Thor Dedah Menu Yang Membantu Beliau Hilang 55kg Dengan Pantas

Hafthor Bjornsson telah mendedahkan secara terperinci menu diet yang beliau amalkan, untuk mendapat potongan badan yang sungguh mengagumkan.

Beliau sebelum ini membina badan untuk terlibat dalam acara ‘strongman’ dan kini beliau mengubah saiz dan membina lebih banyak otot untuk terlibat dalam boxing.

The Mountain jelas mengubah sepenuhnya menu yang sering beliau amalkan sebelum ini dengan beliau turut gigih berlatih untuk menghadapi perlawanan bertemu Eddie Hall nanti.

Perlawanan tersebut sepatutnya dijadualkan pada September lalu, namun dek kerana Hall mengalami kecederaan bicep, maka perlawanan tersebut ditangguhkan pada tahun hadapan.

Pertembungan mereka dijangka akan dilangsungkan pada Mac 2022 dengan Hafthor Bjornsson mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persiapan yang lebih rapi.

Transformasi badan Thor jelas sekali sangat menakjubkan dengan beliau mamou menurunkan berat badannya, dan turut membina otot yang lebih mantul berbanding sebelum ini.

Berat beliau sebelum ini adalah 205kg dan selepas mengikuti diet serta senaman yang gigih, berat Thor pada ketika ini hanyalah 150kg sahaja.

Dalam satu video dimuat naik di YouTube baru-baru ini, atlet dari Iceland itu telah mendedahkan tentang bagaimana beliau makan lima hidangan dalam satu hari, namun jumlah kalorinya harus dikurangkan berbanding kebiasaan beliau amalkan.

“Diet pemakanan saya sudah berubah dengan sangat banyak berbanding zaman strongman. Saya kebiasaannya makan lebih banyak rib-eye steak, dan lebih banyak nasi.”

Jelas Thor.

“Alasan mengapa saya memakan flank steak berbanding rib-eye adalah kerana ia lebih kecil.”

“Kalori yang saya makan setiap hari juga kurang lebih banyak. Saya biasanya makan 10,000 kalori sehari, sekarang saya makan jauh lebih kurang dari itu.”

“Saya tahu saya tak mempunyai masa yang cukup untuk sediakan hidangan nombor tiga. Kerana itulah saya ada menu nombor tiga, dan kebiasaannya menu nombor empat sentiasa disediakan.”

“Selain itu, jika saya tak sempat menyediakan semua itu, jadi apa? Sama ada saya tak perlu makan atau memakan makanan segera. Otot kamu tidak akan timbul melainkan kamu jaga diet kamu.”

“Adalah sangat penting untuk memastikan jaga bloodwork dan lihat apa menu terbaik untuk kamu. Jarang untuk orang amalkan benda tu, tapi jika kamu mahukan hasil yang terbaik kamu kena lakukan itu.”

Beliau sering amalkan untuk berenang dan berbasikal (basikal gym) sebagai latihan kardio dengan beliau turut mendedahkan tentang mengapa beliau tidak boleh berlari.

“Saya terlalu besar untuk berlari. Lutut saya tak boleh nak tampung, sebab itulah saya tak berlari.”

Menu yang diamalkan oleh Thor:

Menu 1

Flank steak – 250g

Telur – 2 biji

Oats – 60g

Strawberries – 100g

Blueberries – 50g

Menu 2

Beef tenderloin – 250g

Nasi – 140g (masak dengan chicken stock)

Bayam – 100g

Menu 3

Ikan – 225g

Bayam – 100g

Ubi kentang – 250g

Menu 4

Salmon – 225g

Beras – 100g

Labu – 100g

Menu 5

Yogurt – 250g

Almond atau Peanut Butter – 30g

Berries – 100g

Begitulah diet yang diamalkan oleh Thor untuk mendapatkan potongan badan seperti sekarang, dan ia sangat menakjubkan untuk melihat transisi dari fizikal strongman kepada fizikal seorang boxer dalam masa yang begitu singkat.

Strongman jelas sekali memerlukan fizikal yang lebih besar kerana mereka memerlukan kekuatan untuk mengangkat beban, sementara boxing pula mereka perlu ada bentuk serta fizikal yang lebih keras untuk bertarung.

Selain mengikuti diet, senaman juga penting dalam membantu untuk menurunkan berat badan yang banyak dan ia juga sebenarnya amalan gaya hidup sihat.

Sumber: talkSPORT

Baca Juga

Baca Juga