandainya Newcastle mampu menawarkan kontrak yang lebih mewah, maka Barcelona perlulah bersedia untuk kehilangan pemain mereka itu.

Memandangkan kontrak beliau bersama kelab akan tamat pada penghujung musim ini nanti, maka Dembele sudah boleh berunding dengan kelab lain dan turut menandatangani pra kontrak pada jendela perpindahan Januari ini.

Beliau juga turut dikaitkan dengan bakal ditawarkan ke Man City sebagai perjanjian pertukaran pemain dengan Barcelona mahu mendapatkan Raheem Sterling.

Selepas Ronald Koeman dipecat, Barcelona telah melantik legenda kelab, Xavi untuk menjadi pengurus Barcelona yang baharu.

Kemasukkan Xavi diharapkan akan dapat membantu membawa Barca kembali menjadi pasukan yang digeruni lawan.

Bekas pengurus Al-Sadd itu sudah tiba di Nou Camp dan beliau turut mahu membuat rombakan besar-besaran dalam usahanya untuk membantu memimpin Barca kembali ke tempat selayaknya mereka.

Bukan hanya para pemain, Xavi bahkan turut merombak semua staff termasuk doktor perubatan dengan beliau telah membawa barisan kejurulatihannya dari Al-Sadd untuk membantunya di Nou Camp.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penampilan 41 Minit Dembele Dilabel Sebagai Paling Teruk Dalam Sejarah Bola Sepak