Thomas Partey Mendahului Senarai Penerima Gaji Tertinggi Arsenal

Arsenal baru-baru ini mengumumkan yang Eddie Nketiah telah menandatangani kontrak baru bersama kelab, seterusnya menjadikan beliau sebagai antara penerima gaji tertinggi di Emirates.

Menurut sumber dari UK, Nketiah telah menandatangani kontrak selama lima tahun di Emirates dengan menerima kenaikkan gaji dari £45,000 seminggu kepada £100,000 seminggu.

Angka tersebut menjadikan beliau sebagai antara penerima gaji tertinggi kelab pada ketika ini walau nilai £100,000 itu tidaklah begitu tinggi.

Penerima gaji tertinggi Arsenal pada ketika ini adalah pemain midfield mereka, Thomas Partey yang menerima £200,000 seminggu.

Pemain defensive midfielder itu merupakan antara pemain terpenting dalam sistem kendalian Mikel Arteta pada musim 2021/22.

Ketiadaan Partey sepertinya sedikit melemahkan Arsenal dan hal itu turut menyebabkan The Gunners dipintas oleh seteru sebandar mereka, Tottenham Hotspur.

Terdapat jurang yang agak jauh antara Partey dengan penerima gaji kedua tertinggi kelab, Nicolas Pepe yang dilaporkan menerima £140,000 seminggu.

Pepe merupakan pemain yang paling teruk dihentam oleh para penyokong Arsenal kerana kegagalan beliau memberikan impak seperti yang diharapkan.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu ditandatangani dari Lille dengan yuran perpindahan bernilai £72 juta namun impak yang beliau tunjukkan langsung tidak mencerminkan nilai beliau ditandatangani.

Antara yang paling mengejutkan adalah ketika melihat gaji yang diterima oleh pemain terbaik Arsenal pada musim lalu, Bukayo Saka.

Bintang England itu sudah bersama Gunners sejak berusia 7 tahun lagi dan beliau pada ketika ini hanya menerima £30,000 seminggu sahaja.

Walau beliau dianggap sebagai pemain terbaik Arsenal pada musim lalu, namun gaji yang beliau terima sepertinya sangat mendukacitakan.

Nilai gaji yang beliau terima bahkan jauh lebih rendah berbanding Rob Holding dan Cedrid Soares.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa Arsenal pada ketika ini sedang dalam usaha mereka mahu menawarkan kontrak baru kepada Bukayo Saka.

Pihak kelab sanggup menawarkan £125,000 seminggu andai Saka bersetuju untuk terima tawaran jangka panjang dari kelab.

Seandainya Arsenal gagal untuk memujuk Saka supaya menandatangani kontrak baru, pemain sayap itu sepertinya bakal disambar oleh kelab gergasi yang lain.

Liverpool dan Manchester City pada ketika ini hanya menanti kesempatan sahaja untuk mendapatkan khidmat pemain sayap berbakat itu.

Menurut sumber laporan dari Sportrac, berikut merupakan senarai gaji para pemain Arsenal pada ketika ini.

19. Emile Smith Rowe – £20,000 Seminggu

18. Nuno Tavares – £27,000 Seminggu

17. Bukayo Saka – £30,000 Seminggu

16. Rob Holding – £40,000 Seminggu

15. Gabriel – £50,000 Seminggu

14. Mohamed Elneny – £52,500 Seminggu

13. Albert Sambi Lonkonga – £53,000 Seminggu

12. Takehiro Tomyiasu – £57,000 Seminggu

11. Aaron Ramsdale – £63,000 Seminggu

10. Cedric Soares – £75,000 Seminggu

9. Martin Odegaard – £79,000 Seminggu

8. Gabriel Martinelli – £90,000 Seminggu

=5. Granit Xhaka – £100,000 Seminggu

=5. Bernd Leno – £100,000 Seminggu

=5. Eddie Nketiah – £100,000 Seminggu

4. Kieran Tierney – £110,000 Seminggu

3. Ben White – £120,000 Seminggu

2. Nicolas Pepe – £140,000 Seminggu

1.Thomas Partey – £200,000 Seminggu

Satu hal yang pasti ketika melihat senarai gaji pemain Arsenal adalah kebijaksaan mereka mengawal struktur gaji para pemain.

Arsenal tidak lagi memberikan gaji yang tinggi dan tak tentu arah kepada para pemain mereka, dengan mereka kini dilihat lebih teratur dari segi nilai tawaran gaji yang ditawarkan kepada pemain.

Ia merupakan satu hal yang sangat positif dan Arsenal berhak untuk dipuji kerana berjaya melakukan perubahan itu dalam skuad mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat laporan dari pelbagai media, Arsenal bersedia untuk merosakkan struktur gaji mereka itu dengan menawarkan gaji yang tak masuk akal kepada Gabriel Jesus.

Hal itu sepertinya sedikit membimbangkan para penyokong mereka, kerana bimbang Arsenal hanya mengawal kadar gaji pemain muda sahaja dan akan ulang kesilapan lama dengan menawarkan gaji mengarut kepada pemain senior.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lima Penyerang Yang Berada Dalam Pemerhatian Liverpool Ketika Ini