Liverpool dikhabarkan bakal mendapat tiga mata percuma selepas perlawanan menentang Manchester United di Old Tafford telah ditangguhkan kerana terjadinya rusuhan.
Liverpool yang merupakan penyandang juara Premier League paling teruk kini sangat terdesak untuk mendapatkan mata bagi mengejar slot Eropah mereka musim hadapan.
Slot Eropah disini bukan Champions League tetapi Europa League yang belum tentu dalam genggaman, maka tidak peliklah Liverpool digelar sebagai penyandang juara paling hina.
Here's what the rules say#LFC https://t.co/y4YSSEfNjp
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) May 4, 2021
Atas faktor keselamatan dan pelanggaran peraturan SOP wabak di mana dua kali perusuh menceroboh masuk ke padang Old Trafford perlawanan di tangguhkan.
Keputusan penagguhan perlawanan ini dipersetujui oleh Liverpool, Manchester United, Premier League dan Greater Manchester Police (GMP).
Maka penyokong Liverpool yang terdesak mahukan mata telah mengeluarkan buku peratusan FA bagi menyokong hujah mereka yang akan meraih tiga mata percuma.
If the Premier League find that Manchester United's security measures weren't adequate and were behind the postponement on Sunday, then Liverpool could be awarded the points. #MUNLIV
— The Kop End (@TheKopEnd_19) May 4, 2021
Menurut buku peraturan FA di bahagian 8.3.4, ia menyatakan bahawa Manchester United boleh didapati bersalah kerana perlawanan tidak dapat dilangsungkan dan menyaksikan Liverpool mendapat tiga mata.
Peraturan ini juga berbunyi jika dibaca dengan kuat:
“Sekiranya perlawanan ditangguhkan kerana kelakuan satu Kelab atau ahli atau penyokongnya, Lembaga berkuasa untuk memerintahkan agar pertandingan itu tidak dimainkan semula dan memberikan salah satu atau tiga mata kepada Kelab yang tidak bersalah.
—
Ia tidak dikenakan denda kewangan kerana kelakuan Kelab.”
@premierleague #MUNLIV @FA rulebook sec 8.3.4
“In the event of a match being abandoned due to the conduct of one Club or its members or supporters the Board has the power to order that the match is not replayed and to award either one or three points to the Club not at fault”
— Film N Footy (@film_footy) May 3, 2021
Bagi membolehkan Liverpool mendapat tiga mata percuma, kebanyakkan penyokong Liverpool hanya ambil sampai di sini sahaja untuk tampak bijak dan pandai.
Namun begitu, oleh kerana polis serta Premier League sendiri adalah antara mereka yang memutuskan bahawa permainan tidak dapat dimulakan, Premier League sedar bahawa keputusan ini bukan dilakukan oleh Manchester United sendirian.
Keputusan penagguhan perlawanan ini dipersetujui oleh Liverpool, Manchester United, Premier League dan Greater Manchester Police (GMP).
Bahagian L.12 buku peraturan Premier League menyatakan:
“Perlawanan Liga tidak akan ditunda atau ditangguhkan kecuali: (L.12.1.) Ketika pada tarikh yang ditetapkan untuk dimainkan sama ada tuan rumah atau tetamu bersaing dalam pertandingan yang diizinkan oleh Peraturan L.9.1, L.9.2, dan L.9.3; (L.12.2.) Dengan persetujuan atau atas arahan pengadil yang berkuasa; (L.12.3.) Dengan perintah polis; (L.12.4.) dengan perintah mana-mana pihak berkuasa lain yang menjalankan kuasa undang-undangnya untuk itu; atau (L.12.5.) atas arahan atau dengan persetujuan bertulis Lembaga.”
The Premier League Handbook, according to Section L.12, dictates that if police involvement influences the decisions to postpone or abandon a game, there will be no forfeit or disqualification and the points will not be automatically awarded to any teams involved. Penalty to Utd
— Vibera99 💙⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ (@vibera99) May 3, 2021
Dalam kenyataan dikeluarkan Liverpool mengenai penangguhan perlawanan ini, Liverpool menyokong penuh penangguhan perlawanan kerana keselamatan awam ada faktor paling utama.
“Liverpool Football Club sepakat dengan keputusan untuk menangguhkan perlawanan hari ini sebagai akibat dari peristiwa yang sedang berlangsung di Old Trafford dan kawasan sekitarnya,”
“Dalam kedudukan kami bahawa keselamatan awam harus menjadi faktor nombor satu dalam setiap keputusan tersebut, dengan kemampuan untuk menyediakan lingkungan yang aman bagi para peserta, staf dan pegawai menjadi keutamaan.
“Ini jelas tidak mungkin ada jaminan keselamatan kerana situasi telah merebak dengan cepat.
“Kami akan terus berdialog dengan Manchester United, Liga Perdana dan pihak berkuasa tempatan untuk mencari tarikh yang sesuai untuk dijadualkan semula.
“Sebaik sahaja kami mendapat maklumat ini, kami akan mengemas kini penyokong kami dengan sewajarnya.”
@LFC should be awarded the 3 pts from Sunday's match, full stop – there was question as to whether the gates where locked -shameful a handful of fans derail the rest #LiverpoolFC #YNWA #MUNLIV https://t.co/BicPx3R80M
— 𝕍𝕖𝕝𝕝𝕪 (@VellyGrrl) May 3, 2021
Premier League telah melancarkan siasatan mengenai insiden itu dan telah mewujudkan persoalan bagaimana 200 penyokong dapat memecah masuk ke stadium?
Bagaimana langkah keselamatan yang telah diambil oleh pihak Manchester United dan SOP wabak yang sepatutnya ketat dengan mudah dijahanamkan?
Dengan apa yang terjadi Manchester United sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman kerana pihak polis juga telah mengalami kecederaan dalam rusuhan ini.
Pemotongan tiga mata dan Liverpool bakal mendapat tiga mata percuma mungkin akan terjadi (Tapi jangan nampak hina sangat nak mata percuma, awak tu juara).