Tiket bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris terakhir Liverpool sudah mula dijual dan anda tentu tidak percaya berapa harga tiket itu sekarang !
Liverpool akan turun menentang Wolves pada 12 May 2019 dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini, dihadapan penyokong sendiri yang sudah pasti bakal memenuhi segenap ceruk Stadium Anfield.

Ia juga mungkin menjadi hari paling bersejarah buat Kelab Bola Sepak Liverpool kerana hari itu mungkin adalah hari dimana The Reds menamatkan kemarau selama 29 tahun tanpa menjulang sebarang kejuaraan liga.
Walau bagaimanapun, masih terdapat 15 perlawanan untuk diharungi dan juara bertahan, Manchester City hanya ketinggalan 4 mata di belakang Liverpool. Kita sudah melihat beberapa tahun lepas dimana Liverpool kecundang ketika saingan liga memasuki fasa terakhir dengan Manchester City menjadi juara pada tahun tersebut.
NGN3 MILLION FOOTBALL TICKET!
Liverpool’s last game this season vs Wolves could be the day they lift the Premier League trophy.
Reds ticket holders are selling them for up to N3million (£6,000) ?
What would be your choice…watch your team lift the trophy or 3 million Naira? pic.twitter.com/wv0qAbLa9N
— WakaBet (@WakabetNG) January 29, 2019
Walaupun liga masih berbaki 4 bulan lagi, ia tidak menghalang sesetengah pihak untuk menjual tiket perlawanan pada harga yang tidak masuk akal.
Website bernama livefootballtickets.com dilihat mempunyai sejumlah 212 tiket ‘Liverpool vs Wolves’ dengan pelbagai tempat duduk ditawarkan.
Liverpool last home game of season v Wolves. Is this the real reason Liverpool fans want to win the league? Fleece their own fans by selling tickets at crazy prices. Loyal fans. YNWA. pic.twitter.com/0NC8nKJ4qg
— Michael Davis (@MikeyD_MCFC) January 27, 2019
Tiket paling murah dijual pada harga £1,100 (RM5,950 !) dan tiket paling mahal yang dijual website tersebut adalah tiket di bahagian blok bawah ‘KK’ yang berharga £5,950 (RM 32,181 !!).
Terdapat juga tiket VIP bagi mereka yang inginkan keselesaan dan hidangan makanan sepanjang perlawanan berlangsung. Tiket kategori VIP ini dijual pada harga £5,000 (RM 27,000 !!!).
Untuk pengetahuan umum, Liverpool tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemegang tiket bermusim untuk menjual tiket mereka kepada pihak ketiga. Jadi perkara sebegini sudah dijangka akan berlaku.
Just been reading about the price of tickets for Liverpool's last home game , up to £6000 for a ticket the people selling them at these prices are just money grabbing scum ?? . Can anyone tell me will there big screens up in the city for the wolves match as it looks like the ..
— ???????LFC6TIMES??????? (@therealstuart68) January 27, 2019
Menurut Daily Mail, purata harga tiket untuk menonton perlawanan liga di Anfield adalah sekitar £37 sehinga £59 sahaja.
Ulat tiket Malaysia pon boleh menangis kalau tengok harga tiket Liverpool mahal macam ni. Mengalahkan Zionis !