Tindakan Messi Baring Belakang Benteng Dipuji Ramai

Lionel Messi akhirnya berjaya membuka akaun gol bersama Paris Saint Germain ketika beraksi bertemu Manchester City dalam saingan Champions League awal pagi tadi.

Beliau menjaringkan gol kedua untuk Paris Saint Germain ketika menewaskan Manchester City 2-1, seterusnya mengesahkan tiga mata dari halaman mereka sendiri.

Selain kejayaan beliau menjaringkan gol yang super padu dan mantap itu, Messi turut mencuri tumpuan peminat dengan beliau membantu benteng pertahanan PSG ketika berdepan dengan sepakan percuma City.

Rio Ferdinand yang menyaksikan pemain terhebat dunia itu baring dibelakang benteng merasa tidak selesa dan menganggap Messi tidak sepatutnya dilayan begitu.

“Tak, tak, tak, ia satu penghinaan, saya tak terima kalau saya Messi.”

Jelas Ferdinand.

Kesudian Messi untuk baring dibelakang benteng pertahanan PSG telah mencetuskan perdebatan di kalangan peminat, dengan ramai yang tidak setuju melihat beliau diperlakukan seperti itu.

Marquinhos mengarahkan Messi untuk baring di belakang benteng, dengan bintang Argentina itu sedar beliau orang baru, maka beliau tanpa mengeluh segera baring di belakang benteng PSG.

Tujuan Marquinhos menyuruh Messi baring adalah kerana beliau mahu memastikan andai sepakan percuma yang diambil City merupakan bola leret, maka Messi sudah ada di bawah untuk menghentikan bola.

Ia merupakan teknik yang sudah sering dilihat sejak kebelakangan ini, dengan kebiasaannya pasukan yang berdepan dengan Messi, mereka tentu akan korbankan seorang pemain untuk baring.

Melihat Messi sendiri yang baring, ia jelas menimbulkan rasa kurang senang para penyokong, terutama peminat setia beliau sendiri.

Melihat kepada kemampuan Messi ketika menyerang, adalah lebih baik kalau beliau dibiarkan untuk bersedia melakukan serangan balas, berbanding serah diri baring di belakang benteng pertahanan.

Bukan hanya peminat atau Ferdinand, bahkan rakan sepasukan Messi sendiri turut terkejut melihat beliau sedang terbaring di belakang benteng untuk membantu.

Mereka seolah keliru melihat mengapa pemain terhebat dunia yang juga idola dalam dunia bola sepak itu baring di belakang benteng pertahanan.

Ironinya, cadangan meletakkan pemain baring dibelakang benteng adalah kerana kehandalan Messi ketika mengambil sepakan percuma.

Pelbagai cara telah dilakukan oleh pemain pasukan lawan untuk menghalang sepakan percuma Messi, namun usaha mereka sering berakhir dengan kegagalan.

Kerana kepakaran Messi melepaskan rembatan leret padu, maka pasukan lawan mula memikirkan cara untuk menghalangnya, dan dengan meletakkan seorang pemain baring di belakang benteng menjadi salah satu cara menggagalkan sepakan percuma Messi.

Tindakan terpuji Messi yang sanggup baring di belakang benteng membuktikan beliau sebenarnya akan melakukan apa sahaja demi membantu PSG untuk menang.

Selain menjaringkan gol kemenangan, tindakan terpuji beliau itu juga wajar diberikan pujian dan tidak keterlaluan untuk katakan beliau antara pemain paling berprestasi ketika membantu PSG menewaskan City.

Pemain kebangsaan Argentina itu dilihat sudah berjaya membina keserasian bersama bintang Perancis, Kylian Mbappe.

Gol yang beliau jaringkan dalam perlawanan ini juga merupakan gol yang terhasil dari gerakan mereka berdua, dan disudahi dengan penyudah yang sungguh menakjubkan dari Leo Messi.

Ia merupakan gol yang dinanti-nantikan oleh para peminat, dengan Messi sebelum ini sukar untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya, kerana dibelenggu masalah kecergasan dan kecederaan.

Kejayaan beliau menjaringkan gol dalam perlawanan ini, sedikit sebanyak membangkitkan semangat para penyokong Paris Saint Germain, untuk melihat apa lagi yang akan bintang Argentina itu sumbangkan selepas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ferdinand Dedah Thiago Hubungi Beliau Kerana Mahu Sertai Manchester United