Tiket Arsenal vs Wolves Yang Pernah Dijual €58K, Kini Dilelong £250 Je

Sebelum ini Arsenal siap mengeluarkan amaran kepada pemilik tiket bermusim ataupun mereka yang berjaya mendapatkan tiket secara atas talian agar tidak menjual semula tiket itu.

Tiket beberapa perlawanan terakhir Arsenal di gelanggang sendiri laku keras. Terutama sekali tiket menentang Wolves yang sebelum ini dianggap boleh menjadi penentu kejuaraan liga.

Namun pastinya sukar untuk Arsenbal mengawal penjualan semula tiket itu. Ramai yang sanggup membeli semula tiket tersebut dengan harga ribuan pound.

Ramai pemilik tiket yang menjual tiket mereka kepada yang lain dengan nilai ribuan pound untuk tiket yang dibeli dengan nilai serendah £73.

Malah ada seorang peminat dilaporkan telag mengeluarkan €28k untuk membeli tiket aksi menentang Wolves.

Semuanya kerana mahu melihat Arsenal menjulang trofi EPL.

Lebih lebih lagi di hadapan Ruben Neves yang pernah mengutuk Arsenal meraikan kemenangan ke atas Wolves dengan cara berlebihan seolah olah mereka memenangi EPL.

Kemudian dalam satu laman lelongan barangan terpakai, tiket perlawanan menentang Wolves dijual dari harga sekitar £10,000 – £50,000.

Arsenal telah mengeluarkan kenyataan rasmi telah membatalkan kira kira 2,000 keahlian kelab itu kerana salah laku penjualan semula tiket milik mereka.

Semuanya kerana peminat yakin bahawa mereka akan menyaksikan pesta kejuaraan di Emirates. Arsenal ketika itu di ambang kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama mereka setelah 19 tahun lamanya.

Arsenal sudah mengumumkan penjualan lebih awal kepada ahli rasmi kelab. Dan meminta mereka tidak sesekali menjual semula tiket itu.

Arsenal dalam satu siaran medianya berkata: “Aksi di tempat sendiri yang terakhir kita musim ini menentang Wolves akan dijual esok kepada ahli kelab.’

“Peringatan kepada semua penyokong kami, agar tidak membeli tiket daripada penjual tiket berdaftar secara rasmi.”

Ada segelintir peminat mendakwa bahawa, sangat sukar untuk mendapatkan tiket walaupun sebagai ahli berdaftar. Sedangkan hampir setiap perlawanan di Emirates akan kelihatan banyak kerusi kosong.

Pada satu ketika mereka mendahului Manchester City dengan 8 mata di atas carta liga.

Namun dala 8 perlawanan terakhir, Arsenal telah lemau. Dan mereka keciciran 12 mata dalam tempoh tersebut.

Membuatkan mereka kini 4 mata di belakang Manchester City dengan baki 3 lagi perlawanan untuk Gunners. Namun City sebenarnya masih ada baki 4 perlawanan lagi.

1 perlawanan kurang daripada Arsenal pasda ketika ini.

Kapten Arsenal, Martin Odegaard menyatakan mereka harus realistik pada masa ini. Kerana adalah mustahil untuk melihat Man City melakukan kesilapan dalam 4 perlawanan terakhir mereka.

Dia berkata sedemikian selepas Arsenal dimalukan Brighton 0-3 di gelanggang sendiri.

Di mana Mikel Arteta menyatakan dia malu untuk bersemuka dengan penyokong dan hanya mampu meminta maaf kepada mereka.

Arteta bagaimanapun tetap harus dipuji kerana membawa pasukan muda Arsenal bersaing dalam kejuaraan EPL sehingga ke akhir musim.

Tiket Arsenal vs Wolves mulai tidak bernilai

Kini ramai yang mulai panik dan mahu menjual semula tiket yang terlalu mahal mereka beli untuk aksi 28 Mei akan datang ini.

Hal ini kerana ianya dianggap sudah tak bernilai lagi. Dengan peminat Arsenal kelihatan sudah akur dengan situasi dan menerima hakikat bahawa mereka tidak akan dapat memintas City lagi.

Daripada lama web yang sama menjual tiket sehingga £50k itu, kini mereka cuma menawarkan £250, yang 212 kali ganda lebih murah.

Ada yang merasa lega kerana tidak membuat tindakan bodoh mengeluarkan ribuan euro bagi aksi Arsenal vs Wolves. Kerana kini ianya ternyata satu kerugian berganda.

Arsenal masih cuba

BACA:  Legenda Arsenal Dakwa Semangat Juang Yang Rendah Punca Arsenal Tewas