The Poznan of Poland : Siapa lagi power? Harimau Malaya atau Harimau Selatan?

“Poznan” satu sebutan yang begitu popular dikalangan pengikut Ultras dunia. Tahukah anda Poznan ini merupakan sebuah nama pasukan Bola Sepak di Poland. Nama penuh pasukan ini ialah Lech Poznań yang kini sedang bersaing di Liga utama iaitu Ekstraklasa .

Poznan merupakan antara bandar tertua di Poland.

Payah sungguh menyebut Ekstraklasa, cukuplah kita kenali sebagai Polish Football League.

Sejarah dan asal-usul

Berbalik kepada cerita kita mengenai Lech Poznań , perkataan Lech di hadapan Poznan diambil dari mitos lagenda terbentuknya negara Poland. Kalau di Malaysia ini lebih kurang seperti cerita Parameswara yang membuka Melaka .

Berdasarkan cerita-cerita hikayat Poland iaitu Bohemia (Kalau di Malaysia, hikayat Merongmahawangsa) , ia dimulakan melalu hikayat tiga beradik iaitu Lech, Čech, dan Rus . Dan seperti Parameswara juga , Lech, Čech, dan Rus telah pada suatu hari telah pergi berburu. Setelah lama pergi berburu, mereka masih gagal untuk mendapatkan sebarang hasil, lalu mereka duduk berbincang.

Lech-Czech-Rus

“Lech, aku penat bak hang. Berejam-rejam kita memusing, haram sekoq pun takda benda nak aku terbey (lastik)” ujar Čech.

“Takpa aih, hang rilek sat, minum ayaq angguq ni dulu. Rus oi , nah ayaq ni bagi kata bang hang ni, la aih sian sungguh adik aku ni ha, habis mengelit hitam serupa juboq kuali main panaih” balas Lech sambil menghulur Botol Ribena kepada Rus untuk diberikan kepada Čech yang sedang duduk bersimpuh.

“La ni macam ni Cech, aku rasa elok kita berpecah . Aku duk berjalan dengan hangpa apa dapat pun taktau, boleh penat ja, dahla harga minyak la ni mahai” sambung Lech.

“Aku nak pi Utagha, hang Cech amik jalan pegi Barat, Mat Rus hang pegi amik jalan ke Timoq” demikian saranan Lech selaku abang yang sulong tanpa sebarang bantahan serta surat menyurat tidak akan dilayan.

Lalu tiga-tiga mereka berpecah sambil terlupa untuk setting kembali pertemuan, cerdik sungguh ketiga-tiga mereka ini. Lech telah berjalan menuju ke utara.

lagenda Czech, Lech dan Rus

Berjalan dan terus berjalan selama berhari sehinggalah beliau sampai di suatu tempat untuk berehat. Setelah kehabisan ayaq angguq, beliau telah duduk di sebuah perdu pohon sambil mengadap sebuah bukit di sebuah lembangan.

Ketika itu jugalah suatu peristiwa telah berlaku, seekor helang putih telah terbang tinggi dengan megahnya lalu turun ke sarangnya di sebuah pohon rending di hadapan Lech. Apa yang menariknya ialah cara Helang turun itu begitu megah sambil mengepak-ngepakkan sayapnya ditambah latar belakang Matahari Merah senjakala ketika itu.

Ini pondan bukan Poznan!

Lech terkesima sambil menyebut ‘Fulaaaaamak, lawa sungguh. Pulun betui Helang ni , awat pulun sangat hang ni. Pulun dia sungguh”. Akibat peristiwa “Pulun dia” Helang tersebut maka Lech pun rasa sudah sampai masanya dia memutuskan untuk membina negara di tempat ini.

“Pulun dia? Nampak macam sedap juga nama ni, tapi bunyi macam orang Tokai, aku atuq elok sikit nama ni no, sesuailah dengan aku ni bangsa kulit putih, elok juga aku namakan ‘Polandia’, ya Poland!!!” getus Lech sendirian tanpa memikirkan bagaimana nak beranak pinak kalau duduk sorang-sorang.

Sejak hari itu maka wujudlah dan berdirilah sebuah negara bernama Poland. Dengan menggunakan cerita helang putih tersebut maka lambang helang putih disinari mentari merah diufuk timur terus digunakan oleh negara Poland sehingga hari ini.

Apa jadi kepada adik-beradik Lech yang lain?. Cech yang telah menuju ke arah barat juga telah mempunyai peristiwa tersendiri lalu mewujudkan negara sendiri iaitu Republic Czech manakala diam-diam berisi Rus yang ke timur telah berjaya mewujudkan negara yang lagi besar iaitu Rusia, Belarus dan Ukraine.

Tidak percaya? Rekaan? Sila semak google atau Wikipedia.

The Poznan

Berbalik kepada cerita Poznan, kelab bola sepak ini ditubuhkan pada 1922 dengan nama lain iaitu Lutnia Dębiec (sebutan : Lu tanya aku debik). Kelab ini diasaskan oleh pekerja-pekerja stesen keretapi ketika itu.

