Tiada piala kedua buat Manchester United di musim pertama Erik Ten Hag selepas ditewaskan Manchester City dalam perlawnan akhir Piala FA dan Manchester City semakin menghampiri gelaran treble menyamai pencapaian Manchester United.
Perlawanan akhir Piala FA musim 2022/23 menemukan dua pasukan berjiran dari bandar Manchester iaitu Manchester United dan Manchester City.
Ilkay Gundogan telah mencipta sejarah peribadi tersendiri apabila telah menjaringkan gol terpantas dalam sejarah perlawanan akhir Piala FA.
Gundogan membuka tirai jaringan pada minit pertama atau lebih tepatnya hanya 13 saat selepas sepak mula dengan meledak bola voli penuh sensasi.
Dia bertindak balas paling pantas kepada tandukan Victor Lindelof apabila dia melakukan rembatan yang menggembirakan ke bahagian belakang gawang, menyebabkan David De Gea terpaku.
Gol terpantas sebelum ini dalam perlawanan akhir Piala FA ialah melalui gol Louis Saha untuk Everton menentang Chelsea pada 2009 selepas hanya 25 saat.
Bruno Fernandes kemudiannya menyamakan kedudukkan melalui sepakan penalti pada minit ke-33 yang mudah menewaskan Ortega.
Baucer penalti diaktifkan selepas bola terkena tangan Jack Grealish yang cub mencabar Aaron Wan Bissaka diudara. Video Assistant Referee (VAR) membuat penelitian dan dengan adilnya menghadiahkan sepakan penalti.
Permainan separuh masa pertama ternyata menjadi hak mutlak Manchester City yang mendominasi permainan dan bermain separuh padang sahaja di kawasan United.
Enam minit bersambung babak kedua, Ilkay Gundogan kembali meletakkan Manchester City dihadapan dengan satu percubaan agak jahat.
Bola melantun melepasi kaki Raphael Varane dan sudah terlambat untuk David De Gea menepis menyaksikan bola menerkah gawang.
Minit ke-72, Gundogan mencetak hatrik selepas menolak bola muntah rembatan Erling Haaland dan mujurlah gol itu dibatalkan kerana ofsaid.
Kemudian Garnacho yang masuk menggantikan Cristian Eriksen hampir menyamakan kedudukan dengan satu percubaan yang sedikit tersasar.
Manchester United sedikit positif apabila beberapa kali berjaya masuk ke kotak penalti Manchester City selepas lemau sepanjang perlawanan.
Di masa kecederaan Manchester United hampir menyamakan kedudukan namun Ortega berjaya menyelamatkan gawang City untul memastikan kemenangan dalam tempoh 90 minit.
Man City : Ortega; Walker, Dias, Akanji; Stones, Rodri; De Bruyne, Gundogan; Bernardo, Haaland, Grealish.
Pemain Simpanan : Ederson, Phillips, Ake, Laporte, Alvarez, Mahrez, Foden, Palmer, Lewis.
Man Utd : De Gea; Wan-Bissaka, Varane, Lindelof, Shaw; Casemiro, Fred; Fernandes, Eriksen, Sancho; Rashford.
Pemain Simpanan : Butland, Dalot, Maguire, Malacia, McTominay, Pellistri, Elanga, Garnacho, Weghorst.
Pengadil : Paul Tierney.