Pemilik bersama Queens Park Rangers Tony Fernandes mengesahkan telah meninggalkan kelab itu setelah menjual semua saham dimilikinya di Loftus Park.
Usahawan industri penerbangan rakyat Malaysia membeli kelab berpengkalan di barat London itu pada 2011 bersama Ruben Gnanalinggam dan Kamarudin Meranun.
Keputusa tersebut dilakukan oleh Tony untuk fokus kepada perniagaan lain yang dimilikinya, terutama syarikat tambang murah Air Asia.
BREAKING: Tony Fernandes has left QPR after reducing his shareholding ⚪🔵 pic.twitter.com/roulYdFQiE
— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 10, 2023
Pada musim lalu QPR ,menamatkan saingan di kedudukan ke-20 Championship, dan turut memecat Neil Critchley pada Februari sebelum pasukan itu dibimbing oleh Gary Ainsworth.
Bercakap kepada laman sesawang kelab, Tony berkata: “Penglibatan saya bersama QPR adalah tempoh yang mempunyai naik dan turun.
“Di atas padang ada banyak kemenangan istimewa dan ia adalah satu penghormatan pernah memenangi promosi ke Premier League di Stadium Wembley.
“Di luar padang, reputasi QPR sebagai sebuah kelab komuniti adalah sesuatu yang saya banggakan.
Tony Fernandes has sold all his shares in QPR Holdings Limited, the parent company of Queens Park Rangers Football Club. https://t.co/RN71bq3Y4l
— The Star (@staronline) July 10, 2023
“Saya adalah seorang yang sangat bersemangat dan ini bermakna semua saat indah ini amat bermakna sama seperti saat sukar yang memeritkan.
“Keputusan untuk meninggalkan QPR dilakukan dengan hati yang berat. Saya mahu mengucapkan penghargaan kepada penyokong yang bersama-sama sejak sedekad lalu,.
“Saya akan terus mengikuti perkembangan QPR dan mengucapkan selamat maju jaya kepada lembaga pengarah kelab untuk masa depan.”
QPR tersingkir daripada Premier League pada 2015 dan hanya pernah berada di kalangan 10 pasukan terbaik Championship sekali, apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-9 pada musim 2020/21.