Tiga Pemain Paling Layak Menggantikan Kante Di Chelsea

N’Golo Kanté merupakan salah seorang pemain defensive Midfielder terbaik dalam bola sepak moden sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kante mula mencipta nama selepas aksi cemerlang beliau bergandingan dengan Danny Drinkwater ketika bersama Leicester City.

Mereka mengawal bahagian tengah pasukan Leister dengan begitu cemerlang hingga berjaya membantu pasukan itu muncul Juara Liga Perdana Inggeris.

Berikutan prestasi cemerlang dimusim pertama beliau beraksi di Premier League, Chelsea telah Menandatangani pemain Perancis itu dengan nilai perpindahan £32 juta.

Pada tahun 2016, Kante menyertai pasukan Chelsea dan beliau telah membuktikan bahawa dirinya seorang pemain yang sangat hebat.

Pemain kelahiran Perancis ini telah memenangi satu lagi gelaran Liga Perdana dalam musim pertamanya di Stamford Bridge, dan memenangi anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana musim yang sama.

Musim berikutnya, beliau telah berjaya membantu Chelsea memenangi Piala FA. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai menunjukkan beliau pemain yang hebat.

Peranan Kante di bawah kendalian Maurizio Sarri adalah sedikit berbeza dari peranan asalnya. Tetapi tidak merencatkan aksi beliau. Kante antara tonggak penting membantu Chelsea memenangi Europa League musim lalu.

Kante adalah pemain penting untuk The Blues, namun musim ini agak suram untuk beliau. Aksinya merosot dan tidak mencapai tahap piawaian sebenarnya.

Pemain berusia 28 tahun itu juga bergelut dengan masalah kecederaan. Kante telah dikaitkan dengan beberapa pasukan termasuk Real Madrid, dalam jendela perpindahan baru-baru ini.

Kerugian yang teramat besar akan dialami oleh Chelsea sekiranya melepaskan pemain terbaik mereka. Namun sekiranya skuad The Blues gagal layak ke Liga Juara-Juara mereka mungkin terpaksa merelakan pemergian Kante.

Kante mungkin akan menolak tawaran untuk kekal di London sekiranya Chelsea tidak berada di kedudukan empat teratas dalam Liga musim ini.

Andai perkara itu berlaku, siapakah pemain paling sesuai menggantikan posisi Kante sebagai Midfield terbaik Chelsea?

Ini senarai tiga pemain yang dirasakan paling sesuai untuk menggantikan Kante.

3) Houssem Aouar

Houssem Aouar mungkin akan menjadi pemain tengah terbaik untuk Chelsea. Beliau mempunyai kemahiran mengawal serta menghantar bola yang baik.

Pemain bawah 21 Perancis itu telah menjaringkan 24 gol dan melakukan 24 assist dalam 130 penampilan bersama pasukan utama Lyon.

Beliau juga menjadi sasaran pasukan-pasukan gergasi Eropah yang lain seperti Real Madrid, Manchester City, Juventus dan PSG.

Aour telah mempamerkan aksi menarik dalam Liga Juara-Juara musim ini setelah berjaya menjaringkan satu gol dan tiga assist.

Aour menunjukkan aksi yang mantap ketika menentang Juventus dalam perlawanan pertama pusingan 16 Champions League.

Aouar adalah penyelesaian kepada masalah Chelsea sekiranya kehilangan Kante. Namun The Blues harus segera bertindak untuk memastikan Aouar tidak terlepas ke pasukan lain.

2) Sergej Milinković-Savić

Peningkatan Lazio di Serie A musim ini ramai yang beranggapan kerana kehebatan penjaring sensasi mereka Ciro Immobile, yang kini mengetuai perlumbaan untuk anugerah Kasut Emas Eropah bersama Robert Lewandowski dan Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun, selain ketajaman yang di tunjukkan oleh Immobile, Lazio cemerlang di Serie A musim ini kerana mereka mempunyai seorang pemain yang sangat rajin di bahagian tengah pasukan.

Sergej Milinkovic-Savic. Pemain tengah Serbia sebelum ini telah menarik perhatian dari Manchester United namun Setan merah sudah mendapat pengganti dengan Menandatangani Bruno Fernandes.

Chelsea harus cuba untuk dapatkan pemain ini. Beliau antara pemain terbaik yang diyakini mampu menggalas tugas sebagai pengganti Kante.

Pemain berusia 24 tahun itu sudah menjadi pemain yang mantap untuk kelabnya Lazio dan dalam pasukan kebangsaan Serbia.

Beliau adalah nadi yang menggerakkan jentera serangan untuk kelab dan negaranya. Sergej merupakan watak penting dalam membantu pasukannya menewaskan Inter Milan dalam saingan Liga bulan lalu.

Sergej telah menjaringkan 12 gol untuk semua kejohanan musim ini. Jumlah jaringan yang besar dari seorang pemain Midfield.

Selain daripada memiliki ketajaman dalam bahagian serangan, Milnkovic-Savic juga seorang pemain yang mempunyai semangat juang tinggi, seorang pemain yang tabah dan mempunyai kepimpinan yang sangat baik.

1) Wilfred Ndidi

Walaupon terlepas beberapa perlawanan atas masalah kecederaan, beliau masih selesa menerajui carta teratas untuk tackle terbanyak yang dilakukan dalam perlawanan top flight Premier League.

Selain dari mempunyai kehebatan dari segi bertahan, beliau juga telah berjaya menjaringkan dua gol dan satu assist musim ini dengan peratusan hantaran yang berjaya dilakukan sebanyak 84%.

Pentingnya beliau didalam pasukan,apabila beliau tidak bermain pada Januari lalu pasukannya kerap tewas dan bahagian tengah pasukan Leicester tidak teratur.

Pemain berusia 23 tahun itu adalah calon terbaik untuk menggantikan Kante. Memandangkan kesamaan corak permainan mereka.

Leicester City Menandatangani Ndidi untuk menggantikan Kante sebagai pemain tengah mereka. Mungkin Chelsea boleh melakukan hal yang sama untuk kebaikkan pasukan.

BACA:  Reaksi Kante Ketika Dirinya Dianggap Manusia Paling Mulia