Terpaksa Seri Bermaruah, Harry Maguire Salahkan Pengadil, VAR Dan Liverpool

Kapten paling berkaliber di Liga Inggeris, Harry Maguire tidak dapat menyembunyikan sakit hatinya diperlakukan pengadil dalam perlawanan menentang West Brom.

Di kala United mahu menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim ini, ternyata pengadil menjadi punca kenapa mereka gagal.

Menurut Maguire, pengadil telah menindas dan tidak adil ke atas United dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Maguire mengecam pengadil Craig Pawson dan kesemua pegawai VAR kerana membenarkan gol  Mbaye Diagne. Sedangkan menurut pengalaman Maguire, gol itu patut dibatalkan kerana Diagne terlebih dahulu mengasari teman baiknya Victor Lindelof.

Maguire turut mengutuk pengadil kerana tidak memberikan penalti kepada Manchester United pada separuh masa kedua.

Manchester United sekali lagi seri bermaruah dengan West Brom. United ketinggalan seawal 83 saat. Namun membalasnya sebelum rehat separuh masa menerusi Bruno Fernandes.

“Permulaan yang sukar dengan gol yang kami lepaskan. Tapi, tapi, ada tapinya, gol itu sebenarnya satu kekasaran.”

“Kamu juga pasti bahawa ianya penalti (pada separuh masa kedua). Saya tak pasti apa tujuannya mereka perlu meminta dia (pengadil) ke monitor.”

“Bentesan itu agak minimal. Tapi ianya tetap penalti. Nampaknya beberapa keputusan pengadil menentang kami.”

“Kita tak boleh bergantung kepada keputusan VAR, kita harus memperbaikinya.”

Selain itu Harry Maguire turut mengecam pasukan yang memberikan komen tentang penalti mereka sebelum ini.

Dan ia menurut Maguire telah menjadi punca kenapa pengadil mulai menindas Manchester United dengan beberapa pengadilan yang tidak adil.

Jurgen Klopp dengan busy bodynya mengira jumlah penalti Manchester United sebelum ini dan menyatakan bahawa pasukan United lebih banyak mendapat penalti dalam masa 2 tahun ini berbanding dengan 5 tahun dia di Liverpool.

Dengan suara seorang pemimpin, Maguire berkata: “Sejak ada orang lain dari pasukan lain bercakap tentang kami, sekarang kami langsung tak dapat apa apa daripada pengadil dan VAR.”

“Buat masa ni kami bermain tanpa mereka (pengadil dan VAR). Jadi kita kena pastikan kira tidak bergantung kepada pengadil dan VAR.”

BACA:  Kerana Sayangkan Harry Kane, Tottenham Sanggup Dapatkan Harry Maguire