Thiago Silva Pamer Aksi Penyelamatan Atas Garisan Yang Sungguh Dasyat

Di usia 37 tahun, legenda bola sepak modern, Thiago Silva telah mempamerkan aksi penyelamatan atas garisan yang sungguh luar biasa dasyat.

Beliau bukan hanya mempamerkan aksi persembahan mantap yang membantu Chelsea mencatatkan clean sheet, bahkan Thiago jugalah individu bertanggungjawab yang memastikan barisan pertahanan The Blues tidak mampu dilepasi pasukan lawan.

Ketika aksi kemenangan 4-0 menewaskan Juventus awal pagi tadi, Thiago Silva telah melakukan aksi penyelamatan atas garisan yang sungguh menakjubkan pada aksi babak pertama permainan.

Juventus sebenarnya berdepan kesukaran untuk melepasi barisan pertahanan Chelsea sepanjang perlawanan ini.

Pada aksi babak pertama permainan, Juventus berjaya mengatur gerakan untuk mencari gol penyamaan memandangkan kedudukan pada ketika itu mereka sedang ketinggalan 1-0.

Morata berjaya menewaskan Mendy dengan satu sungkitan kemas dengan bola percubaan beliau melambung melepasi penjaga gol Chelsea itu dan menuju ke arah gawang gol yang sudah kosong.

Thiago Silva yang sebelum itu menjalankan tugasnya sebagai pertahanan dengan mengawal pemain lawan, segera berlari ke arah gawang golnya, dan berjaya mengeluarkan bola sebelum melepasi garisan gol.

Tindakan beliau itu layak dipuji kerana aksi penyelamatan berkelas dunia yang beliau persembahkan sebenarnya boleh mengundang kecederaan kepadanya.

Beliau hanya mengeluh kesakitan sebentar saja sebelum kembali beraksi seolah-olah beliau langsung tidak mengalami sebarang kesakitan.

Tidak ada mana-mana pemain dari saingan Premier League yang mampu melakukan dua aksi penyelamatan berkelas dunia dalam saingan liga dan Eropah setakat ini, melainkan Thiago Silva.

Beliau bolehlah dianggap sebagai penandatanganan paling berbaloi memandangkan Chelsea mendapatkan khidmat beliau secara percuma sahaja.

Pengalaman yang beliau miliki tidak boleh dinafikan lagi sungguh berguna untuk dirinya sendiri, dan juga digunakan untuk berkongsi dengan barisan pertahanan Chelsea yang lain.

Sejak kehadiran Thiago Silva, barisan pertahanan Chelsea dilihat semakin mantap, dan tidak keterlaluan juga untuk menganggap mereka merupakan barisan pertahanan terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Musim ini, selepas mengharungi 12 perlawanan, Chelsea hanya mencatatkan empat bolos sahaja dengan mereka pada ketika ini sedang berada di puncak saingan liga.

Dalam saingan Champions League pula, Chelsea telah berjaya menjaringkan 12 gol, dan mereka hanya mencatatkan satu bolos sahaja dari lima perlawanan dalam saingan peringkat kumpulan.

Secara keseluruhannya sepanjang musim ini, Chelsea sudah berjaya menjaringkan 40 gol, dan 15 darinya berjaya dijaringkan oleh pemain di posisi pertahanan.

Thiago Silva dianggap antara punca mengapa para pemain pertahanan Chelsea benar-benar sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini.

Reece James berjaya menjaringkan lima gol, Trevoh Chalobah dan Ben Chilwell masing-masing berjaya menjaringkan tiga gol, Antonio Rudiger dua gol, Marcos Alonso, Andreas Cheistensen dan Thiago Silva pula masing-masing menjaringkan satu gol.

Thiago Silva ketika aksi bertemu Leicester City sebelum ini turut dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut, atas aksi hebat dan persembahan mantap yang beliau persembahkan.

Hari ini, ketika Chelsea membelasah gergasi Itali, Juventus, beliau sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa mengagumkan.

The Blues terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-25 permainan menerusi Trevoh Chalobah yang merembat padu bola dari dalam kotak penalti.

Juventus hampir berjaya untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-27 permainan, namun percubaan dari Morata digagalkan oleh Thiago Silva yang mempamerkan aksi penyelamatan berkelas dunia.

Pada aksi babak kedua permainan, Reece James berjaya menjaringkan gol kedua Chelsea dengan satu rembatan padu menewaskan penjaga gol Juventus.

Tiga minit sahaja selepas itu, giliran Callum Hudson Odoi pula meledak gol ketiga untuk Chelsea selepas beliau bijak menyempurnakan hantaran dari Ruben Loftus Cheek.

Di minit-minit akhir perlawanan, Timo Werner berjaya merobek gawang gol Juventus untuk mengesahkan kemenangan selesa 4-0 Chelsea menewaskan The Old Lady.

Seandainya bukan kerana aksi penyelamatan berkelas dunia Thiago Silva, keputusan perlawanan juga tidak mungkin akan berakhir dengan 4-0.

Walau ramai pemain seusia beliau yang masih bermain, seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Amri Yahya, namun kebanyakan dari mereka merupakan pemain penyerang.

Yang mana ia jelas tidak sama dengan pemain di posisi pertahanan yang memerlukan lebih banyak tenaga, kekuatan mental dan fizikal dan lebih terdedah dengan kecederaan.

Dan kerana itulah agak luar biasa untuk melihat beliau yang sudah berusia 37 tahun, masih mampu bermain dalam kesebelasan utama, dan mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Sumber: Shikh Saiful

BACA:  Di Usia 37 Tahun, Thiago Silva Pamer Aksi Kepantasan Menakjubkan Untuk Selamatkan Gawang Gol Chelsea