Thomas Brolin, Anak Emas Dan Bintang Pertama Dalam Bola Sepak Moden Sweden

Sweden melakukan kejutan apabila menjuarai Kumpulan E mengenepikan saingan dari Sepanyol, Slovakia dan Poland. Sweden tampil dalam kejohanan ini tanpa nama besar seperti Zlatan Ibrahimovic atau Henrik Larsson.

Pasukan ini cukup sederhana, Alexander Isak mula mendapat tumpuan walaupun tidak menjaringkan gol ketika menewaskan Poland 3-2. Adakah pemain ini bakal menjadi bintang eropah pada masa hadapan?

Melihat kebelakang, pemain bintang pertama dilahirkan dalam dunia bola sepak moden ialah Thomas Brolin. Dia digelar anak emas Sweden atau Golden Boy. Brolin mula menyinar seawal usia 20 tahun pada titik permulaan Parma menjadi pasukan terbaik dalam sejarahnya.

Brolin muncul sebagai bintang muda Piala Eropah dan seterusnya bersama Sweden yang muncul sebagai pasukan ke-3 terbaik Piala Dunia 1994. Bintang-bintang Sweden selepas itu adalah yang ke-2, ke-3 dan seterusnya selepas Brolin.

Bintang Muda Piala Eropah 1992

Tanggal 14 Jun 1992 di Stadium Rasunda, Stocklom -England turun menentang pasukan tuan rumah, Sweden. Ia merupakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Eropah 1992. Kedua-dua pasukan perlu menang untuk mara ke peringkat separuh akhir.

(Sweden M1,S1,K0: England M0,S2,K0: Perancis M0, S2, K0: Denmark M0,S1,K1)

Sebelum kejohanan bermula Thomas Brolin pernah menyindir penyokong England supaya bertenang dan biarkan dia uruskan England. Kata-kata yang dianggap kurang ajar itu boleh meletakan bilah pedang ke lehernya sendiri.

Sweden sedar mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk melayakannya ke peringkat seterusnya dan England perlu menang. Bagaimanapun Sweden hanya diletakkan sebagai pasukan underdog walaupun sedang mendahului kumpulan dan menewaskan Denmark pada perlawanan sebelumnya.

Ketika menentang Denmark pengurus Sweden, Tommy Svensson melakukan perubahan taktikal meletakan Brolin sebagai center forward, sebelum itu Brolin merupakan seorang winger. Percaturan itu berhasil apabila Brolin menjaringkan gol kemenangan.

Bertemu England, England mendahului 1-0 sehingga babak pertama berakhir dan England dilihat akan meraih keputusan yang diperlukannya. Svensson sekali lagi melakukan perubahan taktikal supaya penyerang mereka lebih mendapat sokongan dari pemain tengah.

Selepas 6 minit babak ke-2 bersambung -pertahanan Sweden, Jan Eriksson menyamakan kedudukan hasil jaringan yang berpunca dari sepakan sudut.

Pengurus England semakin terdesak dan membuat keputusan mengeluarkan penyerang prolifik mereka, Gary Lineker dan memasukan Alan Smith. Pertukaran tersebut tidak memberi kesan apa-apa.

8 minit sebelum tamat Brolin dikasari di kawasan tengah. Bermula dari sepakan percuma, Brolin menerima bola hantaran di sebelah kiri padang. Dia melakukan cut inside melepasi 2 pemain lawan, David Batty dan Neil Webb.

Brolin seterusnya bermain 1-2 dengan Ingesson dan sekali lagi 1-2 dengan Martin Dahlin, berlari ke arah center back England sebelum melepaskan percubaan hebat menewaskan penjaga lawan, Chris Wood.

Seluruh pasukan dan jurulatih kagum dengan persembahan Brolin. Dia menjaringkan 2 gol dalam 2 perlawanan dan kedua-duanya adalah jaringan kemenangan. Sweden mara ke peringkat separuh akhir.

Brolin memberi isyarat dia bakal menjadi penyerang besar di eropah. Pada masa yang sama Lineker hanya melihat peningkatan Brolin ketika kariernya sedang berada di penghujung.

Di separuh akhir Sweden dijadualkan menentang gergasi eropah, Jerman. Sweden tewas 2-3 dan apa yang menarik, pasukan yang ditewaskan Sweden di peringkat kumpulan iaitu Denmark menumbangkan Jerman 2-0 di perlawanan akhir.

Ia dipanggil edisi kejutan dari Denmark walaupun hadir sebagai pasukan gantian.

Kekalahan Sweden di tangan Jerman menyaksikan Brolin menjaringkan 1 lagi melalui sepakan penalti. Selepas kejohanan berakhir Brolin disambut sebagai wira di negaranya dan beberapa akhbar disana menulis ‘Terima kasih hero’.

Brolin merupakan pemain ke-3 paling muda dalam skuad Sweden dan pada usia 20 tahun dia sudah meletakan namanya di persada eropah.

Perintis Kepada Titik Pemulaan Parma Yang Cemerlang

Nevio Scala memacu Parma meraih promosi ke Serie A. Scala sebenarnya sedang membina pasukan yang pada akhirnya menjadi sejarah paling berjaya dalam kelab itu.

Pada kempen 1990/91, Scala membina Parma dengan meletakan Brolin beroperasi sebagai deep-lying center forward dan Alessandro Melli diberi peranan advanced forward. Gandingan ini cukup efektif dengan Melli menyumbang 13 gol dan Brolin 7 gol.

Kedua-dua pemain tersebut menyumbang separuh dari keseluruhan gol Parma. Parma menamatkan kempen Serie A ditempat ke-6 pada musim pertama selepas dipromosi. Parma juga layak bermain di pertandingan kelab eropah -Cup Winners Cup.

