Thomas Tuchel Dedah Pemain Pilihannya Untuk Memenangi Anugerah Ballon D’or

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel telah mendedahkan siapa yang beliau rasa paling layak untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun ini.

Chelsea mempunyai paling ramai wakil yang tersenarai dalam senarai 30 calon pemenang anugerah Ballon D’or 2021.

The Blues mempunyai lima calon yang tersenarai dengan Tuchel kini mendedahkan siapa yang beliau rasa paling layak untuk memenangi anugerah paling berprestij itu.

Romelu Lukaku, N’Golo Kante, Mason Mount dan Cesar Azpilicueta merupakan antara bintang Chelsea yang berada dalam senarai pendek tersebut.

Selain itu, Jorginho yang dianggap calon kegemaran untuk memenangi anugerah ini turut berada dalam senarai, dengan Thomas Tuchel sangat yakin anak buahnya itu layak untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut.

Pengurus dari Jerman itu memuji anak buahnya yang cemerlang memenangi kejuaraan Eropah di peringkat kelab dan antarabangsa pada musim lalu.

Beliau merasakan yang Jorginho merupakan individu paling layak untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun ini berbanding pemain lain.

“Jorginho berhak untuk memenangi anugerah Ballon D’or.”

Jelas Tuchel kepada Football Italia.

“Dia seorang pemain yang sangat bijak dan merupakan satu kebanggaan untuk saya kerana dapat mengurus dia.”

“Dia ada visi dan misi yang menakjubkan dalam dunia bola sepak. Bagi saya, hadiah individu tidak begitu penting, adalah sangat mustahil untuk buat perbandingan sebenar antara beberapa pemain yang ada peranan berbeza.”

“Saya sangat gembira andai salah seorang dari pemain saya menang, kerana saya mahu tau bagaimana berkesannya saya.”

“Selain itu, Jorginho juga sebenarnya seorang individu yang hebat dan seorang pemain yang mengagumkan, tapi secara amnya ini bukan hal terpenting.”

“Jorginho yang kini berusia 29 tahun telah menikmati tahun yang sangat gemilang pada tahun ini, dengan beliau menikmati kejayaan mengagumkan di peringkat kelab mahupun negara.”

Beliau berjaya memenangi gelaran Champions League bersama Chelsea, sebelum cemerlang membantu Itali menjuarai saingan Euro 2020, dengan menewaskan England dalam aksi perlawanan akhir.

Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or, Lionel Messi dan pemenang lima kali gelaran Ballon D’or, Cristiano Ronaldo turut menjadi calon pilihan untuk memenangi anugerah itu pada tahun ini.

Robert Lewandowski, Leonardo Bonucci, Kevin De Bruyne dan Mohamed Salah antara calon lain yang juga dianggap pilihan untuk muncul sebagai penerima anugerah Ballon D’or tahun 2021.

Berikut merupakan senarai akhir 30 calon pemenang anugerah Ballon D’or dan 10 calon akhir untuk memenangi anugerah Yashin Trophy.

30 Calon Akhir Ballon d’Or 2021

1. Cesar Azpilicueta (Chelsea)

2. Nicolo Barella (Inter Milan)

3. Karim Benzema (Real Madrid)

4. Leonardo Bonucci (Juventus)

5. Kevin De Bruyne (Manchester City)

6. Giorgio Chiellini (Juventus)

7. Cristiano Ronaldo (Manchester United)

8. Ruben Dias (Manchester City)

9. Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain)

10. Bruno Fernandes (Manchester United)

11. Phil Foden (Manchester City)

12. Erling Braut Haaland (Borussia Dortmund)

13. Jorginho (Chelsea)

14. Harry Kane (Tottenham Hotspur)

15. N’Golo Kante (Chelsea)

16. Simon Kjaer (AC Milan)

17. Robert Lewandowski (Bayern Munich)

18. Romelu Lukaku (Chelsea)

19. Riyad Mahrez (Manchester City)

20. Lautaro Martinez (Inter Milan)

21. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)

22. Lionel Messi (Paris Saint-Germain)

23. Luka Modric (Real Madrid)

24. Gerard Moreno (Villarreal)

25. Mason Mount (Chelsea)

26. Neymar (Paris Saint-Germain)

27. Pedri (Barcelona)

28. Mohamed Salah (Liverpool)

29. Raheem Sterling (Manchester City)

30. Luis Suarez (Atletico Madrid)

Senarai 10 Calon Akhir Yashin Trophy

Anugerah Yashin Trophy merupakan anugerah baru yang diperkenal di Anugerah Ballon d’Or yang berlangsung di di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis pada tahun 2019 khas untuk penjaga gol yang sering dianak tirikan.

Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Kali terakhir penjaga gol memenangi Ballon d’Or adalah pada tahun 1963 apabila penjaga gol lagenda, Lev Yashin diangkat sebagai pemenang.

Alisson Becker yang merupakan penjaga gol pasukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang memenangi anugerah Yashin Trophy.

Berikut merupakan senarai 10 Calon Akhir Yashin Trophy dan tiada Alisson Becker:

1. Gianluigi Donnarumma
2. Ederson
3. Kasper Schmeichel
4. Edouard Mendy
5. Thibaut Courtois
6. Keylor Navas
7. Emiliano Martinez
8. Manuel Neuer
9. Jan Oblak
10. Samir Handanovic

BACA:  Hudson-Odoi Hantar Permohonan Rasmi Untuk Berpindah, Morata Hampir Sertai Atletico Madrid