Thomas Cup 2018 : Malaysia Kandas di Suku Akhir di Tangan Indonesia

Skuad Piala Thomas Malaysia terpaks berputih mata apabila kandas di suku akhir selepas tewas 3-1 di tangan Indonesia.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Impact Arena Bangkok Thailand itu hanya lagenda badminton negara, Lee Chong Wei sahaja mencatatkan kemenangan.

Lee Chong Wei yang turun selaku perseorangan pertama menepati ramalan apabila mengambil masa 47 miniti untuk menumbangkan Anthony Sinisuka Ginting 21-19, 21-16 untuk mata pertama negara.

Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas perlawanan dan juga mental kepada beregu nombor satu dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Banyak kesilapan mudah Goh V Shem-Tan Wee Kiong memberi kelebihan kepada Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dan tewas selepas pertarungan 3 set, 19-21, 22-20, 13-21.

Keajaiban dan kemenangan ubi muda, Lee Zii Jia ditagih untuk mencipta kemenangan yang berdepan dengan Jonatan Christie dalam acara perseorangan kedua.

Persembahan Zii Jia tidak menghampakan namum Jonatan Christie yang berada di tangga ke-11 dunia lebih berpengalaman untuk menang dalam pertarungan tiga set, 15-21, 21-11, 11-21.

Aksi Zii Jia nyata memberi harapan kepada masa depan badminton Malaysia.

Beregu kedua negara, Aaron Chia-Teo Ee Yi juga gagal mengutip mata walaupun cuba bangkit dengan mengheret permainan ke set ketiga.

Aaron Chia-Teo Ee Yi tewas 18-21, 21-10 dan 9-12 sekaligus memberi kemenangan 3-1 kepada Indonesia.

Malaysia gagal menepati sasaran apabila menyasarkan untuk mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir pada kejohanan Piala Thomas 2018.

Prestasi Malaysia di Piala Thomas sejak 2010 :

2010 : Suku Akhir
2012 : Suku Akhir
2014 : Akhir (Tewas kepada Jepun)
2016 : Separuh Akhir (Tewas kepada Denmark)
2018 : Suku Akhir

Baca Juga

Baca Juga