Akibat kebosanan menunggu kereta api setiap hari , Pozi iaitu ketua stesen keretapi telah memanggil kesemua pekerja untuk bermesyuarat bagi menubuhkan sebuah kelab sukan rekreasi syarikat. Di dalam mesyuarat tersebut berlaku telah berlaku sedikit pertengkaran antara Encik Pozi selaku chairman mesyuarat dengan setiausaha, ekoran minit mesyuarat yang lepas gagal disahkan.

Nanu Burhanudin iaitu setiausaha mesyuarat tersebut bertindak sendiri mengesahkan minit mesyuarat yang lepas lalu berjaya menyelamatkan keadaan sehinggalah ke agenda terakhir mesyuarat tersebut iaitu menamakan Kelab bola sepak yang akan tubuhkan.

Setelah hampir 2 jam berdebat mengenai nama pasukan tersebut , En Mad Bashah yang lena sepanjang mesyuarat telah bangun sambil bercengkak pinggang memberi suggestion;

“Ni En Pozi dan Cik Nanu..ni nak habaq, dah hangpa dua ja duk bercakap dari tadi , buh nama hangpa dua la senang bagi kawin terus, boleh hangpa berdua sembang pagi petang siang malam, hingap..nak lena pun susah”

Maka mereka berdua telah berjaya diijab kabulkan lalu nama kelab telah terhasil gabungan Pozi dan Nanu, jadilah Poznan. Setelah itu kelab ini telah mendominasi liga Poland selama berpuluh tahun, zaman keemasan kelab ini ialah ketika era 80an dan 90an.

Tidak percaya? Rekaan? Sila semak google atau Wikipedia sekali lagi.

The Poznan Ritual

Sambutan Poznan telah dilakukan secara tidak sengaja pada tahun 1961 oleh Capo Ultras Poznan ketika itu. Zaman ultras ketika itu ialah apa yang dilakukan oleh Capo harus dilakukan oleh kesemua ultras. Capo ketika tahun itu memang fanatic dengan pasukan namun gagal untuk menonton dengan sedap disebabkan terpaksa berpaling untuk conducts kesemua ultras.

Akibat tidak tahan berpuluh-puluh game tidak dapat berpaling kearah padang, maka pada suatu game, beliau telah berpaling secara tidak sengaja kearah padang sambil terlupa yang anak buahnya dihadapan turut berpaling ke belakang.

Hendak dijadikan cerita, ketika capo itu berpaling jugalah Pasukan lawan Poznan menjaringkan gol lalu capo pun melompat-lompat kemarahan dan juga turut diikuti oleh anak buahnya yang lain. Lalu terciptalah sejarah ritual Poznan hinggalah ke hari ini.

Ia telah diikuti oleh ramai penyokong pasukan didunia. Basicnya mudah, pusing sambil tangan diatas bahu sama lain dan melompat. Poznan ini sebenarnya ialah satu bentuk cara berpasukan Ultras untuk menunjukkan ketidakpuasan namun dizaman ini, ia lebih kepada bentuk hiburan sesama ultras.

Lech Poznan juga pernah dinobatkan sebagai sebuah kelab penyokong terbaik di dunia.

Poznan liga Inggeris

Yang gatai memulakan Poznan di liga Inggeris ialah ‘the citizens’ aka Manchester City. Ia berupa satu bentuk ejekan kepada pasukan lawan.

Pada oktober 2010, ketika Man City bertemu Lech Poznan didalam Liga UEFA, penyokong Manchester City telah melakukan aksi Poznan setelah menewaskn Lech Poznan 3-1 sambil menjerit

“Let’s all City fans celebrate do the Poznan”.

Sejak dari itu mereka sering melakukan aksi Poznan dan sebalik diejek oleh team lawan juga mempoznankan mereka kembali. Antara aksi Poznan terbaik ialah kemenangan ‘ The citizens’ keatas ‘ red devil’ di stadium Wembley dimana mereka mempoznan saudara mereka sendiri.

Poznan di Malaysia

Poznan menarik pernah dilakukan di Ipoh pernah saya lihat ialah ketika Silverstate Ultras melakukan kelainan di Curva mereka dengan memakai pakaian Hari Raya sempena menyambut perlawanan yang berlangsung didalam musim perayaan. Selesai sahaja perlawanan dimana Perak kalah.

Salah seorang pegawai Pafa yang bergelar Dato telah pergi ke curva dari bawah untuk memujuk mereka. Namun nasib kurang baik, beliau telah di Poznan oleh Ultras. Poznan terbesar setakat ini ialah di Bukit Jalil oleh Harimau Malaya dan Harimau Selatan.

Anda boleh lihat di link video dibawah dan cuba lihat siapa antara mereka yang terbaik .

Baca Juga

Baca Juga