Theo Hernandez Menjaringkan Gol Solo Dari Jarak 80 Ela Yang Sungguh Dasyat

Theo Hernandez telah mempamerkan aksi magis yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi bertemu Atalanta awal pagi tadi.

Pemain full-back itu menjaringkan gol solo dari jarak 80 ela untuk membantu AC Milan menewaskan Atalanta 2-0 di San Siro.

Pemain kebangsaan Perancis itu berjaya menjaringkan gol kedua untuk AC Milan dalam perlawanan ini dan gol jaringan beliau itu diakui sebagai antara gol paling menakjubkan musim ini.

Beliau mula membawa bola dari kawasan kotak penalti sendiri terus naik ke atas dengan larian yang pantas dan kawalan bola yang sungguh dasyat.

Para pemain Atalanta sendiri berkemungkinan tak menjangka yang beliau akan terus membawa bola itu masuk ke kotak penalti mereka dan mahu melepaskan rembatan menguji penjaga gol lawan.

Hernandez dilihat sangat tenang mengawal bola tersebut dengan beliau turut berjaya melepasi beberapa pemain sebelum masuk kotak kotak penalti lawan.

Sebaik masuk ke kotak penalti lawan, Theo Hernandez dilihat terus melepaskan rembatan dengan menggunakan kaki kirinya dan hasil dari percubaan itu beliau berjaya menjaringkan gol kedua untuk Milan.

Tidak mengejutkan untuk melihat para peminat jadi begitu teruja dengan kehebatan gol itu, dengan ramai peminat yang menghamburkan pujian menggunung kepada pemain full back itu.

“Gol yang paling berbaloi untuk bantu AC Milan memenangi Piala. Memang gerakan solo yang sangat berkualiti.”

“Saya macam tak percaya dia boleh lepaskan diri dari beberapa pemain sebelum masuk ke kotak penalti dari kawasannya sendiri. Lebih menakjubkan lagi gerakan super indah itu berjaya disudahi dengan gol.”

“Larian yang sangat kemas, saya yakin dia sepatutnya lebih dihargai dan diletakkan sebaris dengan barisan pemain full back yang dianggap terhebat dunia.”

“Sungguh luar biasa, jujur saya katakan memang luar buasa menakjubkan. Gol berkualiti tinggi.”

“Kepantasan dia sungguh menakjubkan, ketenangan dia dasyat, cara dia mengawal bola, semuanya jelas sekali sangat menakjubkan.”

Bercakap tentang golnya yang sungguh dasyat itu, Theo Hernandez menyatakan bahawa:

“Saya lakukan segalanya untuk pasukan ini, ia merupakan kemenangan yang sungguh menakjubkan untuk semua orang. Selepas sekian lama, mereka semua sangat-sangat gembira dan saya juga gembira bermain untuk Milan.”

Jelas Theo Hernandez kepada DAZN selepas tamat perlawanan.

“Saya mulakan dan saya fikir saya mahu terus naik ke atas. Ia merupakan gol yang hebat, tapi kerja keras yang ditunjukkan oleh rakan sepasukan menjadikan ia satu kenyataan.”

“Saya bangga anak saya ada di sini untuk melihat itu, ia merupakan malam yang menakjubkan. Kita sangat hampir, kita seminggu sahaja lagi dari Scudetto, kita perlu berikan segalanya dan itu lah dia. Kita semua sangat gembira.”

Kemenangan 2-0 Milan menewaskan Atalanta membantu mereka untuk semakin hampir pasti dinobatkan sebagai Juara saingan Serie A buat pertama kali sejak 2011 lalu.

Mereka pada ketika ini berada di kedudukan pertama, 2 mata mengatasi Inter Milan yang sedang berada di kedudukan kedua.

AC Milan sepertinya merupakan pasukan kegemaran untuk menjuarai saingan musim ini dan tiada masalah untuk mereka mencatatkan kemenangan dalam perlawanan terakhir untuk sah dinobatkan sebagai Juara.

Sama seperti Liverpool, Inter Milan hanya perlu mencatatkan kemenangan dan berharap agar AC Milan keciciran mata dalam usaha mereka untuk mengakhiri saingan musim ini sebagai Juara.

Sangat menarik sebenarnya untuk menyaksikan siapa antara kedua-dua musuh sebandar itu akan mengakhiri saingan musim ini sebagai juara.

Sumber: SPORTbible

BACA:  AC Milan Mulakan Perang Psikologi Keatas Arsenal Selepas Diundi Bersama