Thierry Henry Di undi Sebagai Pemain Terbaik Sepanjang Zaman

Thierry Henry merupakan antara pemain terbaik sepanjang zaman yang pernah beraksi dalam saingan premier league.

The Mirror’s baru-baru ini telah membuat undian untuk menentukan pemain terbaik sepanjang zaman dalam sejarah Premier League.

Dari kesemua senarai yang diberi, ternyata majoriti peminat mengundi Thierry Henry sebagai pemain terbaik dalam sejarah premier league.

The Mirror mencalonkan 32 pemain terbaik pernah beraksi dalam saingan premier league dan mengadakan undian berbentuk pertandingan kalah mati.

Peminat terus mengundi sehingga tinggal seorang sahaja pemenang dari pada 32 calon yang dipertandingkan.

Dengan mengadakan undian berbentuk pertandingan kalah mati, Henry telah diundi mara ke perlawanan akhir menentang legenda setan merah Ryan Giggs.

Henry menerima undian yang sangat tinggi dalam perlawanan akhir dengan menewaskan Giggs dengan kelebihan 81% undi.

Henry mempamerkan aksi sangat mantap dalam saingan Premier League dari tahun 1999 hingga 2007 bersama pasukan Arsenal.

Setelah berkelana beraksi di luar akhirnya beliau kembali menyertai Arsenal pada musim 2011/12 sebagai pemain berstatus pinjaman.

Sepanjang tempoh itu beliau berjaya menjaringkan 226 gol dan menjadi salah seorang penjaring terbanyak dalam sejarah pasukan Arsenal.

Henry turut berjaya membantu the Gunners memenangi dua gelaran premier league dan dua kejuaraan Piala FA bawah kendalian Arsene Wenger.

Henry turut memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan Arsenal memenangi Invincible musim 2003/04.

Ketika itu Henry berjaya menjaringkan 30 gol dari 37 penampilan liga lalu menjadikan dirinya sebagai PFA Player Of The Year.

Kedudukan tiga teratas sebagai pemain terbaik sepanjang zaman dalam saingan premier league adalah seperti di bawah.

Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Premier League :

1st – Thierry Henry
2nd – Ryan Giggs
3rd – Cristiano Ronaldo dan Paul Scholes

Walaupun berjaya memenangi 13 kali kejuaraan Premier League, Giggs terpaksa berpuas hati dengan keputusan undian yang meletakkan beliau di kedudukan kedua.

Ryan Giggs merupakan pemegang rekod penampilan terbanyak untuk setan merah dengan 672 penampilan dalam saingan premier league.

Beliau turut berjaya menjaringkan 114 gol sepanjang kariernya bersama setan merah.

Giggs telah beraksi selama 22 musim untuk setan merah namun kelihatannya beliau masih gagal untuk mendapat sokongan dari peminat untuk mengundinya.

Di kedudukan ketiga menjadi milik duo setan merah, Cristiano Ronaldo dan Paul Scholes.

Kedua-dua pemain ini masing-masing tewas kepada Thierry Henry dan Ryan Giggs di peringkat separuh akhir.

Walaupun keputusan ini hasil undian dari para peminat, Thierry Henry sememangnya layak bergelar pemain terbaik sepanjang zaman atas aksi dan persembahan yang pernah beliau pamerkan.

BACA:  Henry: PSG Lebih Besar Dari Mbappe, Ikut Je Arahan Bos!