Tiket Final Piala AFF Suzuki Sudah Mula Dijual

Tiket Final 1 Piala Suzuki AFF 2018 yang akan betlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Disember akan mula dijual 9.00 pagi ini.

Perkara init telah diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam di laman muka buku rasmi FAM.

Walaupun lawan Malaysia di final masih belum diketahui samada bertemu Vietnam atau Filipina namun Final 1 telah ditetapkan akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini, 11 Disember 2018 dengan sepak mula 8.45 malam.

Menurut Stuart Ramalingam lagi :

“Sama seperti aksi Separuh Akhir 1 bertemu Thailand sebelum ini, tiket aksi Final 1 ini hanya akan mula dicetak di Bangkok, Thailand oleh syarikat tiket dilantik Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) selepas keputusan satu lagi aksi Separuh Akhir 2, Vietnam lawan Filipina di Hanoi, malam ini diketahui.”

“Mengikut jadual, tiket yang telah siap dicetak itu nanti dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu, 8 Disember 2018, sekali gus ia hanya boleh mula dijual secara fizikal pada pagi Ahad ini (9 Disember 2018), itupun jika tiada sebarang kelewatan penerimaan tiket tersebut.”

Penjualan awal tiket online

Jualan tiket secara online atau atas talian akan dimulakan lebih awal iaitu pada :

1. Jumaat, 7 Disember 2018 – 20,000 keping sehingga habis

2. Sabtu, 8 Disember 2018 – 20,000 keping sehingga habis.

Sebanyak 40,000 tiket akan dijual secara atas talian bermula jam 9.00 pagi.

“Bagaimanapun, sama seperti sebelum ini, FAM meneruskan inisiatif untuk memudahkan urusan penyokong membeli tiket lebih awal dengan penjualan secara online di www.tickethotline.com.my yang akan mula dibuka pagi esok (Jumaat, 7 Disember 2018).”

“Sama juga seperti aksi bertemu Thailand, kuota bagi penjualan tiket secara online untuk Final 1 ini adalah sebanyak 40,000 keping iaitu 20,000 keping akan dijual pada Jumaat bermula 9.00 pagi (sehingga habis) dan 20,000 keping akan dijual pada Sabtu bermula 9.00 pagi (sehingga habis).”

Tiket fizikal dijual bermula Ahad

Sementara baki 40,000 keping tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Ahad ini dan lokasi-lokasi penjualannya akan dimaklumkan nanti.

Harga Tiket

Harga tiket adalah lebih murah berbanding final Piala AFF Suzuki 2014 bagi meringankan beban penyokong yang hadir.

Tempat duduk terbuka – RM40
Grandstand – RM50
Kanak-Kanak – RM5

“Justeru harga tiket bagi Final 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini telah ditetapkan RM40 bagi tempat duduk terbuka (RM10 lebih murah berbanding tiket 2014) dan RM5 bagi tiket kanak-kanak (RM5 lebih murah berbanding tiket 2014). Satu lagi kategori tiket yang diperkenalkan untuk Final 1 kali ini ialah tiket RM50 bagi tempat duduk grandstand.”

Keistimewaan buat penyokong ke Bangkok

FAM membuat satu tindakan yang bijak bagi menghargai penyokong yang hadir ke Stadium Rajamangala dan akan diberikan keistimewaan untuk mendapatkan tiket.

Keistimewaan akan diumumkan kelak dan simpan keratan tiket.

“Berita baik buat penyokong Harimau Malaya yang telah hadir ke Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi. FAM sememangnya sangat menghargai komitmen dan kegigihan anda semua.”

“Sila simpan keratan tiket Separuh Akhir 2 bertemu Thailand malam tadi kerana FAM sedang berbincang untuk memberikan ‘keutamaan’ kepada anda semua dalam proses membeli tiket Final 1 ini. Nantikan pengumuman rasmi mengenainya”

Dalam pada itu, Final 2 akan berlangsung di tempat lawan, sama ada di Hanoi atau Bacolod City pada Sabtu, 15 Disember 2018.

Baca Juga

Baca Juga