Tiada Umtiti, Tiada Barcelona

Bila kita bercakap mengenai pemain tunggak Barcelona, engkorang mesti sebut MSN – Messi, Suares, Neymar. Sebab apa? Sebab engkorang tak kenal pemain lain dalam skuad Blaugrana.

Memang MSN telah menjaringkan sebanyak 83 gol di kalangan mereka namun tanpa disedari, terdapat satu watak yang cukup penting sehinggakan para penglipur lara Catalan membuat catatan –  Tiada Umtiti Tiada Barcelona.

Siapa Umtiti?

Samuel Yves Umtiti merupakan seorang peman bola sepak berbangsa Perancis yang bermain di posisi pemain pertahanan tengah untuk Barcelona dan pasukan kebangsaan Perancis.

Umtiti bersama pasukan Perancis. Macam Pogba pun ada.

Dia memulakan karier professionalnya bersama Lyon pada 2012, memenangi Coupe de France dan Trophee des Champions pada tahun yang sama. Dia bermain sebanyak 170 perlawanan dan jaringkan tiga gol sebelum berpindah ke Barcelona dengan nilai €25 juta (Rm118 juta) pada musim panas 2016.

Semalam, kempen Barcelona untuk memenangi La Liga tersedak seketika apabila tewas di tangan Deportivo La Coruna, dengan ketiadaan Neymar yang masih cedera. Namun, punca sebenar kekalahan Barca ialah kerana ketiadaan Umtiti.

Umtiti ketika menentang Sevilla. Memang ada gaya pemain bola budak ni.

Dalam 16 perlawanan yang Umtiti bermain, Barcelona menang setiap perlawanan, manakala ketika ketiadaannya, Barcelona hanya menang dalam dua daripada sebelas perlawanan.

Untuk mengangkat lagi Umtiti ni, kita rujuk kembali prestasi kelab lamanya- Olympique Lyon. Bersama Umtiti, Lyon menang 67.9 peratus perlawanan, dan hanya menang 18.1 peratus perlawanan tanpanya.

Hebat kan?

Umtiti ketika muda di Lyon. Tapi nampak tua kan? Budak sekarang cepat matang gamaknya.

Dalam perlawanan Barcelona-Deportivo, pasukan Catalan tersebut melepaskan dua gol – kedua-duanya menerusi set piece, dan ini menunjukkan Barcelona amat sengsara tanpa Umtiti!

Kau bayangkan Malaysia tanpa Najib. Cukup sengsara!

Gol pertama Deportivo hadir selepas Javier Masherano cuba menghulurkan kakinya untuk mengeluarkan bola daripada kotak penalti, namun dia lupa kakinya tidak sepanjang Peter Crouch. Kesilapan tersebut menyebabkan bola gagal dibaca tepat sekaligus gagal ditangkap kemas penjaga gol lalu menyebabkan bola muntah ke kaki Joselu.

Tanpa membuang masa, dengan sepenuh nafsu Joselu merembat bola sambil memejam mata sambil hatinya berkata ‘que sera, sera’ lalu memberikan gol pertama Deportivo.

Ini bukan video. Tak percaya klik la,

Gol kedua Deportivo pula terhasil apabila pengganti Umtiti, Jordi Alba tidak dapat menyaingi lompatan Alex Bergantinos yang menanduk bola ke tepi tiang sebelah dalam gol Barcelona. Lalu melompat kegembiraanlah para penyokong Real Madrid ketika itu.

Sebenarnya, bukan mudah untuk menempatkan diri sebagai pemain pertahanan utama Barcelona, dengan Dmytri Chygrynskiy,Thomas Vermaelen dan Victor Andrag telah gagal dalam cubaan mereka.

Tapi bagi Umtiti, hal ini sangat mudah, bagaikan meludah di tepi jalan dan dia bermain dengan keyakinan yang cukup tinggi. Tak padan dengan umur 23 tahun. Disebabkan kehebatan Umtiti, maka para penyerang boleh menyerang sesuka hati tanpa perlu memikirkan tugas untuk bertahan.

Umtiti cukup kuat di udara selain mampu mengawal bola dengan baik di samping mampu menggelecek barang seorang dua pihak lawan lalu menghantar bola untuk membina serangan dari bawah.

Ini ialah Fadhli Shah, bukan Umtiti. Saja letak gambar ni. Takde modal.

Jujur la en, jujur. Aku sebenarnya terkejut bro tengok Umtiti ni cepat sesuaikan diri,” kata jurulatih Luis Enrique, sambil berkepul-kepul asap vape berbau Mango Lassi dihembus dari mulutnya.

“Kelab ni memang selalu ada masalah di posisi ini,” tambahnya lagi sambil memejam mata menahan batuk, dek lupa flavor vapenya telah dinaikkan ke 12mg, bukan 6mg lagi.

Setakat ini, Umtiti boleh dikatakan melalui musim yang cukup sempurna, kecuali prestasi yang menjengkelkan ketika tewas 4-0 di tangan PSG di Paris, dan juga tewas 1-2 kepada Athletic Bilbao dalam pusingan 16 pasukan Copa del Rey. Tapi tu lah, kalau nak bandingkan dengan kehebatannya dalam perlawanan lain, dua perlawanan ini boleh diibaratkan gajah depan mata. Boleh diabaikan.

Nota : Lepas baca artikel ni jangan sembang bola sepak sebelas pemain dalam satu pasukan bla bla bla. Memang betul Umtiti ni power.

Artikel dipetik dan diolah dari Daily Mail

Baca Juga

Baca Juga