Tindakan Keji Van Dijk Gagalkan Penalti Jarrod Bowen

Tindakan keji Virgil van Dijk yang menenyeh spot sepakan penalti ternyata berjaya dan telah menyebabkan sepakan penalti Jarrod Bowen itu gagal untuk disempurnakan.

Insiden itu berlaku ketika berbaki beberapa minit pada separuh masa pertama pertembungan Liga Perdana Rabu antara Liverpool dan West Ham.

Bowen, yang telah menjaringkan 5 gol dalam 15 penampilan untuk The Hammers musim ini, cuba mengawal bola dengan dadanya di dalam kotak dan terus disapu dari belakang oleh Joe Gomez.

Selepas pemeriksaan VAR yang panjang, penalti akhirnya diberikan. Tetapi dalam tempoh menunggu itu, nampaknya Virgil van Dijk tidak mahu membuang masa ketika semakan sedang berlangsung dan melakukan apa yang patut untuk membantu pasukan.

Tindakan Virgil van Dijk menenyeh spot penalti itu dengan kakinya berjaya mencacatkan dan sedikit sebanyak memberi impak yang tidak sempurna kepada sepakan Bowen.

Penjaga gol Liverpool Alisson terus menyelamatkan sepakan penalti Bowen dengan penyelamatan hebat di sebelah kanannya, manakala Gomez menarik nafas lega ketika The Reds mengekalkan kedudukan 1-0.

Seperti yang anda boleh bayangkan, telatah Van Dijk telah dilihat oleh ramai peminat di media sosial.

Satu tindakan nakal Van Dijk yang begitu bersahaja dengan tangan dibelakang mengambil kesempatan mencacatkan tempat penalti adalah sangat melucukan.

Tindakan keji atau genius dari Van Dijk?

Tahun lalu, Antonio Rudiger telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil Anthony Taylor selepas dia dikesan mencacatkan spot sepakan penalti semasa pertembungan liga Chelsea menentang Liverpool.

Trevor Sinclair, yang mengulas mengenai permainan untuk talkSPORT, berkata:

“Itu benar-benar sampah, itu, daripada Rudiger. Ada yang melanggar peraturan tetapi itu mengambil kebebasan mutlak.”

Tidak seperti percubaan Bowen yang gagal di Anfield, Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti pada ketika.

Ternyata tindakan Van Dijk ini adalah salah kerana tidak melunaskan tanggungjawab untuk menjadikan perlawanan bola sepak dengan lebih adil.

Alisson Becker Sekali Lagi Selamatkan Maruah Liverpool

Belum pun tamat hamburan pujian diberikan kepada Alisson Becker kerana aksi geniusnya ketika menentang Manchester City, penjaga gol Liverpool itu sekali lagi mempamerkan aksi heroik untuk menyelamatkan maruah Liverpool.

Isnin lalu di majlis anugerah Ballon d’Or, Alisson Becker meraih tempat kedua dalam perebutan Yashin Trophy dibelakang penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois.

Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Yashin Trophy merupakan anugerah yang baru diperkenalkan pada 2019 bagi memberi pengiktirafan kepada penjaga gol yang sering dianaktirikan dalam anugerah utama bola sepak. Alisson adalah pemenang pertama anugerah ini.

Dalam perlawanan menentang West Ham United ini, terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan gol tunggal yang telah dijaringkan Darwin Nunez hingga tamat permainan.

Darwin Nunez akhirnya berjaya menjaringkan gol di Anfield melalui sundulan yang menghantuk bola ke tanah untuk gol pembukaan pada minit ke-21.

Semuanya berpunca dari gerakan Thiago dengan hantaran luar biasa mencari Kostas Tsimikas di kiri yang terus melakukan hantaran silang untuk disundul Nunez.

Tidak lama berselang selepas gol pertama, Darwin Nunez sekali hampir menggandakan kedudukan tetapi sekali lagi dinafikan Lukasz Fabianski.

