Bukayo Saka memberikan amaran bahawa Arsenal akan menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, musim 2024/25 setelah 2 musim berturut turut menjadi naib juara di belakang Man City.
Bukayo Saka sekali lagi menjadi bintang penting Arsenal dalam kemenangan 2-0 Arsenal ke atas PSG pada aksi Liga Juara Juara Eropah. Dia turut menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dalam perlawanan ini.
Arsenal kini kekal tidak kalah dalam semua pertandingan musim ini. Saka berkata: “Saya tak nak letakkan tekanan terlalu tinggi di bahu pasukan kami, namun saya benar benar fikir tahun ini adalah tahun kamu [this year is our year].
“Rasanya kami dah hampir dalam dua musim sebelum ini. Dan kini kami semakin hampir, dan ya, harapan saya adalah tahun ini kami dapat.”
Bukayo Saka believes "this is the year" for @Arsenal to win the Premier League title 🏆
Do you think Mikel Arteta's side will be crowned champions in May? pic.twitter.com/lvYGJfgfTC
— Premier League (@premierleague) October 2, 2024
Arsenal sebelum ini berjaya mengecewakan Man City daripada mendapat 3 mata, walaupun Arsenal bermain dengan 10 pemain. Membuatkan ramai sakit hati sebab tidak dapat tengok Arsenal kalah.
Sehingga Sky Sports melabel Arsenal pasukan paling bacul setakat ini dengan rekod paling banyak membuang masa dan melengahkan perlawanan.
Bukan itu sahaja, pemain City, Bernardo Silva tetiba ungkit pasal jumlah kejuaraan UCL, tanda dia koyak tak dapat kalahkan Arsenal.
Pep Guardiola mengecam taktikal Arteta sebagai tidak ada hala tuju. Dan dia melabel Arsenal kuat berlaku dan kuat main long ball.
Betapa hebatnya Arsenal mempermainkan hati dan perasaan penyokong Man City.
Selaku sebuah kelab yang bijak dan penuh wawasan, Arsenal berpuas hati dengan 1 mata daripada perlawanan yang menyaksikan mereka beraksi 10 pemain.
Selepas itu Arsenal memahatkan kemenangan pada lewat perlawanan ketika menentang Leicester.
Hari yang sama Man City keciciran mata, dan Manchester United pula dikitai 0-3 oleh Spurs. Man City dan Man United adalah pesaing utama Arsenal untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Mikel Arteta kini dalam proses untuk menamatkan kemarau EPL skuad Arsenal dan juga dalam usaha untuk menjuarai UCL pertama kelab itu. Supaya Bernardo Silva tidak lagi menyindir mereka dengan simbol donut.