Bintang Liverpool, Takumi Minamino dilaporkan berpotensi untuk meninggalkan Anfield pada jendela perpindahan musim panas ini.
Tiga kelab dari saingan Premier League dilaporkan sangat berminat mahu mendapatkan bintang kebangsaan Jepun itu dari Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini.
Minamino dijangka akan menjadi pemain bintang pertama yang akan tinggalkan Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini dengan The Reds dikatakan telah meletakkan tanda harga bernilai ยฃ17 juta untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bintang Jepun itu.
Liverpool are willing to let Takumi Minamino leave this summer ๐ https://t.co/Q5HQqfSOIN
โ Anfield Watch (@AnfieldWatch) June 8, 2022
Minamino telah menyertai Liverpool dari RB Salzburg dengan yuran perpindahan bernilai ยฃ7.25 juta pada jendela perpindahan Januari tahun 2020 yang lalu.
Memandangkan tugas untuk bersaing dengan Mohammed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino bukanlah satu tugas yang mudah, dan ditambah pula kini Liverpool mempunyai pemain seperti Diogo Jota dan Luis Diaz di bahagian serangan, maka jelas sekali sukar sebenarnya untuk Minamino mendapat tempat.
Takumi Minamino berjaya menjaringkan 14 gol dan turut mencatatkan 3 assists dari 55 penampilan bersama skuad Liverpool dalam semua pertandingan.
Beliau sememangnya dikenali sebagai pemain terpenting Liverpool untuk pertandingan piala domestik dan Minamino jelas sekali memainkan peranan penting yang membantu The Reds memenangi dua piala musim ini.
Minamino berjaya menjaringkan 3 gol dari empat perlawanan dalam saingan FA Cup dan beliau turut berjaya menjaringkan empat gol dan satu assists dari lima penampilan dalam saingan Carabao Cup.
This turned out wellโฆhttps://t.co/I0p1v1wmpM
โ Liverpool FC News (@LivEchoLFC) June 8, 2022
Kerana itu jugalah Jurgen Klopp merasakan yang Liverpool hampir mustahil untuk memenangi dua piala yang mereka menangi itu jika bukan kerana Minamino.
Agak berat juga untuk Liverpool mencari pengganti kepada Minamino yang mana beliau merupakan pemain berbakat yang sememangnya digunakan untuk pertandingan-pertandingan domestik sahaja.
Walau bagaimanapun, di usia 27 tahun, jelas sekali Minamino mahu mendapatkan minit permainan yang mencukupi dan kerana itulah beliau memilih untuk meninggalkan Liverpool.
Pengurus Leeds United, Jesse Marsch sebelum ini pernah bekerjasama dengan Minamino ketika di Salzburg dan memandangkan Raphinha mahu meninggalkan kelab, maka beliau merasakan bintang Jepun itu merupakan individu paling tepat untuk beliau tandatangani.
Southampton juga sebenarnya sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Minamino dengan bintang Jepun itu juga turut pernah beraksi bersama mereka sebagai pemain pinjaman pada musim lalu.
Takumi Minamino is reportedly moving closer to leaving Liverpool, with four Premier League clubs said to be interested in signing the 27-year-old.
Latest #LFC transfer rumours. ๐https://t.co/HibRFOoPiI pic.twitter.com/tg6dEiX6cM
โ Liverpool FC News (@LivEchoLFC) June 8, 2022
Walau hanya sempat beraksi selama enam bulan sahaja bersama The Saint, Minamino berjaya memberikan impak yang sangat diharapkan dengan beliau turut berjaya menjaringkan 2 gol dari 10 penampilan untuk Southampton.
Southampton dikatakan sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Minamino dari Liverpool menerusi perpindahan terus bermula pada musim panas ini.
Liverpool sendiri sementara itu turut sedang giat memburu pemain penyerang terbaru untuk ditandatangani memandangkan mereka akan berpotensi untuk kehilangan Sadio Mane pada jendela perpindahan musim panas ini.
Selain Sadio Mane, Liverpool juga turut berpotensi untuk kehilangan Mo Salah yang sehingga kini masih belum mahu menandatangani kontrak baru bersama kelab.
How important was this man in the 2021/2022 season? ๐๐ดpic.twitter.com/ANyV5zIQ8h
โ Anfield Watch (@AnfieldWatch) May 31, 2022
Memandangkan Liverpool sendiri masih tidak yakin yang Minamino akan mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kedua-dua Salah dan Mane, maka kerana itulah The Reds berusaha mencari pemain penyerang terbaru pada jendela perpindahan musim panas ini.
Sumber: SPORTbibble