Tingkap Bas Real Madrid Dipecahkan Sebelum Perlawanan

Tingkap bas pasukan Real Madrid telah dipecahkan sebelum perlawanan suku akhir kedua Champions League menentang pasukan paling hebat di muka bumi, Liverpool yang berlangsung di Anfield.

Tugas sukar menanti Liverpool selepas tewas 3-1 pada suku akhir pertama tetapi aksi kebangkitan bukan perkara yang mustahil buat Liverpool yang hebat.

Perlawanan ini dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong yang menjadi norma baharu dalam bola sepak dunia.

Namun itu semua tidak menghalang daripada para penyokong berkumpul diluar perkarangan stadium bagi menyambut kedatangan pasukan Real Madrid.

Rakaman video memaparkan penyokong Liverpool mengejek dan mengeboo bas yang membawa pemain Real Madrid ke tempat perlawanan, gelanggang keramat, Anfield.

Dalam ramai-ramai, ada seorang yang telah melampaui batas apabila telah melakukan kerosakan kepada bas yang membawa pemain Real Madrid.

Tingkap bas telah pecah dan dipercayai telah dibaling dengan botol.

Liverpool telah mengeluarkan kenyataan mengenai insiden ini dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang tidak bermoral ini.

“Kami mengutuk keras perbuatan yang membawa kepada kerosakan bas Real Madrid sewaktu tiba di Anfield pada petang ini. Perbuatan segelintir individu ini tidak dapat diterima dan memalukan.”

“Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada pasukan pelawat atas kesulitan yang ditimbulkan. Kami akan bekerjasama dengan pihak Polis Merseyside untuk mengetahui punca kejadian sebenar dan mengenal pasti identiti mereka yang terlibat.”

Ini bukanlah kalai pertama bas pasukan pelawat diserang oleh penyokong Liverpool ketika dalam perjalanan ke Anfield. Penyokong Liverpool apa kau nak harap kan?

Pada tahun 2018 bas pasukan yang membawa pemain Manchester City telah dirosakkan sebelum perlawanan suku akhir Champions League menentang Liverpool.

Jurgen Klopp sewaktu itu telah mengutuk keras tindakan tidak bermoral dan biadap segelintir penyokong Liverpool serta menzahirkan rasa malu yang amat.

“Aku rasa sangat-sangat maulu, macam apa ntah? Aku tak faham, kenapa ada orang sanggup buat perbuatan seperti ini.”

Adakah ini satu serangan yang bertujuan untuk melemahkan semangat dan mental pemain Real Madrid dan dapat membantu Liverpool mencipta kebangkitan?

Baca Juga

Baca Juga