Thomas Partey Terhibur Bertemu Peminat Yang Seiras Dengannya

Thomas Partey terhibur ketika bertemu salah seorang peminat yang mempunyai rupa paras yang sama dengannya.

Beliau ketika ini sedang memberi tumpuan untuk aksi kelayakan Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Ghana.

Namun ketika bertemu dengan individu yang mempunyai paras rupa yang sebijik dengannya, jelas sekali sukar untuk Partey mengabaikan hal tersebut.

Pemain midfield Arsenal itu sedang berkhidmat untuk skuad kebangsaan Ghana, dan salah seorang rakan sepasukannya telah memuat naik status yang sangat mencuit hati para peminat.

Muat naik itu menunjukkan aksi lucu Thomas Partey ketika bertemu salah seorang peminat yang mempunyai paras rupa yang sebijik dengannya.

Daniel Kofi Kyereh memuat status di laman instagram yang menunjukkan Partey berdiri di sebelah salah seorang penyokong misteri yang mempunyai paras rupa sebiji sepertinya.

Partey dilihat mempunyai kelebihan dari segi ketinggian, namun dari segi riak wajah, kedua-dua mereka jelas mempunyai banyak persamaan.

Dari potongan rambut, jambang, raut wajah semuanya nampak sama persis antara Thomas Partey dengan penyokong tersebut.

Apa yang membuatkan para penyokong lebih terhibur adalah ketika membaca caption yang ditulis oleh Kyereh ketika beliau memuat naik gambar yang menunjukkan Thomas Partey berdiri bersama penyokong tersebut.

“Thomas Partey bersama Thomas After Partey.”

Tulis beliau di laman instagram miliknya, dan nama samaran itu berjaya mencuit hati para peminat.

Penyokong Arsenal antara yang paling terhibur dengan hal tersebut, dengan mereka mengaitkan hal itu dengan persembahan mantap Partey sejak kebelakangan ini.

“Cara dia bermain sejak kebelakangan ini menunjukkan seolah-olah kita ada kelebihan seorang pemain di atas padang, sekarang baru nampak kebenaran itu.”

“Sudah tentu, sekarang rahsia dah terbongkar, ini ke sebab kenapa selalu Arsenal nampak macam bermain dengan 12 pemain ketika Partey berada di atas padang?”

“Arteta patut tandatangani dia, siapa tahu dia boleh bermain seperti Partey, macam mana rupa mereka boleh betul-betul sama?”

“Kalau penyokong itu ada fizikal yang besar, saya rasa kekasih Partey sendiri akan keliru mana satu Partey yang asli. Mereka seperti kembar yang terpisah dari kecil.”

“Saya terhibur dengan nama samaran dia, Thomas After Partey, apa yang berlaku hingga dia jadi kecil selepas Party itu?”

Thomas Partey bersama beberapa pemain dari saingan Premier League seperti Daniel Amartey (Leicester City) dan Jordan Ayew (Crystal Palace) berada dalam skuad utama Ghana untuk aksi kelayakan Piala Dunia bertemu Nigeria.

Nigeria sementara itu telah memanggil tujuh orang pemain dari saingan Premier League untuk sertai skuad utama mereka dalam perlawanan kali ini.

Hanya lima sahaja pasukan dari Afrika yang layak ke saingan Piala Dunia 2022 nanti, dengan aksi perlawanan play-off lain akan turut ditentukan pada bulan ini.

Hal ini menjadikan benua Afrika sebagai antara zon paling kompetetif dan paling sukar sekali untuk pasukan mendapat tempat beraksi di pentas Piala Dunia.

Antara aksi yang paling mencuri tumpuan sudah tentu pertembungan antara Senegal bertemu Egypt yang mana hanya satu sahaja pasukan dari mereka yang akan layak untuk ke Piala Dunia.

Kedua-dua pasukan sebelum ini bertemu di pentas perlawanan akhir saingan AFCON, dengan Senegal berjaya menewaskan Mesir menerusi penentuan sepakan penalti.

Sudah tentu Mesir tidak mahu berputih mata lagi, dan akan lakukan apa sahaja untuk memastikan mereka layak beraksi di pentas Piala Dunia.

Senegal sementara itu, turut bertekad mahu layak ke Piala Dunia, apa lagi kerana mereka kini merupakan Juara dari benua Eropah.

Sumber: SPORTbible

Baca Juga

Baca Juga