Tindakan PSM Membunuh Perkembangan Sepak Takraw

Tindakan Persatuan Sepak Takraw Malaysia(PSM) menarik balik kebenaran penganjuran Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017 telah membunuh pekembangan Sepak Takraw di mana kejohanan ini turut mendapat penyertaan oleh ramai pelajar sekolah.

Kejohanan yang mula diadakan sejak 2010 dan terus mendapat sambutan disertai dari pelbagai lapisan umur dari veteran sehinggalah akar umbi termasuk pelajar sekolah seharusnya mendapat sokongan dan kerjasama dari PSM.

Ekoran timbulnya isu ini, iga tokoh sepak takraw Malaysia telah tampi untuk mengecam tindakan Persatuan Sepak Takraw Malaysia itu.

Tan Sri Yussof Latiff, Bekas Setiausaha yang juga tokoh pengasas PSM mnenyifatkan PSM tidak berhak untuk menghalang pengajuran tersebut.

“Itu hak penganjur Kejohanan Sepak Takraw Utusan untuk me­netapkan sistem kiraan yang sewajar­nya apabila regu-regu yang menyertainya terlalu banyak (334 regu) dan kita masih boleh berkompromi dengan 15 mata kerana kesuntukan masa pertandingan.

Tan Sri Yussof Latiff, Pengasa PSM. Foto : Malay Mail Online

PSM menarik balik kebenaran kejohanan tersebut kerana tidak menggunakan sistem kiraan 21 mata sekaligus tidak mengikut lunas undang-undang yang termaktub dalam undang-undang permainan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).

“Penganjur ada alasan tersendiri untuk menggunakan sistem kiraan sebegitu dan bagi saya hal tersebut bukanlah terlalu teknikal. Lainlah kalau gelanggang pertandingannya mahu cuba dikecilkan atau diluaskan.

Dalam kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017 menggunakan sistem kiraan 15 mata pada peringkat awal sahaja kerana 334 regu menyertai edisi kali ini. Sistem kiraan 21 mata kembali digunakan bermula di saingan suku akhir hingga ke final.

“FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) pun tidak pernah mengiktiraf pertandingan bola sepak tujuh sepasukan­ atau sembilan sepasukan tetapi tidak pula sampai mengharamkan atau menggantung negara ahli gabungannya jika dilangsungkan tidak mengikut format 11 pemain,” katanya yang kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi tokoh sepak takraw juga bekas pegawai PSM yang tidak mahu identitinya didedahkan menganggap tindakan PSM mendedahkan kelemahan sendiri sedangkan kejohanan ini terus mendapat sambutan.

“PSM mungkin cuba menghantar mesej kepada penggiat lain sepak takraw bahawa hanya PSM yang tahu semua fasal sepak takraw dan siapa sahaja pegawai teknikalnya kena ambil daripada mereka sahaja. Saya tengok apabila sebarang kejohanan anjuran PSM pun balik-balik buat di satu tempat sahaja (MSN Keramat, Kuala Lumpur) dan berapa kerat orang yang datang tengok atau sertai?

Bekas Pegawai PSM yang mahu nama dirasiakan. Foto : Jornal Cardume

Tindakan PSM ini juga menyebabkan syarikat korporat takut untuk membuat penajaan.

“Kejohanan Sepak Takraw Utusan sekarang merupakan kesinambungan Kejohanan MAS-Utusan-RTM era 80-an yang ibarat zaman kegemilangan sukan ini. Sayangnya dengan tindakan PSM terbaru ini, banyaklah nanti syarikat korporat lain yang serik hendak terlibat atau berjinak-jinak dengan sepak takraw apatah lagi jadi penaja,” katanya.

Haris Abdul Rahman yang merupakan ketua ketua jurulatih skuad negara yang muncul juara Piala Raja Thai 1988 dan pemenang dua pingat emas Sukan Asia Hiroshima 1990 serta Sukan SEA Manila 1991 pula senda dengan dua lagi tokoh.

Tindakan PSM pada pandangannya seolah mahu memundurkan dan membunuh pembangunan sepak takraw kerana PSM sendiri tiada perancangan pembangunan mereka sendiri.

Jurulatih Lagenda Sepak Takraw. Foto : Stadium Astro

“Sudahlah tiada perancangan hendak membangunkan sukan ini, orang lain yang tolong anjurkan pertandingan untuk pemain-pemain akar umbi disekatnya pula, macam manalah sepak takraw hendak berkembang,” kata Harus yang kini sedang melatih bakat muda sepak takraw Iran.

Dalam isu ini PSM sepatutnya 50 langkah ke hadapan dalam memberi sokongan kepada sbarng penganjura sukan tradisi ini bagi menambah bilangan pemain yang aktif dan sekaligus dapat mencungkil bakat baru.

Baca Juga

Baca Juga