TM Piala Malaysia: Negeri Sembilan FC Sah Tarik Diri

Negeri Sembilan FC

Perjalanan Negeri Sembilan FC dalam saingan TM Piala Malaysia 2021 secara rasminya sudah berakhir selepas pihak kelab mengumumkan untuk menarik diri.

Skuad Negeri Sembilan FC terpaksa menarik diri dari saingan Piala Malaysia tahun ini selepas hampir keseluruhan skuad disahkan positif C0V-19.

Empat pegawai bersama 20 pemain Negeri Sembilan FC telah disahkan positif C0V-19 dan kini mereka sedang menjalani sesi kuarantin wajib.

Dalam satu kenyataan media, Negeri Sembilan FC telah mengumumkan hal tersebut dengan menyatakan:

“Dukacita dimaklumkan bahawa seramai 4 pegawai dan 20 pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) telah sah dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin wajib di rumah serta dipantau selama 10 hari oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.”

“Ujian pengesanan COVID-19 secara berterusan sedang dilakukan bagi kontak rapat para pemain dan
pegawai NSFC yang terlibat.”

“Selain itu, demi meniaga keselamaton semua pihak serta mengambil berat di atas nasihat yang diberikan oleh Doktor Pasukan, pihak NSFC ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada para penyokong pasukan kerana hal ini turut menyebabkan pembatalan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan pada 20 Oktober 2021 dan Pasukan Negeri Sembilan FC tidak dapat meneruskan
baki saingan Piala Malaysia untuk musim 2021.”

“Pihak NSFC juga berharap agar para penyokong member’ sokongan dan
mendoakan kesejahteraan para pemain dan pegawai pasukan.
Masyarakat dinasihatkan supaya tidak leka dan kekal mematuhi prosedur”

“operas’ standard”

“(SOP) ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.”

Pengurusan kelab mendedahkan yang mereka bersama pihak KKM sedang dalam usaha untuk menjejak kontak rapat untuk dibuat ujian saringan.

Ia jelas sekali merupakan berita buruk untuk kem Negeri Sembilan yang pada ketika ini sebenarnya berpotensi untuk mencabar kejuaraan saingan TM Piala Malaysia.

Juara saingan Liga Premier itu pada ketika ini berada di kedudukan ketiga dalam aksi saingan peringkat kumpulan C dengan mengumpul tiga mata, selepas mengharungi dua perlawanan.

Berita ini tentunya akan memberi impak yang tidak begitu baik kepada para penyokong Negeri Sembilan yang kini sedang bersemangat untuk memberi sokongan kepada skuad Jang.

Skuad Negeri Sembilan masih mempunyai baki tiga perlawanan yang sepatutnya akan dilangsungkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Namun dek kerana mereka sudah mengumumkan untuk menarik diri, maka kesemua perlawanan itu tidak akan berlaku.

Takziah untuk kem Negeri Sembilan FC dan semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan didoakan agar para pemain serta pegawai yang disahkan positif akan segera diberi kesembuhan.

Sumber: Negeri Sembilan FC

Credit gambar: Negeri Sembilan FC

BACA:  Gol Puskas Sean Selvaraj Pelengkap Kepada Kebangkitan Luar Biasa N. Sembilan Ke Atas Selangor