Tidak Gembira Dengan Kehadiran Ronaldo, Greenwood Sedia Tinggalkan United

Mason Greenwood telah memulakan kempen saingan musim ini dengan sangat cemerlang selepas beliau berjaya meledak tiga gol dari tiga perlawanan awal liga.

Walau bagaimanapun, kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke bumi Old Trafford menyebabkan beliau terus merundum dan minit permainan beliau juga semakin merosot.

Pemain penyerang berusia 20 tahun itu masih belum diturunkan dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Ralf Rangnick dalam saingan Premier League.

Ia merupakan sesuatu yang sangat tidak baik untuk prospek yang sangat berkualiti seperti Mason Greenwood untuk sekadar memanaskan bangku simpanan sahaja.

Laporan terbaru kini mendakwa yang Greenwood sudah bersedia untuk meninggalkan β€˜The Theatre of Dreams’ atas masalah tersebut.

Beliau dikatakan sedikit kecewa kerana tidak mendapat minit permainan yang mencukupi dan kerap diketepikan dari skuad utama.

Bahkan Cristiano Ronaldo turut sering menjadi pilihan utama berbanding beliau dan menyebabkan Greenwood merasakan beliau perlu mendapatkan minit permainan bersama pasukan lain.

Laporan sama turut mendedahkan yang banyak kelab gergasi Eropah yang sangat berminat untuk mendapatkan tandatangan bintang muda England itu.

Menurut artikel yang ditulis oleh media Sepanyol, El Nacional, kedua-dua Barcelona dan Juventus sedang memantau perkembangan karier Greenwood pada ketika ini, sementara Arsenal juga turut mengintai peluang untuk masuk jarum mendapatkan bintang muda United itu.

The Gunners menyasarkan Greenwood sebagai pemain sasaran utama mereka memandangkan kelab mungkin akan melepaskan Pierre Emerick Aubameyang tidak lama lagi.

Cristiano Ronaldo sendiri pada awal musim baru-baru ini turut pernah menyindir barisan pemain muda United termasuk Mason Greenwood.

β€œSaya tidak memaksudkan hanya dalam bola sepak, generasi baru sejak era 1995 ini mereka ada pemikiran yang berbeza.”

Jelas Ronaldo selepas aksi kekalahan memalukan 5-0 setan merah di tangan Liverpool.

β€œGaya hidup, bola sepak, kesukaran, ini semua perlu datang dari dalam diri kamu sendiri. Kamu perlu terima walau kadang kala kamu tak setuju dengannya.”

Laporan dari El Nacional turut menjelaskan yang Greenwood sangat tidak gembira dengan komen dari pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu.

Beliau juga dilaporkan tidak selesa melihat bagaimana cepatnya Ronaldo mendominasi bilik persalinan sejak kembali ke Old Trafford pada musim panas lalu.

Pengurus interim kelab, Ralf Rangnick baru-baru ini turut menjelaskan yang beliau tidak yakin Greenwood sudah bersedia dari segi fizikal untuk diturunkan dalam kesebelasan utama United.

β€œDia perlu dikembangkan lagi dari segi fizikal, tapi dari segi teknikal dan di usia dia, dia seorang pemain yang menakjubkan. Tugas saya adalah untuk kembangkan dia, untuk keluarkan sisi atlet dalam diri dia dan jika dia berjaya lakukan itu, dia boleh jadi pemain regular untuk kelab ini.”

Jelas pengurus dari Jerman itu pada awal bulan lalu selepas tamat aksi terikat 1-1 bertemu Young Boys.

Greenwood walau bagaimanapun merasakan yang beliau sudah sampai di tahap itu dan tidak mahu untuk sekadar duduk di bangku simpanan sahaja.

Walaupun beliau baru sahaja masuk tahun ke dua dari empat tahun kontraknya bersama kelab, Greenwood berkemungkinan akan melengkapkan perpindahan beliau tidak lama lagi.

Beliau bahkan tidak akan hilang peminat walau akan meninggalkan Old Trafford tidak lama lagi dan jelas sekali tiada masalah untuk Greenwood menyesuaikan diri jika beliau berpindah ke tempat baru.

Tidak pasti adakah benar atau tidak dakwaan yang dilakukan oleh El Nacional, namun seandainya benar, maka United jelas sekali akan rugi besar kehilangan bakat seperti Greenwood.

Sumber: GMS

BACA:Β  Lima Pemain Yang Ada Gaya Permainan Ala Cristiano Ronaldo