Mauricio Pochettino menegaskan dirinya masih mempercayai barisan pemainnya 100% dalam satu pertemuan hati ke hati pada Selasa lalu. Pertemuan itu turut membenarkan Pochettino bertemu dengan Thiago Silva secara berasingan untuk merungkai ketidaksefahaman yang berlaku antara kedua-duanya.
Tekanan semakin memuncak ke arah Pochettino selepas Chelsea tewas 4-2 kepada Wolves. Isteri Silva, Belle kemudian melakukan satu hantaran di media sosial: “Tiba masanya untuk perubahan dilakukan. Jika tunggu lebih lama maka ia akan terlambat.”
Sehingga kini Belle belum memadam hantaran tersebut tatkala Pochettino sedang mempersiapkan The Blues untuk perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Aston Villa Rabu ini.
🔵 Pochettino on Belle Silva's post: “Thiago Silva came today to talk to me, but it’s private conversation and that's it”.
“My relationship with him is very good. I think it's excellent”. pic.twitter.com/8fKByonqKJ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 6, 2024
Tindakan isterinya itu membuatkan Silva menemui Pochettino secara berasingan pada Selasa untuk menjelaskan kejadian tersebut.
“Dia datang kepada saya dan berbual dengan saya,” kata Pochettino.
“Saya tidak perlu mendedahkan perbincangan kami. Perkara terpenting adalah dia sudah datang dan berniat untuk bercakap dengan saya mengenainya.
“Dia mengenali saya lebih dari 10 tahun, siapa diri saya, dia tahu kami adalah staff kejurulatihan yang tegas dan tahu bagaimana kami mengendalikan tugasan. Sudah tentu dia akan datang untuk berbincang. Maka kami berbincang. Ia adalah perbincangan tertutup. Demikianlah ia.”
🔵 Pochettino on Belle Silva's post: “Thiago Silva came today to talk to me, but it’s private conversation and that's it”.
“My relationship with him is very good. I think it's excellent”. pic.twitter.com/8fKByonqKJ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 6, 2024
Pochettino turut berkata dirinya telah menemui semua pemain dan berbincang secara bersama di pusat latihan pada hari yang sama.
“Saya beritahu pemain dalam pertemuan bahawa saya sangat mempercayai mereka. Malah semakin percaya.
“Saya akan terus memberikan sokongan kepada mereka. Saya bukan boss yang normal. Saya adalah seorang pemimpin dan saya perlu menunjukkannya dalam setiap tindakan bahawa saya memberikan kepercayaan kepada mereka.
“Dan sudah tentu saya juga percaya akan sampai masanya kami akan mulai memenangi banyak perlawanan.
“Ya kami kecewa kerana kalah dalam perlawanan dan prestasi yang ditampilkan tidak seperti yang dirancang atau kami mahukan. Tetapi kami harus terus ke hadapan.”
Pochettino juga mendedahkan dia menerima mesej daripada pemilik kelab yang terus berada di belakang untuk memberikan sokongan.
“Saya menerima mesej yang sangat positif daripada mereka. Kami masih bersama dalam semua hal. Dan itulah perkara terpenting,” kata Pochettino.