Selepas 5 perlawanan liga, Liverpool mencatatkan 2 menang. 2 seri dan 1 kekalahan penuh bergaya kepada Manchester City dengan jaringan 5-0 tanpa balas. Liverpool juga sekadar seri pada perlawanan pembukaan Champions League.
Inilah prestasi Liverpool selepas kembali dari rehat perlawanan antarabangsa iaitu selepas meratah pasukan yang lemah dan lembik, Arsenal 4-0.
09 September 2017, Liga Perdana – Tewas bergaya 5-0 kepada City.
14 September 2017, Champions League – seri 2-2 dengan Sevilla di perlawanan pertama peringkat kumpulan.
16 September 2017, Liga Perdana – Seri dengan pasukan hebat Burnley 1-1.
20 September 2017, Carabao Cup – Tewas kepada Leicester City 2-0. Tersingkir di pusingan ketiga.
24 September 2017, Liga Perdana – Bakal tewas lagi kepada The Foxes.
Liverpool melalui 4 perlawanan (5 kerana bakal kalah di kaki Leicester lagi minggu ni) tanpa sebarang kemenangan di 3 pertandingan yang berbeza. Habis lagu terpaksa digunakan untuk meraikan prestasi Liverpool.
Laungan “Klopp out” juga mula kedengaran.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama pasukan yang dikendali Klopp gagal menang dalam lima perlawanan berturut-turut, malah sebenarnya pernah berlaku ketika dia di Mainz 05 dan Borussia Dortmund.
Tapi senang cerita, hampir setiap musim pasukan bawah Klopp akan mengalami masalah tidak menang lama-lama ni. Musim ni tak pasti dah habis kuota atau baru nak bermula.
Berikut kami kongsikan bagaimana pasukan Klopp bangkit daripada masalah melanda tanpa melibatkan penggunaan dadah atau makjun.
Nota : W = menang, D = seri, L = kalah.
Musim 2000-01
Pasukan : Mainz 05
Rekod tidak menang : Lima perlawanan antara April 20, 2001 and Mei 20, 2001
Prestasi ketika itu : LDLDL
10 perlawanan berikutnya : WWLWWDWWWW (Musim berikutnya)

Musim 2003-2004
Pasukan : Mainz 05
Rekod tidak menang : Lima perlawanan antara Februari 16, 2004 and Mac 15, 2004
Prestasi ketika itu : DDDDD
10 perlawanan berikutnya: WLDDLWWWDW
Musim 2004-2005
Pasukan : Mainz 05
Rekod tidak menang : Sembilan perlawanan antara November 27, 2004 and Februari 26, 2005
Prestasi ketika itu : LLLLLLLDL
10 perlawanan berikutnya : WDWLLDWWLW
Musim 2005-2006
Pasukan : Mainz 05
Rekod tidak menang : Enam perlawanan antara Februari 4, 2006 and Mac 4, 2006
Prestasi ketika itu : LDLLLD
10 perlawanan berikutnya: WWDLDDDWWD
Musim 2005-2006
Pasukan : Mainz 05
Rekod tidak menang : Lima perlawanan antara Mac 25, 2006 and Mei 3, 2006
Prestasi ketika itu : DLDDD
10 perlawanan berikutnya: WWDWDDLLDD
Musim 2006-2007
Pasukan : Mainz 05
Rekod tidak menang : 17 perlawanan antara Ogos 19, 2006 and Disember 16, 2006 – paling teruk!
Prestasi ketika itu : DDLLDDLLLDLLDLDDL
10 perlawanan berikutnya: WWDWWWLWLL
Musim 2006-2007
Pasukan : Mainz 05
Rekod tidak menang : Tujuh perlawanan antara Mac 18, 2007 and Mei 5, 2007
Prestasi ketika itu : LLLLDLL
10 perlawanan berikutnya: WLWWLWWDLW (sembilan perlawanan adalah dalam musim berikutnya)
Musim 2008-2009
Pasukan : Borussia Dortmund
Rekod tidak menang : Lapan perlawanan antara Januari 28, 2009 and Mac 14, 2009
Prestasi ketika itu : LDLDDDLD
10 perlawanan berikutnya: WWWWWWWLWD
Musim 2009-2010
Pasukan : Borussia Dortmun
Rekod tidak menang : Lima perlawanan antara August 1, 2009 and September 19, 2009
Prestasi ketika itu : LDDLD
10 perlawanan berikutnya: WLWWDLWDDW

Musim 2012-2013
Pasukan : Borussia Dortmund
Rekod tidak menang : Lima perlawanan antara April 30, 2013 and Mei 25, 2013
Prestasi ketika itu : LDDLL
10 perlawanan berikutnya: WWWWWWWLDW (Semua perlawanan adalah dalam musim berikutnya)
Musim 2014-2015
Pasukan : Borussia Dortmund,
Rekod tidak menang : Enam perlawanan antara December 9, 2014 and Februari 4, 2015
Prestasi ketika itu : DLDLDL
10 perlawanan berikutnya: WWWLWWDDLW

Musim 2015-2016
Pasukan : Liverpool
Rekod tidak menang : Lima perlawanan antara Januari 26, 2016 and Februari 9, 2016
Prestasi ketika itu : LDLDL
10 perlawanan berikutnya: WDWLWWWDLD
Nota :
1- Artikel diolah dari Mirror Football