TMJ Melawat Bilik Persalinan Terengganu Untuk Ucap Tahniah

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail telah melawat bilik persalinan pasukan Terengganu FC untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan pelawat.

Tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) ini merupakan satu kejutan yang agak besar dan mempamerkan semangat kesukankan yang tinggi lagi budiman.

Terangganu FC berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim dengan jaringan tipis 1-0 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Ini merupakan kekalahan pertama JDT di Stadium Sultan Ibrahim dan kekalahan pertama di Liga Super selepas tempoh 21 bulan. Rekod tidak pernah tewas yang agak lama dan gila.

Pasukan Terengganu FC yang dibimbing Nafuzi Zain mempamerkan permainan yang menarik sejak awal musim dengan barisan pemain muda nyata menarik perhatian ramai.

Mungkin kerana kekaguman itu TMJ sendiri datang melawat bilik persalinan untuk mengucapkan tahniah kepada para pemain Terengganu FC.

Video ini telah dimuatnaik oleh akaun Twitter @harimauselatanj

TMJ mencemar duli berkunjung ke bilik persalinan pasukan Terengganu sebaik perlawanan berakhir sebentar tadi.

Baginda memberikan ucapan tahniah kepada setiap pemain Terengganu di atas kemenangan Terengganu malam ini. #JDTTER

TMJ memberitahu pemain pemain Terengganu bahawa baginda datang untuk mengucapkan tahniah dan bersalaman dengan pemain pemain yang ada di situ.

TMJ turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Terengganu untuk kempen musim ini.

Suasana di bilik persalinan ketika itu menjadi sangat ceria. Sempat juga TMJ mengusik pemain TFC penghujung video.

Ramai yang memuji dan terharu melihat tindakan penuh semangat kesukanan dan budiman yang ditunjukkan oleh TMJ itu.

“Respect TMJ…TERHARU rasee, dtg bSalaman & uCap TAHNiAH kt pmain TFC.”

“respect moment ”

“Ini baru sportman..steady tmj”

Terbaik.

JDT 0-1 Terengganu FC

Terengganu FC melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama mencatatkan kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Kemenangan 1-0 Terengganu ke atas Johor Darul Ta’zim ini telah meleburkan rekod tanpa kalah JDT di Stadium baharu mereka sejak digunakan tahun pada 2020.

Separuh masa pertama menyaksikan permainan berakhir seri tanpa jaringan di mana Terengganu FC gagal memanfaatkan peluang untuk mendahului.

Terengganu turun dengan pendekatan sangat positif pada awal perlawanan. Mereka memberikan masalah kepada JDT untuk membina permainan berpasukan.

Terengganu memiliki beberapa peluang pada separuh masa pertama menerusi Da Silva, namun penyudah beliau menghampakan.

JDT pula agak bergelut dibahagian tengah apabila gagal menyumpan dan menyuap peluang kepada Bergson Gustavo Silveira da Silva untuk disudahkan.

Besambung babak kedua, pemain muda Terengganu, Hakimi Abdullah meletakkan Terengganu FC dihadapan pada minit ke-57.

Gol terhasil dalam situasi kelam kabut di depan kotak penalti JDT menyaksikan Hakimi Abdullah berjaya lolos dengan penyudah yang tenang.

JDT melancarkan serangan bertali arus mencari gol penyamaan namun tidak kunjung tiba dan hampir terhukum dengan serangan balas pantas Terengganu.

Malam yang serba tidak menjadi buat JDT dan memberi kekalahan pertama buat mereka di Liga Super sejak Julai 2019.

Kali terakhir JDT tewas di Liga Super adalah kepada PJ City FC.

Dengan Kekalahan ini, JDT hanya dipisahkan dua mata daripada Terengganu. Kedua dua pasukan masing-masing merasai satu kekalahan musim ini.

Baca Juga

Baca Juga