Pada musim berikutnya Parma menjuarai Copa Italia, jaringan Brolin di peringkat separuh akhir membantu kelab itu mara ke final.

Ketika Brolin kembali dari kejohanan Piala Eropah 1992, dia mendapati tempatnya telah hilang apabila Parma memecah rekod pembelian bagi mendapatkan Faustino Asprilla. Dengan perbelanjaan besar sudah pasti tempat Asprilla sudah terjamin.

Walaupun menerima tawaran dari beberapa kelab lain Brolin memutuskan untuk kekal di Parma dan tidak pernah memohon untuk berpindah. Parma mara ke final Cup Winners Cup 1992/93 dan Asprilla mengalami kecederaan.

Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Brolin membantu kelabnya menewaskan Royal Antwerp 3-1 dihadapan 37,000 penonton di Wembley.

Dengan kejayaan besar dilakar Parma selepas 2 musim di Serie A, ia menarik minat pemain bernama besar untuk menyertai kelab tersebut. Pemain kebangsaan Itali, Gianfranco Zola dan Massimo Crippa dibawa masuk.

Situasi itu memberi lebih tekanan kepada Brolin, kedudukannya semakin terancam. Namun Scala mendapat idea dan memberi peranan baru kepada Brolin -sebagai pemain midfielder center yang lebih kebawah -dibelakang Asprilla dan Zola.

Perubahan itu berhasil dan Brolin mula dikenali sebagai playmaker dalam pasukannya. Bakat hantaran, visi dan teknik yang dimiliki memudahkannya menyesuaikan diri dengan peranan baru itu.

Brolin bersama Parma melalui beberapa musim cemerlang dengan menjuarai Copa Italia, Cup Winners Cup, UEFA Cup dan Super Cup. Malah 2 kali berada di tempat ke-3 Serie A pada 4 musim pertama selepas dipromosi.

Brolin amat disanyangi di Parma.

Bintang Piala Dunia 1994

Sweden menghadapai cabaran getir pada pusingan kelayakan dalam perjalanannya menuju ke Piala Dunia 1994 tetapi berjaya mengatasi Bulgaria dan Perancis. Perancis gagal layak ke pusingan akhir.

Para penyokong Sweden sedikit optimis selepas pasukan ini cemerlang di Piala Eropah 1992. Di Piala Dunia Sweden berada dalam kumpulan yang mengandungi Cameroon, Rusia dan Brazil.

Sweden hampir dikejutkan Cameroon pada perlawanan pertama namun Dahlin menjadi penyelamat untuk mengikat keputusan 2-2. Sweden mudah menewaskan Rusia 3-1 pada perlawanan ke-2 dan melakar kejutan mengikat Brazil 1-1 pada perlawanan terakhir.

Sweden bertemu Arab Saudi pada pusingan ke-2 dan ia bukanlah tugas sukar buat anak buah Svensson. Sweden menang 3-1. Sweden menghadapi laluar sukar di peringkat suku akhir menentang Romania yang cukup bersemangat dengan pengaruh yang ditunjukkan oleh Gheorghe Hagi.

Dalam permainan yang agak tegang Sweden menjaringkan gol pendahuluan melalui Brolin. Jaringan tersebut ditulis sebagai antara gol terbaik kejohanan. Berbaki 2 minit permainan Romania berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui Florin Raducioiu. Pemain ini sekali menjaringkan gol ke-2 peribadi dan Romania pada masa tambahan.

Tugas Sweden menjadi lebih sukar apabila Stefan Schwarz dilayangkan kad merah ketika masa tambahan berbaki 20 minit. Sweden bermain secara bertahan tetapi berjaya mencari gol penyamaan. Kenneth Andersson menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-115 dan Sweden menang melalui penentuan sepakan penalti 5-4.

Sweden tewas ditangan Brazil (0-1) pada peringkat separuh akhir tetapi bangkit membelasah Bulgaria 4-0 dalam penentuan tempat ke-3. Brolin mengumpul 3 gol sama jumlah dengan Andersson. Kedua-dua pemain ini tersenarai dalam XI terbaik FIFA Piala Dunia 1994.

Brolin menerima anugerah Guldbullen (pemain terbaik tanunan Sweden) buat kali ke-2 dalam kariernya. Selepas kejohanan Piala Dunia Brolin menarik minat Barcelona. Barcelona mahu mendapatkan Brolin sebagai pengganti Hristo Stoichkov. Tetapi Brolin memilih untuk kekal bersama Parma.

Brolin membuat keputusan tepat. Selepas 9 perlawanan Parma mendahului Serie A, dia sekali lagi berfungsi sebagai midfielder center, nadi utama pasukan.

Pada November 1994 Brolin bersama skuad antarabangsa Sweden untuk memulakan kempen kelayakan Piala Eropah 1996. Sweden menghadapi Hungary dengan Brolin berada berada dalam prestasi terbaik.

Brolin menjaringkan gol pertama dan membantu Dahlin menghasilkan gol ke-2 untuk Sweden. Ketika Dahlin dan rakan sepasukan meraikan jaringan tersebut, Brolin terjatuh kesakitan. Brolin mengalami kecederaan ketika melakukan hantaran tersebut.

Sejak itu bermulalah kejatuhan Brolin yang juga dikenali sebagai anak emas Sweden. Brolin bergelut dengan kecederaan dan kecergasan sepanjang baki karier dan tidak lagi menemui sentuhannya.

BACA:  Pemain Sweden Pamerkan Aksi Kad Merah Yang Paling Menakutkan Dalam Euro 2020