Thomas Tuchel Akui Saul Niguez Pamer Aksi Hambar Ketika Debutnya

Thomas Tuchel akui Saul Niguez pamer aksi hambar ketika aksi debutnya bertemu Aston Villa dalam saingan Premier League minggu ini.

Bekas bintang Atletico Madrid itu melalui debut yang tidak mahu beliau ingati selepas beliau hanya diberikan 45 minit sahaja untuk beraksi.

Selepas tamat aksi babak pertama, Tuchel segera mengeluarkan Saul Niguez kerana melihatkan aksi hambar yang dipamerkan oleh pemain kebangsaan Sepanyol itu.

Saul Niguez merupakan penandatanganan saat akhir Chelsea dari Atletico Madrid yang ditandatangani pada musim panas ini selepas mereka berjaya melengkapkan perpindahan semula Lukaku ke Stamford Bridge.

Penandatanganan Saul dianggap agak mengejutkan dengan pemain midfield itu hanya menandatangani perjanjian bersama Chelsea tiga minit sahaja sebelum jendela perpindahan ditutup.

Juara bertahan saingan La Liga itu hanya mahu menguruskan perpindahan Saul Niguez selepas kejayaan mereka melengkapkan penandatanganan Antoine Griezmann sebagai pemain pinjaman dari Barcelona.

Dengan N’Golo Kante terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan, dan Jorginho pula baru pulang dari tugasan antarabangsa, Saul Niguez telah diberi peluang untuk melakukan debutnya ketika beraksi bertemu Aston Villa.

Walau bagaimanapun, debut yang diberikan oleh Tuchel tidak dimanfaatkan dengan baik oleh Saul yang mempamerkan aksi hambar sepanjang tempoh beliau berada di atas padang.

Walaupun Chelsea sudah mendahului permainan hasil jaringan Romelu Lukaku, Saul Niguez jelas buntu dan tidak berada di tahap persembahan terbaiknya di bahagian tengah padang.

Beliau banyak membuang bola dengan hantaran merapu, tidak mampu membantu jentera serangan dan kerap melakukan sentuhan hambar sepanjang 45 minit beliau berada di atas padang.

Tidak keterlaluan juga untuk katakan yang langsung tiada sisi positif yang ditunjukkan oleh Saul Niguez sepanjang tempoh beliau beraksi di atas padang.

Masuk aksi babak kedua permainan, Thomas Tuchel dengan segera mengeluarkan Saul Niguez dan memasukkan Jorginho.

Hasilnya, aksi persembahan Chelsea semakin baik pada babak kedua permainan dengan mereka berjaya menewaskan Aston Villa 3-0.

Chelsea jelas lebih mendominasi permainan pada aksi babak kedua perlawanan, dengan Dean Smith terpaksa melakukan beberapa pertukaran untuk menyeimbangi tempo permainan.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Thomas Tuchel telah ditanya tentang aksi Saul Niguez sepanjang 45 minit pertama, dengan beliau menjawab:

“Dia ada buat beberapa kesilapan besar, kesalahan hantaran dan kesilapan mudah.”

Jelas Thomas Tuchel kepada Sky Sports selepas tamat perlawanan.

“Dia sukar dengan intesiti dan kamu boleh nampak semua tu yang dia masih belum mampu untuk menyesuaikan diri.”

“Ini jelas sekali tanggungjawab saya. Saya fikir dia boleh terus masuk dan bermain untuk kami di tahap ini.”

Saul sebelum ini pernah mendedahkan yang beliau meninggalkan ibu kota Sepanyol itu untuk ke London selepas merasa dirinya dihalau oleh pihak kelab.

Ia kerana beliau tidak gembira dengan keputusan Diego Simeone yang tidak membenarkan beliau untuk bermain di posisi kegemarannya.

Bintang berusia 26 tahun itu turut dikaitkan dengan bakal menyertai gergasi Premier League lain pada musim panas ini.

Beliau sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Liverpool, namun urusan perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan.

Selepas melihat aksi hambar Saul Niguez ketika bertemu Aston Villa, kebanyakan penyokong Liverpool merasa lega kerana mereka tidak menandatangani bekas bintang Atletico Madrid itu.

Walau bagaimanapun, tidak adil untuk menilai persembahan Saul Niguez hanya berdasarkan dari aksi debutnya itu.

Beliau mungkin benar-benar belum menyesuaikan diri dan memerlukan masa untuk mendapatkan semula sentuhan dan rentak persembahan terbaiknya.

Satu hal yang pasti, permulaan karier beliau dalam saingan Premier League tidak berjalan dengan seperti yang diharapkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Tuchel: Areola Berada Di Hadapan Buffon Buat Masa Sekarang