Tiga Pemain Liga Malaysia Ditahan SPRM, Didakwa Mengatur Perlawanan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah mengesahkan bahawa tiga pemain dari pasukan MISC-MIFA yang bertanding di Liga Perdana, selepas dipercayai terbabit menerima rasuah daripada bookie untuk mengatur keputusan perlawanan.

Ketiga-tiga pemain tersebut berusia sekitar 26 sehingga 29 tahun, dengan salah seorang daripadanya merupakan pemain inport. Walaubagaimanapun, tiada nama yang dikeluarkan oleh SPRM.

Ketiga-tiga pemain terbabit dikatakan telah menerima rasuah antara RM10,000 dan RM30,000 dalam satu perlawanan Liga Malaysia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki telah mengesahkan perkara ini dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi yang akan ditahan berkaitan kes ini.

“Setakat ini hanya tiga individu yang ditahan tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan berhubung siasatan kes itu pada masa terdekat,” katanya kepada Berita Harian.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, SPRM akan terus memantau dan menyiasat pemain-pemain bola sepak serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perlu,” katanya.

Azam juga mengakui bahawa rasuah bola sepak di Malaysia sebenarnya masih belum reda, dan ada nama tertentu dikaitkan dengan aktiviti haram jadah ini.

Datuk Azam Baki

“Ini adalah amaran buat kamu semua untuk hentikan aktiviti macam ni.

“Ada beberapa orang yang terlibat tidak dapat dikesan oleh SPRM tapi sekali kita tahu, kita akan siasat dan implikasinya ialah digantung seumur hidup,” tambahnya lagi.

Penahanan tiga pemain ini pasti mengejutkan setiausaha FAM, Dato’ Hamidin Amin menafikan dakwaan bekas Ketua Keselamatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Chris Eaton bahawa Malaysia telah mengmbil alih kedudukan Singapura sebagai hub judi bola sepak di Asia Tenggara, lima bulan lalu.

Semoga lebih banyak tangkapan yang akan dibuat oleh pihak berwajib tak kiralah sama ada pemain tersebut dari kelab, negeri atau universiti sekalipun.

Baca Juga

Baca Juga