Agak menjadi permainan Darwin Nunez dalam perlawanan ini dengan deretan peluang yang dinafikan termasuklah yang terbaik pada minit ke-40.

Dengan kawalan bola yang kemas, Nunez telah melepaskan rembatan yang cukup sempurna dan semuanya telah tertewas tetapi tiang hadir menghalang.

Dipenghujung perlawanan, Joseph Gomez telah melakukan kekasaran yang bahaya ke atas Jarrod Bowen yang terus mengundang sepakan penalti dari pengadil selepas penelitian daripada Video Assitant Referee (VAR).

Pada awalnya tiada penalti dari kekasaran yang dilakukan oleh Joseph Gomez itu dari pengadil namun campur tangan Video Assitant Referee (VAR) telah mengubah keputusan pengadil.

Jarrod Bowen yang menjadi mangsa keganasan Gomez tampil untuk membazirkan sepakan apabila sepakannya ke kiri dengan tepat dibaca Alisson Becker untuk boleh itu diselamatkan.

VAR cuba memberi peluang kedua kepada West Ham United dan Jarrod Bowen apabila meneliti semula samada Alisson Becker keluar dari garisan lebih awal atau tidak berada di luar garisan.

Tiada kecurangan dari Alisson Becker semuanya menepati syarat sah penalti di mata VAR. Sekali lagi Alisson mempamerkan aksi heroik berkelas dunia.

Pemikiran Pantas Dan Genius Alisson Cipta Assist Untuk Gol Salah

Liverpool menikmati kemenangan yang sangat penting ke atas Manchester City dan gol kemenangan dihasilkan melalui cara yang agak gila dan jarang berlaku dalam sejarah peradaban bola sepak dunia.

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker bukan sahaja kental memepertahankan gawang dengan aksi berkelad dunia tetapi menjadi watak penting untuk gol Mohamed Salah dihasilkan.

Tayangan semula video penyudah Mohamed Salah jelas menunjukkan bahawa James Milner, Joe Gomez, Virgil van Dijk dan Andy Robertson semuanya berpusing untuk berlari ke arah Alisson Becker namun sepakan cemerlang, gemilang dan terbilang dilakukan terus kepada Sang Raja Mesir, Salah.

Ia adalah satu pemikiran yang genius dan pantas oleh penjaga gol Allison Becker yang melakukan clearance lalu bertukar menjadi assist.

Alisson Becker dapat menghidu peluang apabila melihat Salah berada dalam situasi satu lawan satu menentang Cancelo dan lantas Cancelo diuji dengan hantaran Alisson itu.

Hantaran jauh dilakukan oleh Alisson mencari Salah dan memaksa Cancelo melangkah ke hadapan untuk membunuh bola tetapi gagal dan Salah berjaya lolos.

Kini Cancelo telah tiada dimakan Salah, hanya Ederson yang perlu ditewaskan. Situasi satu lawan satu lagi tercetus kali ini Salah hanya berdepan Ederson sahaja.

Salah menamatkan gerakan itu dengan satu jaringan penuh bergaya dan penuh bermaknan, gol liga pertamanya sejak Ogos.

Ia bukan kali pertama pemain Brazil itu terbukti penting sebagai pengumpan utama kepad penyerang untuk The Reds dan visi serta hantaran beliau sangat bagus dan jelas ketika menentang Manchester City.

Siapa tahu betapa pentingnya hantaran itu tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ia benar-benar dinikmati oleh semua orang di dalam Anfield, pada malam yang cemerlang.

Setakat ini Alisson telah mencipta assist kepada Mohamed Salah sebnyak tiga kali dalam Liga Perdana, Assist paling banyak yang pernah penjaga gol hasilkan untuk seorang pemain dalam sejarah pertandingan.

Masih terlalu awal untuk mengatakan Liverpool sudah kembali ke landasan sebenar tetapi kemenangan ini boleh menjadi satu titik tolak buat Liverpool untuk kembali bersaing.

BACA:  Kompany Memilih Van Dijk Sebagai Pertahanan Terbaik Sepanjang Zaman EPL