TI10 Grand Final: Team Spirit Muncul Juara Bawa Pulang RM75.68 Juta

The International 10 (TI10) hampir dua minggu berlangsung sejak 7 Oktober 2021 akhirnya melabuhkan tirainya dan pemenang tempat pertama sehingga ke-18 sudah diketahui penghuninya.

Team Spirit yang mara ke TI10 ini melalui wilayah Commonwealth of Independent States (CIS) muncul juara dan membawa pulang wang hadiah kemenangan sebanyak RM75.68 Juta ($18.2 juta).

Team Spirit menewaskan pasukan PSG.LGD dalam perlawanan Grand Final yang penuh sengit sehingga membawa kepada perlawanan kelima untuk menentukan pemenang.

Untuk dua perlawanan terawal Team Spirit menang mudah dan kejuaraan hampir menjadi milik mereka namun PSG.LGD bangkit dan menang untuk perlawanan ketiga dan keempat.

Pada awal perlawanan kelima PSG.LGD menguasai perlawanan awal dan nampak selesa namun Team Spirit mendapat rentak pada pertengahan perlawanan dan mengekalkan momentun sehingga bergelar juara.

Kejayaan Team Spirit menjuarai The International ini boleh diibaratkan seperti kisah dongeng Cinderella kerana inilah kali pertama mereka layak ke peringkat tertinggi dalam permainan Dota 2.

Mereka berhempas pulas melayakkan diri ke TI dengan mengharungi pusingan kelayakan terbuka bagi wilayah Commonwealth of Independent States (CIS) mengiringi satu lagi pasukan CIS iaitu Virtus.pro yang layak secara automatik melalui ranking Dota Pro Circuit (DPC).

Team Spirit dibarisi oleh Miposhka (Yaroslav Naidenov) selaku ketua pasukan, Mira (Miroslaw Kolpakov), Collapse (Magomed Khalilov), TORONTOTOKYO (Alexander Khertek) dan Yatoro (Illya Mulyarchuk).

Dari barisan pemain Team Spirit ini hanya ketua pasukan iaitu Miposhka (Yaroslav Naidenov) sahaja yang mempunyai pengalaman beraksi di The International pada TI7 (2017) bersama Team Empire.

Sejak tahun 2015 Team Spirit hanya menjana pendapatan kurang daripada $600,000 sahaja namun hari ini telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM75.68 Juta.

Team Spirit tewas pada perlawanan pertama dan meneruskan saingan di lower bracket menewaskan pasukan Fnatic, OG, Invictus Gaming (IG) dan Team Secret sebelum mara ke Grandfinal.

PSG.LGD merupakan pasukan pilihan apabila mudah mara ke grand final apabila muncul juara Upper Bracket menewaskan T1, Virtus.pro (VP) dan Team Secret lalu muncul juara untuk meraih hadiah sebanyak $5.2 juta sahaja.

PSG.LGD turut dibarisi oleh seorang anak kelahiran Malaysia yang menggunakan IGN (In Game Name) NothingToSay atau nama sebenarnya Cheng Jin Xiang yang merupakan pemain pinjaman dari pasukan EHOME.

Hadiah keseluruhan bagi TI10 (The Intertional 10) adalah sebanyak $40,018,195 di mana 45.5 peratus diberikan kepada sang juara. Hadiah untuk sang juara berjumlah $18,208,300.

Jumlah wang kemenangan juara bagi TI10 ini adalah $2.6 juta lebih banyak daripada hadiah tempat pertama yang sebelum ini dimenangi pasukan OG di TI9.

The International 10 – $18.2 juta tempat pertama
The International 9 – $15.6 juta tempat pertama
The International 8 – $11.2 juta tempat pertama
The International 7 – $10.8 juta tempat pertama
The International 6 – $9.1 juta tempat pertama

Terdapat empat orang pemain yang berasal dari Malaysia yang beraksi di The International 10 ini termasuklah yang bermain di Grand Final bersama pasukan PSG.LGD.

1. NothingToSay – Cheng Jin Xiang (PSG.LGD) – $5.2 juta
2. JT- – Thiay Jun Wen (Invictus Gaming) – $2.4 juta
3. Oli – Chan Chon Kien (Invictus Gaming) -$2.4 juta
4. ChYuan – Ng Kee Chyuan (fnatic) – $800,400

Hadiah Kemenangan TI10

Berikut merupakan pembahagian hadiah TI10 mengikut kedudukan dari tempat pertama sehingga ke-18.

Tempat Pertama : 45.5% – ($18.2 juta)
Tempat ke-2 : 13% – ($5.2 juta)
Tempat ke-3 : 9% – ($3.6 juta)
Tempat ke-4 : 6% – ($2.4 juta)
Tempat ke-5 dan ke-6 : 3.5% – ($1.4 juta)
Tempat ke-7 dan ke-8 : 2.5% – ($1 juta)
Tempat ke-9 hingga ke-12 : 2% – ($800,400)
Tempat ke-13 hingga ke-16 : 1.5% – ($600,300)
Tempat ke-17 hingga ke-18 : 0.25% – ($100,000)

Keputusan Penuh TI10

Senarai keputusan dan kedudukan penuh pasukan bertanding di TI10 berserta hadiah wang kemenangan:

1. Team Spirit – $18.2 juta
2. PSG.LGD – $5.2 juta
3. Team Secret – $3.6 juta
4. Invictus Gaming – $2.4 juta
5. Virtus.pro – $1.4 juta
6. Vici Gaming – $1.4 juta
7. OG – $1 juta
8. T1 – $1 juta
9. Fnatic – $800,400
10. Quincy Crew – $800,400
11. Alliance – $800,400
12. Evil Geniuses – $800,400
13. Team Undying – $600,300
14. Team Aster – $600,300
15. beastcoast – $600,300
16. Elephant – $600,300
17. Thunder Predator – $100,000
18. SG esports – $100,000

BACA:Β  Dota 2: 'Midone' Bantu Team Secret Menangi Chongqing Major, Bawa Pulang RM1.4 Juta