Timnas Indonesia kini bergelut dengan kesukaran untuk mara ke pusingan kalah mati di kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 selepas mengalami kekalahan kedua dalam tiga perlawanan di Kumpulan Ayang membariskan Singapura, Filipina, Timor Leste dan pasukan pilihan Thailand.
Mungkin kerana terlalu fokus kepada kejohanan ini Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia yang merupakan badan yang mengendalikan bola sepak Indonesi telah mengakui bahawa mereka terlupa memasang patch logo AFF di jersi mereka ketika menentang Timor Leste.
Insiden yang memalukan ini diakui sendiri oleh Kepala Hubungan Media dan Promosi Digital PSSI atau dalam bahasa Melayunya Ketua Perhubungan Media dan Promosi Digital PSSI Gatot Widakdo ketika Indonesia memakai jersi keramat mereka berwarna merah.
Ketika perlawanan pertama menentang Singapura yang menyaksikan Indonesia tewas patch logo AFF jelas tertera dan terlihat di lengan kanan pemain ketika mereka mengenakan baju dan celana putih.
Gatot Widakdo menjelaskan bahawa AFF telah menyerahkan patch logo tersebut kepada PSSI sehari sebelum perlawanan Indonesia menentang Singapura dan AFF memberikan patch yang lebih daripada 23 untuk di tampal di jersi home dan juga away.
“Sebelum itu kami sudah meminta kepada AFF mengenai patch untuk dipasang di jersi dan diberikan sehari sebelum perlawanan menentang Singapura.”
“Selepas mendapat patch itu langsung terus dipasang pada jersi away kerana perlawanan berlangsung di Singapura maka kami adalah tim tamu.”
“Disebabkan terburu-buru maka jersi merah untuk perlawanan home belum lagi dipasang dan mengikut rancangan patch akan dipasang apabila kembali ke Indonesia.”
Menurut Gatot Widakdo, kemungkinan besar PSSI lupa untuk memasang Patch tersebut kerana kekalahan 1-0 kepada Singapura.
“Sesampainya di Indonesia kami lupa untuk memasang patch tersebut di jersi merah dan ketiadaan patch itu hanya disedari ketika hari perlawanan.”
“Untuk memasang patch itu memerlukan beberapa jam dan kami putuskan tetap memakai jersi merah kerana kami tuan rumah.”
Gatot Widakdo juga menjelaskan ketika Mesyuarat Koordinasi Perlawanan(MCM) tiada pihak yang menyebut tentang kelengkapan jersi temasuklah patch tersebut. Pandai nak salahkan orang lain.
“Dua orang pegawai di MCM dari Vietnam tidak mengingatkan kami tidak mengingatkan kami bahawa patch sudah terpasang atau tidak. Mungkin mereka juga terlupa untuk bertanya.”
“Sehingga tamat perlawanan mereka tidak bertanya pasal patch tersebut. Kami akui kami terlupa memasang patch tersebut.”
Kerana insiden ini PSSI mungkin akan didenda sebanyak Rp73 juta kerana telah melanggar peraturan AFF.